Thursday, September 26, 2024

Mentteri Komunikasi gagal. Tolak Umno UmDAP.

 

1. Penamatan kontrak Ketua Pengarah JKOM: Kegagalan Menteri Komunikasi

MERUJUK kepada pengesahan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengenai penamatan kontrak Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Khairuddin Othman.

Walaupun wartawan telah bertanya mengenai sebab penamatan awal kontrak, Menteri hanya menyatakan bahawa penamatan kontrak awal dalam lantikan adalah perkara biasa. 

Namun, persoalan utama yang timbul ialah sama ada Menteri menyedari bahawa sudah dua Ketua Pengarah JKOM dilantik dalam tempoh dua tahun sahaja. Dr. Mohammad Agus Yusoff dilantik pada Februari 2023, tetapi meletakkan jawatan pada November 2023, hanya bertahan selama 10 bulan.

Selepas itu, Mohd Khairuddin dilantik pada Mac 2024 dan ditamatkan perkhidmatan pada September 2024, hanya bertahan selama 7 bulan.

Sebagai Menteri, Fahmi Fadzil sepatutnya bertanggungjawab untuk melantik seorang Ketua Pengarah yang layak dan kompeten bagi jawatan tersebut. Adakah pelantikan Dr. Mohammad Agus dan Mohd Khairuddin melalui proses penilaian yang teliti dan adakah mereka benar-benar layak untuk jawatan tersebut?

Tempoh perkhidmatan yang singkat bagi kedua-dua Ketua Pengarah ini bukan sahaja menunjukkan ketidaktentuan dalam kepimpinan JKOM, tetapi juga membazirkan dana awam. Perkara ini sebenarnya boleh dielakkan jika Menteri melantik seorang yang benar-benar layak dan berkelayakan untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah JKOM.

Saya berpandangan bahawa kegagalan ini mencerminkan kelemahan Menteri Komunikasi dalam mengenal pasti individu yang sesuai untuk jawatan penting ini. Lebih-lebih lagi, terdapat kemungkinan bahawa pelantikan-pelantikan sebelum ini dilakukan dengan mengambil kira kepentingan politik Pakatan Harapan, bukannya berdasarkan merit.

Oleh itu, pandangan yang lebih luas ialah kegagalan sebenar terletak di bahu Menteri Komunikasi, dan beliau sendiri sepatutnya mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan. – HARAKAHDAILY 25/9/2024

Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat


2. PRK Mahkota, peluang tolak Umno UmDAP 

Annuar Musa pada ceramah kelompok PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Pusat Daerah Meng

KLUANG: “Ahli-ahli Umno Johor yang mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota boleh menggunakan kesempatan ini untuk menolak ‘Umno UmDAP’ bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan pemimpinnya yang membawa parti itu bersekongkol dengan DAP.”

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, selama ini pimpinan dan ahli Umno di Johor memang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin mereka di peringkat pusat itu. 

“Saya yakin orang Umno Johor tahu apa yang dibuat oleh Umno itu adalah salah dan tidak kena. 

“Antara yang menegur perbuatan itu termasuk Menteri Besar Johor sendiri pernah menegur apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno.

“Antara orang yang teraniaya dalam pertempuran ini adalah tokoh-tokoh Umno Johor, (antaranya) Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang cuba nak menyelamatkan Umno daripada jalan yang salah,” katanya.

(Selanjutnya sila lihat 'PRK Mahkota, peluang tolak Umno UmDAP'  –HARAKAHDAILY 25/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Nampaknya perkembangan sihat pimpinan PN sedang beramah mesra dengan pengamal media Cina. Dan pentingnya Skim PERKESO untuk golongan bekerja sendiri, suri rumah.

(i) Di KL, Majlis Makan Malam Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Bersama Pengamal Media Cina yang diadakan bersempena Perayaan Kuih Bulan pada tahun ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. 

Majlis yang dianjurkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) itu yang dihadiri barisan pimpinan PN dan pengamal media Cina, di sini, pada malam tadi itu menyaksikan kehadiran Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai dan Naib Presidennya, Datuk Parameswaran Ganason. 

Sambutan amat menggalakkan daripada media Cina, yang mana hampir 30 editor utama dan wartawan media Cina hadir untuk ‘bertemu mata’ dengan pemimpin Perikatan Nasional. 

Dominic Lau, Ahmad Fahdli, Parameswaran, Halimah, dan Alexander Lo bersama tetamu pada Majlis Makan Malam Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Bersama Pengamal Media Cina di Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee) 
Dominic Lau, Ahmad Fahdli, Parameswaran, Halimah, dan Alexander Lo bersama tetamu pada Majlis Makan Malam Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Bersama Pengamal Media Cina di Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)


(ii) Skim PERKESO penting untuk golongan bekerja sendiri, suri rumah. 

Muhammad Ismi (kanan) pada program ceramah Skim Caruman untuk Golongan Bekerja Sendiri dan Suri Rumah di Dewan Masjid Jamek Kota Kanan, Parit, Perak.

Di Parit, golongan bekerja sendiri dan suri rumah di Malaysia seharusnya menyertai pencaruman di bawah skim keselamatan sosial yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ini adalah langkah penting untuk memastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya dalam situasi yang tidak dijangka. 

Program ini telah menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk para pekerja sendiri, suri rumah, serta ahli keluarga. Allah SWT berfirman dalam Surat Hud ayat 6 bermaksud: Di mana Allah menyeru umat manusia untuk memakmurkan bumi dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. 

Dalam Islam, Allah SWT menggalakkan setiap umat untuk berbuat kebajikan seperti menanam pokok yang turut memberi manfaat kepada makhluk lain. Daripada hadis riwayat al-Bukhari ada menyebut bahawa di mana setiap amalan kebaikan seperti bercucuk tanam akan diberikan ganjaran sebagai sedekah. 

Sekian, wallahu 'aklam.

..

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails