Sunday, September 08, 2024

MAPS RM520 juta lenyap. Perak jawab, itu duit rakyat!



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tiga kiri), menyampaikan Anugerah Khas KAMU 2024 kepada pemenang pingat emas dan rekod baru kebangsaan acara angkat berat (tidak melebihi 45kg wanita), Qistina Qharisya Suffia Muzaini (tiga kanan) pada Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di Stadium Indera Mulia Ipoh. - NSTP/L MANIMARAN

1. MAPS bukan lagi di bawah kerajaan negeri - MB Perak

Di Ipoh, kerajaan Perak tidak mempunyai sebarang kaitan lagi dengan projek Movie Animation Park Studio (MAPS) yang dalam proses perobohan. 

Sehubungan itu, beliau membidas dakwaan ketua pembangkang negeri, Razman Zakaria, kononnya kerajaan negeri membisu mengenai kerja perobohan bangunan berkenaan di Bandar Meru Raya, di sini.

"MAPS ini di bawah Perak Corporation Berhad (PCB) yang sudah digulung, jadi MAPS bukan milik kerajaan negeri lagi, MAPS kepunyaan liquidator.

"Saya tak boleh sentuh harta orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di pekarangan Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

Semalam, Razman dilaporkan berkata, rakyat perlu diberi penjelasan tujuan bangunan itu diroboh dan sama ada benar tanah terbabit sudah dijual kepada pihak persendirian untuk dibangunkan perumahan elit dan mewah.

Beberapa video memaparkan aktiviti perobohan sebahagian bangunan dalam taman tema terbabit tular di media sosial, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada akan wujud pembangunan baharu di tapak itu. 

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, ketika ditemui di program sama memaklumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak menerima sebarang permohonan kebenaran merancang (KM) untuk pembangunan di kawasan MAPS, setakat ini.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017 dengan pelbagai permainan bertema animasi tempatan seperti Upin & Ipin serta Boboiboy bertujuan merancakkan sektor pelancongan di Ipoh.

Bagaimanapun, ia ditutup dalam tempoh kurang tiga tahun kerana masalah kewangan. 

(Suntingan dari BH 'MAPS bukan lagi di bawah kerajaan negeri - MB Perak' September 7, 2024 @ 1:46pm) -IH


2. Sebelum ini, 'MAPS RM520 juta diroboh, kerajaan Perak membisu'

BAGAN SERAI: Kerajaan Negeri Perak sehingga kini masih membisu seribu bahasa berkenaan tindakan perobohan bangunan Movie Animation Park Studio (MAPS) di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Ketua Pembangkang DUN Perak yang juga ADUN Semanggol, Razman Zakaria berkata, walaupun perkara ini dibangkitkan pada Sidang DUN, tetapi jawapan Menteri Besar amat mengecewakan.

“Dalam Sidang DUN Julai lalu, saya mengemukakan persoalan mengenai hal ini tetapi amat malang, jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar, bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai hak ke atas MAPS, sangat menghampakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

(Selanjutnya sila lihat 'MAPS RM520 juta diroboh, Kerajaan Perak membisu– HARAKAHDAILY 7/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tiba-tiba tersembul berita MAPS RM520 juta lenyap, hilang begitu saja. Sedangkan itu duit rakyat, kerajaan dah tak mampu kendali atau memegang amanah rakyat.

ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) Perak juga seolah-olah terkunci mulut sedangkan merekalah dahulunya bersungguh-sungguh bagai gegak gempita laungkan MAPS yang didakwa seperti 1MDB versi Perak.  

Entahlah, mungkin dah rasa selesa duduk di kerusi empuk sebagai kerajaan yang majoritinya sebagai Exco, seolah-olah tak bermanfaat nak mempersoalkan perkara ini lagi. 

Sepatutnya rakyat perlu diberi penjelasan apakah tujuan bangunan bernilai RM520 juta itu dirobohkan. Adakah benar tanah tersebut telah dijual kepada pihak persendirian untuk dibangunkan perumahan elit dan mewah. Adakah dakwaan ini benar dan apakah status tanah tapak MAPS itu sekarang? 

Kerajaan negeri perlu jawab dan jelaskan kepada rakyat. Bahkan seluruh rakyat  mengharap apa jua projek yang bakal dibangunkan nanti perlulah mendatangkan manfaat buat rakyat dan bukan hanya menguntungkan pihak tertentu. 

Okey selesai setakat ini dulu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails