Monday, September 16, 2024

Menteri DAP buat hal lagi. M'sia/S'pura/Israel?

 

Benarkah Malayia Ailines bawa jamaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas?

1. Isu Malaysia Airlines: Siapa perlu tanggungjawab? 

Adakah Menteri DAP itu dari M'sia atau S'pura?

Wan Ahmad Fayhsal dan Anthony Loke

KUALA LUMPUR: “Siapa yang perlu bertanggungjawab mengenai isu pesawat Malaysia Airlines patah balik lagi?”

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pada 11 September 2024, sebuah lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik.

“Penerbangan tersebut adalah MH835 iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Denpasar iaitu jam 3:30 petang.

“Namun demikian pesawat tersebut terpaksa patah balik ke KLIA,” katanya dalam akaun media sosial Facebooknya.

Menurut beliau, insiden tersebut merupakan kali-5 yang berlaku yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines.

Tambahnya, perkara sebegini sudah tentu mengancam keselamatan penumpang pesawat Malaysia Airlines itu sendiri.

“Jadi, siapa yang bersalah dalam isu ini? 

“Jawapannya banyak kepada Menteri Pengangkutan yang mengizinkan SIA Engineering Company (SIAEC) yang mengambil pekerja-pekerja teknikal penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Malaysia Airlines dengan mudah,” tegasnya.

Sehubungan itu, Fayhsal mempersoalkan sama ada Menteri Pengangkutan Anthony Loke adalah Menteri di negara ini ataupun Singapura.

(Selanjutnya sila lihat 'Isu Malaysia Airlines: Siapa perlu bertanggungjawab?' -HARAKAHDAILY 16/9/2024)


2. Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar Agung 2024, Pahang.

Sila lihat PRESIDEN PAS ABDUL HADI AWANG             -HARAKAHDAILY 14/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.

(i) Ini pesan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai PAS. PAS tidak harus terus berasa selesa. 

Tuan Guru Abdul Hadi di samping Tuan Ibrahim pada Muktamar PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh, Pahang.

a. PAS tidak harus terus berasa selesa walaupun kita sedang memerintah empat buah negeri dan parti yang mempunyai bilangan terbanyak ahli parlimennya.

b. Setiap ahli PAS perlu terus bekerja keras memenangi hati dan meyakinkan rakyat.

c. Agenda penyatuan ummah juga harus terus diperkasakan. Penyatuan ummah yang telah dimulakan sebelum ini terhenti di tengah jalan atas beberapa faktor. 

d. PAS sebagai jemaah yang menjadikan Islam sebagai dasar menyeru kepada perpaduan tidak akan berputus asa untuk merealisasikannya.  

e. Demi membawa mesej Islam sebagai penyelesaian, PAS perlu terus berada di tengah-tengah masyarakat. Agar semua pihak termasuk bukan Islam harus difahamkan betapa PAS membawa mesej penyatuan, perpaduan dan kedamaian menurut acuan yang ditentukan oleh Allah SWT.

f. Akhirnya kita mahukan Harakah Islam PAS terus harum dan diperkasakan.  


(ii) Perhimpunan Mega Hentikan Genosid Israel, 11 Oktober 2024 

Mohd Azmi (tengah), Tian Chua (tiga dari kiri) dan Hishamuddin (dua dari kanan) dalam sidang media di Kuala Lumpur pada hari ini, 16 September 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

a. Di KL, Sempena genap setahun serangan genosid Zionis Israel laknatullah terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, satu Perhimpunan Mega Hentikan Genosid di Gaza akan diadakan pada 11 Oktober 2024 sebagai solidariti bersama-sama rakyat Palestin.

b. Perhimpunan tersebut akan bermula selepas Solat Jumaat iaitu bermula di Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur untuk bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat. Perhimpunan ini adalah satu daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia mengingatkan genosid di Gaza sejak 7 Oktober 2023 hingga 7 Oktober 2024 sebagai jenayah kemanusiaan yang paling buruk, kejam dan sangat barbarik dalam era sejarah moden dunia.

c. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah gagal menyekat Zionis Israel dan penyokong terkuatnya iaitu Amerika Syarikat (AS), daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Semenanjung Gaza mencecah lebih 40,000 nyawa rakyat Palestin, di samping lebih 100,000 yang lain tercedera. Paling parah ialah lebih 70 peratus yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

d. Menggesa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia mengadakan sidang khas bagi meluluskan usul mengenai genosid Israel di Gaza.

Sekian dulu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails