Wednesday, September 04, 2024

Kongsi ideologi Chin Peng. & Bantahan ke JAKIM

 

N/Presiden PAS Idris Ahmad
Kit Siang berkata reputasinya dirosakkan dengan dakwaan dibuat Mastura.

1. Tuduhan kongsi ideologi dengan Chin Peng fitnah, rosak reputasi - Kit Siang

GEORGETOWN: Ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tuduhan beliau dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi sama, adalah fitnah.

Kit Siang berkata reputasinya dirosakkan dengan dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad bahawa dia mempunyai kaitan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, yang menuduh beliau ada kaitan dengan konspirasi untuk memusnahkan Malaysia.

Veteran ahli politik DAP Tan Sri Lim Kit Siang (empat, kanan) bersama anaknya Lim Guan Eng (lima, kanan) dan Teresa Kok (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini berhubung ucapan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad pada satu ceramah politik semasa tempoh kempen pilihan raya kecil Kemaman, yang mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Lee Kuan Yew dari Singapura. - Foto BERNAMA

Dalam soal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Quay Chew Soon, peguam Siti Mastura Yusfarizal Yussoff memberitahu Kit Siang, adalah perkara biasa bagi ahli politik mempunyai ideologi dan pandangan politik yang berbeza.

Kit Siang bersetuju, bagaimanapun dia memberitahu tidak perlu membuat tuduhan berunsur fitnah.

Apabila Yusfarizal menyatakan bahawa ideologi politik PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam sistem demokrasi, Kit Siang menjawab bahawa "kita semua menegakkan Islam" dan dia tidak mempunyai masalah dengan PAS yang mahu memperkenalkan undang-undang Syariah, selagi ia berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

Semasa soal balas ketua peguamnya, Datuk Sankara Nair, Kit Siang berkata beliau terkejut dan marah ketika mendengar dakwaan Siti Mastura terhadapnya buat pertama kali.

Kit Siang berkata kenyataan dibuat itu secara melulu tanpa disokong oleh bukti.

Sementara itu, Lim Guan Eng saksi kedua hari ini berkata beliau tersinggung dengan dakwaan Siti Mastura yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan Chin Peng, kerana ini mempunyai implikasi yang besar.

Beliau juga berkata kenyataan Siti Mastura itu adalah serangan serampang dua mata yang pertama, mengaitkan keluarganya dengan ideologi komunisme dan kedua membayangkan keluarganya mempunyai "agenda Cina".

"Kenyataan beliau berbahaya kerana PAS mempunyai ramai penyokong yang mungkin percaya dan mengulangi pembohongan ini," kata Guan Eng.

Kit Siang, anaknya Guan Eng dan Teresa Kok memfailkan saman itu berhubung ucapan Siti Mastura pada ceramah politik semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Kuan Yew dari Singapura.

Perbicaraan yang dijadualkan selama enam hari itu diteruskan pada 17 September. (BH)


2. Bantahan MCCBCHST jejas keharmonian kaum di Malaysia 

N/Presiden PAS Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: “Kenyataan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) yang telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di semua jabatan kerajaan adalah jauh tersasar dari maksud penghayatan Islam dan dilihat cubaan menanam          kepada rakyat berbilang agama di Malaysia.”

Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, kenyataan MCCBCHST itu dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan menjejaskan keharmonian antara kaum di Malaysia.

“Sebagai majlis yang mewakili agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme ini sepatutnya tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam yang merupakan agama persekutuan Malaysia yang tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia. 

“Kenyataan mereka bahawa tafsiran Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan hanya bersifat ritual dan upacara sahaja jelas membuktikan salah faham yang ketara terhadap Islam yang meliputi semua aspek kehidupan yang diaplikasikan dalam pentadbiran seperti integriti, tadbir urus cemerlang, kepimpinan unggul dan keharmonian hubungan dalam pelbagai institusi,” katanya.

Beliau dalam pada itu memberi peringatan kepada MCCBCHST supaya lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan yang melukakan perasaan umat Islam di Malaysia  dan menjejaskan hubungan pelbagai kaum di dalam negara. 

“Malah sesiapa juga yang berselindung di sebalik MCCBCHST yang cuba menanam ketakutan rakyat berbilang agama di negara ini terhadap Islam wajar diberi amaran agar keharmonian yang dikecapi pada ketika ini tidak diganggu gugat.

“MCCBCHST sepatutnya melihat kepada pelbagai keputusan mahkamah berdasarkan tafsiran para hakim terhadap Islam yang jauh melangkaui batasan ritual dan upacara sahaja seperti kes Lina Joy, Iki Putra Mubarak malah kes Nik Elin Zurina,” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan Serai turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang pantas membalas hujahan dan memberikan pencerahan kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum kebenaran berdasarkan fakta yang tepat. – HARAKAHDAILY 3/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kali ini dipersembahkan bagaimana PAS mempercepatkan pembangunan di Terengganu. Bukan macam DAP buat terowong pun tak siap-siap, terkait dengan rasuah dan saksi mati pula. 

Pemimpin-pemimpinnya perlu berhenti bermulut lebar dan celupar. Sila belajar dari PAS.

(i) Kumpulan Al-Bukhary kondusif percepatkan pembangunan di Terengganu. 
Ahmad Samsuri (tengah) bersama-sama perwakilan Kumpulan Al-Bukhary.

Kumpulan Al-Bukhary mencapai kata sepakat dengan kerajaan negeri Terengganu dalam mempercepat pembangunan di Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pertemuan yang diadakan bersama-sama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Kumpulan Al-Bukhary adalah untuk berbincang tentang beberapa projek pembangunan di Terengganu.

(ii) Terengganu teruja jalin kerjasama dengan Jepun. 
Ahmad Samsuri dan Katsuhiko Takahashi.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar teruja mengadakan pertemuan bersama Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi.

Pertemuan perbincangan itu telah diadakan di Pejabat Menteri Besar Terengganu, pagi semalam. Berbincang ke arah kerjasama antara Terengganu dan Jepun. Antaranya melibatkan unsur nadir bumi (REE), tenaga hijau dan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

Terdahulu, Ahmad Samsuri  telah mempengerusikan satu pelancaran SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4 Group) yang akan memberi tumpuan untuk memajukan industri memproses unsur nadir bumi (REE) yang telah diadakan di Bangi pada 2 September 2024. 

Industri baharu itu berupaya memberi hasil pendapatan tinggi bagi meningkatkan ekonomi 4 negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) iaitu negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.

Susulan itu, beberapa syarikat luar juga telah mengemukakan permohonan untuk terlibat dengan industri REE tersebut.

Akan dibongkar lagi peranan PAS dalam membangun bersama Islam sedunia. Insya Allah & lagi al-hamdulillah.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails