Thursday, September 26, 2024

Misi PAS mendunia, Iran-Turkiye. Biadap/budak mentah.


Tuan Guru Abdul Hadi berjaya menyelesaikan misi musafir di Tehran, Iran dan Istanbul, Turkiye.

1. Tuan Guru Abdul Hadi selesai misi musafir ke Iran, Turkiye

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru sahaja selamat pulang ke tanah air selepas selesai misi bermusafir ke Tehran, Iran dan Istanbul, Turkiye  bermula setelah selesai Muktamar PAS Pusat di Pahang baru-baru ini.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, beliau mengambil peluang untuk bertemu Presiden Parti Saadat Turkiye, Temel Karamollaoğlu di Istanbul serta pimpinan gerakan Islam di Sudan, Libya, Lubnan, Iraq dan lain-lain.

“Perbincangan tentang pengalaman politik PAS di Malaysia dan situasi terkini taufan al-Aqsa Palestin.

“Selain itu, saya juga memenuhi undangan Syarahan Istanbul: ‘Taufan al-Aqsa dan Masa Depan Ummah’ yang dianjurkan oleh NGO International Youth Forum (IYF). 

Sepanjang bermusafir di Tehran dan Istanbul, Tuan Guru Abdul Hadi turut menghadiri beberapa sesi temu ramah dengan agensi media antarabangsa termasuk TRT World dan Anadolu Agency Media.

“ (juga) Temu ramah daripada media antarabangsa, antaranya TRT World dan Anadolu Agency Media,” ujar beliau dalam media sosial miliknya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap musafir berkenaan memberikan makna yang besar ke arah penyatuan umat Islam agar cahaya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. – HARAKAHDAILY 26/9/2024


2. 3R kekang umat Islam pertahan agama, Raja, bangsa  

Ahmad Nawfal Mahfodz dalam program ceramah Pentas Anak Muda PERIKATAN NASIONAL bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Suria, Kluang, Johor. (FOTO" HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yunus)

KLUANG: “Penguatkuasaan ‘Peraturan 3R’ meliputi agama, Raja dan bangsa hakikatnya dibuat untuk mengekang umat Islam-Melayu daripada mempertahankan isu berkaitan ketiga-tiga asas penting negara tersebut.”

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, penguatkuasaan undang-undang itu juga telah berjaya melabel mereka yang memperjuangkan ketiga-tiga perkara tadi sebagai ekstremis.

“Tetapi hari ini, semuanya dah diangkat sebagai 3R. Siapa yang anjurkan 3R ini? Kenapa mereka angkat 3R ini? Sebab mereka nak mengekang kita.

“Tujuan mereka, memang mereka buat satu-satu agenda, satu-satu hasrat yang jahat, supaya kita respons dan kita kena balik sebagai orang jahat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ceramah Pentas Anak Muda PERIKATAN NASIONAL bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Suria, di sini, malam tadi. 

(Lihat selanjutnya '3R kekang umat Islam pertahan      agama, Raja, bangsa–HARAKAHDAILY 26/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kini makin bertambah jelas, rupanya misi Presiden PAS dari Malaysia sudah bertambah matang dan mendunia. Bukan macam perjuangan PH-BN seperti yang disebut-sebut semakin menyempit, bahkan melahirkan 'menteri yang biadap'. 

Bahkan juga dilebelkan zaman Kerajaan Madani amalkan politik ‘budak-budak mentah’. 

(i) Ini..   

Laporan Malay Mail yang melaporkan mengenai kenyataan Tion King Sing baru-baru inii.

Di KL, YDP PAS Kawasan Subang, menyifatkan Menteri yang dilahirkan daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menunjukkan sikap biadap apabila mempermainkan isu agama. 

Terdahulu, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Tiong King Sing dilaporkan oleh media tempatan ketika berucap dalam satu majlis kebudayaan Cina di Mahkota, Johor dan dikatakan secara berjenaka menyebut bahawa jika tidak keluar mengundi, ia mungkin akan memberi isyarat sokongan kepada pandangan konservatif PAS. 

Dalam ucapannya, Tiong merujuk kepada seorang wanita yang memakai skirt di atas lutut dan berjenaka mengenai perlunya mempertahankan hak untuk berpakaian sedemikian, atau mereka mungkin kehilangan peluang untuk melakukannya pada masa akan datang. 

Itulah contoh Menteri PH-BN berfikiran sempit, yang mana beliau sepatutnya berkempen dengan matang dan tidak perlu menampilkan isu agama, terutama Islam untuk dijadikan bahan lawak jenaka. Bayangkan jika penceramah Perikatan Nasional (PN) pula membuat senda dan lawak terhadap nilai dan kepercayaan agama lain. 

Sejak berkuasa PH-BN berjaya lahirkan ramai menteri biadap yang berani memperlekeh dan menghina agama Persekutuan. Menyinggung dan menyerang PAS dan pimpinannya perkara biasa, tetapi bila celupar dan berani menggunakan agama sebagai bahan senda gurau, itu memang biadap dan penghasut.   

Semoga pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Mahkota yang bakal berlangsung pada Sabtu, 28 September ini, dan rakyat Malaysia amnya agar menyedari perkara itu. Di hadapan pengundi Melayu mereka guna skrip lain, tetapi di hadapan pengundi bukan Melayu mereka membakar api kebencian terhadap Islam dengan harapan pengundi mengundi mereka dan menolak PN. 

Kini budaya rasis dan ekstrem ini semakin subur di negara ini.

(ii) Politik 'budak-budak mentah'. 

Visual dari udara menunjukkan keadaan Sekolah Kebangsaan Seri Banai, di Kedah yang dilanda banjir pada minggu lalu.

Di KL, Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu larangan membersihkan sekolah terjejas banjir sebagai amalan politik ‘budak-budak mentah’ pada zaman Kerajaan Madani hari ini. 

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada zaman Kerajaan Madani yang mahu membawa perubahan dan reformasi dalam politik arus perdana.Semua parti politik di Malaysia perlu membudayakan politik matang dan sejahtera sepaerti yang diamalkan oleh PAS demi mencapai keharmonian antara rakyat. Kerja-kerja operasi bantuan banjir dan pembersihan rumah di rumah mangsa-mangsa banjir giat dijalankan oleh Pertubuhan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) dengan bersungguh-sungguh. 

Semua wakil rakyat juga turut tidak ketinggalan membantu semua mangsa banjir tanpa mengira warna politik di saat rakyat di negeri-negeri utara menghadapi musibah banjir. Dalam pada itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih buat Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia yang telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir dan telah melakukan operasi pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir.

Sebelum ini, Khidmat Malaysia selaku sebuah pertubuhan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia melalui Pengerusinya, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary dalam kenyataan telah  menzahirkan rasa terkilan dan dukacita apabila terdapat halangan pihak tertentu yang melarang sekutunya, Sukarelawan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia daripada memasuki sekolah di bawah  Kerajaan Persekutuan, iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Banai, di Kedah bagi tujuan membersihkan premis sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri itu.

Namun laporan itu juga menyatakan bahawa Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan seluruh jawatankuasa sekolah itu kemudian bertindak bijak dalam membenarkan Khidmat Malaysia dan rakan-rakan sekutunya itu untuk berkhidmat kepada warga SK Seri Banai. 

Al-hamdulillah, semoga baik-baik semua. Bahkan budya-budaya begini juga akan terus berkembang mendunia dan membangun bersama Islam. 

Insya Allah!

...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails