Friday, September 27, 2024

Madrasah terapung, 6 hari bergambar. GISBH seleweng.

 

Di Semporna, Sabah, walaupun tidak mempunyai dokumen dan tanah tempat menumpang, tapi bukan penghalang untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak suku Bajau Laut menerusi projek Madrasah Terapung Pulau Mabul ini. Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, beliau kagum melihat perubahan anak-anak itu yang sudah pandai membaca dan mengetahui asas fardu ain.“Dengan usaha yang berterusan..." Lihat seterusnya..
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.

1. Al-hamdulillah, k'jaan Sabah sokong MCM bina madrasah terapung bantu Palauh. 

Usaha Muslim Care Malaysia (MCM) menyantuni golongan asnaf di Sabah termasuk komuniti Palauh di sekitar perairan Pulau Mabul, Semporna mendapat pujian kepimpinan kerajaan negeri.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Awang Shahminan Datuk Awang Sahari, berkata inisiatif MCM terutama pembinaan Madrasah Terapung sesuatu yang istimewa dan amat dihargai.

“Usaha itu amat bertepatan dan selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi pendidikan kepada golongan Palauh di negeri Sabah.

“Sudah tentu kerajaan negeri sedia bekerjasama dan saya mengalu-alukan jika ada proposal atau perancangan baru daripada MCM sebagai kesinambungan usaha sedia ada,” katanya.

Datuk Awang Shahminan berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi MCM diketuai Presiden MCM,Tuan Haji Zulkifli Wahijan di pejabat beliau di Kota Kinabalu pada 19 Ogos 2024.

Hadir sama, Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar serta Ustaz Wan Azmi Wan Omar dan Dr Halimatun Saadiah Mat Saad dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau yang membangunkan silibus pendidikan Madrasah Terapung.

Komuniti Bajau Laut atau Palauh adalah golongan tanpa negara yang tinggal secara nomad di laut dengan berumahkan perahu kecil dan bertebaran di perairan Sabah terutama di wilayah Pantai Timur.

Ketika banyak pihak melihat mereka sebagai terpinggir, MCM mengambil langkah berani mewujudkan sekolah bergerak dinamakan Madrasah Terapung untuk memberi pendidikan asas Islam kepada kanak-kanak Palauh di perairan Pulau Mabul.

Mula beroperasi sejak Mac 2021, Madrasah Terapung konsisten memberikan ilmu kepada 15 murid yang kini sudah mampu mengucap kalimah syahadah, berselawat dan menunaikan solat.(MCM)


2. 6 hari penggambaran dokumentari madrasah terapung -Disediakan oleh Muslim Care Malaysia 24 May, 2023 

Khidmat jurukamera bawah air dan drone turut digunakan untuk memastikan dokumentari televisyen mengenai Madrasah Terapung Muslim Care Malaysia (MCM) berkualiti tinggi, berinformasi dan memberi kepuasan kepada penonton.

Penggambaran selama enam hari dari 10 hingga 15 Mei dibuat di lokasi Madrasah Terapung beroperasi sejak lebih setahun lalu iaitu sekitar perairan Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Dokumentari selama 45 minit itu diterbitkan Fast Motion Production untuk siaran di saluran Astro Oasis pada Julai depan.

Madrasah Terapung ialah satu inisiatif MCM bersama NGO Nation One untuk memberikan pendidikan fardu ain kepada anak-anak bajau laut yang tidak memiliki kewarganegaraan di sekitar Pulau Mabul bagi memastikan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Seramai 15 kanak-kanak dari komuniti Bajau Laut atau Palauh itu mengikuti kelas dari jam 8 hingga 11 pagi pada setiap Jumaat hingga Ahad yang dikendalikan guru bertauliah termasuk penuntut serta pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau. (MCM)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kita fokus kisah madrasah terapung pula. Kerana itu adalah kerja mulia untuk membantu pembangunan rakyat. Bahkan k'jaan Sabah pun sokong MCM dalam membina madrasah terapung tersebut.

Di KL, GISBH: Majlis Agama Islam digesa rungkai penyelewengan agama.

Dewan Pemuda PAS Selangor menggesa  Majlis Agama Islam bagi setiap negeri-negeri di Malaysia menggerakkan kekuatan yang ada untuk tindakan menyiasat penyelewengan agama terhadap Global Ikhwan Services & Business Holding (GISBH) sebagaimana yang didakwa.

Desas-desus yang mengaitkan GISB dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan menyanggahi agama bukanlah isu yang baharu. Isu GISB ini mula dikaitkan dengan dakwaan aktiviti sebegitu, sejak awal penubuhannya pada 23 Oktober 2013, namun tidak begitu diberikan perhatian meluas.

Perkara ini tiada kompromi kepada pihak yang sengaja mencemarkan imej Islam dan polemik ini sudah berlarutan lebih sedekad, ia  perlu dirungkai dan diselesaikan dengan segera. Isu eksploitasi kanak-kanak perlu dibanteras habis-habisan dan hukuman berat perlu diambil sekiranya terdapat bukti kukuh sabit kesalahan.

GISB didakwa bukan sahaja terlibat dengan jenayah eksploitasi kanak-kanak disebalik aktiviti perniagaan, bahkan apa yang menjadi polemik umum sejak sekian lama ialah dakwaan mempergunakan agama untuk mencandu para pengikut, bahkan menyesatkan mereka dengan fahaman agama yang sesat lagi menyesatkan.

Antara dakwaan doktrin fahaman sesat yang dikaitkan dengan GISBH termasuklah mengamalkan bacaan Zikir Agung (Aurad Muhammadiah) yang telah diharamkan, memuja pemimpin, malah turut didakwa mengatur kehidupan ahlinya seperti pernikahan dan penceraian para pengikutnya mengikut arahan pemimpin secara membuta-tuli.

Terdahulu, pernah pendedahan mengejutkan Ketua Polis Negara, terhadap GISBH telah menggemparkan negara tentang eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu yang berfungsi sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis.

Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun, serta menahan 171 individu, termasuk individu bergelar ‘ustaz’ yang menguruskan premis-premis tersebut untuk siasatan lanjut.

Sekian.

.....

No comments:

Post a Comment