Friday, September 06, 2024

Pantau bukan 'haram'kan.. Industri sayur warga asing


Kebun sayur haram diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan Persekutuan Penanam SayurKebun sayur haram diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan Persekutuan Penanam Sayur
1. Persatuan pengguna gesa kerajaan pantau kebun haram diusahakan pekerja asing

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengguna meminta pihak berkuasa melakukan pemantauan lebih ketat bagi mengekang pembekalan sayur-sayuran yang diusahakan warga asing di kebun haram.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff, berkata pekerja asing yang mengusahakan tanaman sayur bukan sahaja tidak mengutamakan kebersihan, malah menggunakan racun perosak secara berlebihan sehingga memberi kemudaratan kepada pengguna.

Katanya, tanaman sayur diusahakan warga asing juga sering mendapat permintaan tinggi daripada penjual kerana harga ditawarkan lebih rendah berbanding pengusaha tempatan.

"Pemborong lebih gemar ambil sayuran dengan warga asing kerana mereka jual dengan harga murah, tidak memerlukan modal besar kerana menggunakan racun daripada pasaran gelap.

"Namun sayuran ditanam mereka ini, mendatangkan mudarat kepada kesihatan pengguna. Sekiranya perkara ini dibiarkan, berkemungkinan besar pengguna berasa tidak selamat dan akan memilih untuk membeli sayuran import," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan ladang diusahakan secara haram oleh warga asing dan tidak dipantau berisiko membahayakan kesihatan pengguna berikutan salah guna racun makhluk perosak (RMP), selain penggunaan bahan itu secara haram.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi, berkata tindakan sedemikian serta lain-lain salah laku susulan kegiatan warga asing yang tidak dipantau akan menyebabkan pengeluaran hasil tanaman tidak selamat untuk dimakan.

Beliau menegaskan, ladang atau kebun sayur haram diusahakan warga asing tidak dipantau Jabatan Pertanian terutama dari segi pematuhan Amalan Pertanian Baik (APB) dalam aktiviti pertanian diusahakan.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan dan Penyelaras Pertanian Asli Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, berkata hanya penguatkuasaan yang ketat sahaja mampu menyelesaikan penanaman sayuran menggunakan racun secara berlebihan.

"Jabatan Kesihatan Negeri mestilah membuat pemeriksaan jenis racun yang digunakan oleh mereka ini. Kebanyakan daripada pekerja asing ini akan menanam sayuran ini di merata tempat, asal ada tempat kosong sahaja mereka akan tanam sayur. Tetapi guna racun yang diharamkan oleh kerajaan.

"Mereka suka guna racun itu kerana harganya yang lebih murah dan menggunakan ia secara berlebihan kerana tidak mengikut arahan ditetapkan. Malah mereka ini juga tidak peka dengan keburukan racun berkenaan," katanya. (BH)


2. Warga Bangladesh, Indonesia, Rohingya kuasai industri sayur  

Kebun sayur haram yang diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia

Di Johor Bahru dilaporkan, rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia didakwa mula dikuasai pendatang asing yang turut dipercayai makin memperluaskan kebun diusahakan mereka secara haram dengan saiz keseluruhan kini dikatakan hampir 1,000 hektar.

Kegiatan berkenaan yang dikatakan mula aktif sejak lima tahun lalu didedahkan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia yang membuat pemantauan dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara.

Pengerusinya, Lim Ser Kwee, mendakwa pendatang asing warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya kini membina rangkaian, dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan pendapatan lebih 2,000 ahli persatuan berkenaan makin terjejas kerana kian banyak sayuran ditanam dan dibekalkan oleh pendatang asing di pasaran tempatan.

"Pendatang asing bukan sahaja mengusahakan kebun sayur, malah turut menguasai rantaian pembekalan, termasuk logistik atau pengangkutan, selain aktif bekalkan sayur ke pasar borong dan pasar basah seluruh negara

"Malah, ada dalam kalangan mereka turut mengambil alih lot niaga sayuran di pasar borang utama, selain makin ramai juga pendatang asing berniaga di luar bangunan pasar," katanya kepada BH. 

Lim Ser Kwee

Kebun sayur haram yang dikatakan diusahakan pendatang asing di Seberang Prai, Pulai Pinang. - Foto Persekutuan Penanam Sayur

Katanya, perkara itu adalah rahsia terbuka di Pasar Borong Kuala Lumpur; Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Johor Bahru.

Menerusi maklumat ahli persatuan, Ser Kwee berkata, hasil tinjauan menganggarkan kebun dan ladang sayur yang diusahakan secara haram di Semenanjung membabitkan lebih 1,000 warga asing.

"Ini berlaku di seluruh Semenanjung, tapi paling banyak di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang, terutama Cameron Highlands. Anggaran keluasan keseluruhan kebun haram di setiap negeri antara 50 hingga 100 hektar.

"Kebanyakan kawasan diusahakan pendatang asing ini terletak di pedalaman, terutama dalam ladang sawit dan hutan yang diceroboh. Kebun mereka sukar diakses orang awam, termasuk kakitangan Jabatan Pertanian. (Disunting dari BH) -IH.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah dan terimakasih kepada beberapa persatuan pengguna yang meminta pihak berkuasa melakukan pemantauan lebih ketat bagi mengekang pembekalan sayur-sayuran di negara ini. 

(i) Warga Asing.

Walaupun ianya diusahakan oleh warga asing di kebun-kebun 'haram' atau kebun-kebun yang tidak haram..  Bahkan yang haram boleh di'halal'kan, kalau kerajaan betul-betul mahu menanganinya.

Apalagi kalau dapat dipantau harga sayuran itu, kebersihan, atau bebas racun, supaya rakyat negara ini dapat menikmati hasil anugarah Allah SWT dari buminya sendiri. Insya Allah dan al-hamdulillah.

(ii) Ceroboh tanah.

Ketika kerajaan belum mampu menangani sepenuhnya isu warga asing terbabit dalam perniagaan, menyusul lagi isu membimbangkan mengenai rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia yang didakwa mula dikuasai pendatang.

Jika sebelum ini warga asing hanya digajikan di kebun sayur, dari semasa ke semasa mereka berubah pula menjadi pengusaha dan kemudian membina rangkaian, dari peringkat kebun, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga pasar borong tertentu di Semenanjung.

Pendatang asing didedah mengusahakan kebun secara haram bukannya perkara baharu kerana pernah mendapat liputan media tempatan sejak 5 tahun lalu, pendatang menceroboh tanah kerajaan di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Pada September 2019, dilaporkan sekumpulan warga asing menceroboh tanah kerajaan dan tanah persendirian di Bukit Beruntung sebelum 26 pekebun, termasuk 23 dari Bangladesh ditahan Jabatan Imigresen. Kawasan berkenaan dipercayai diteroka secara haram sejak 10 tahun sebelum itu.

Jun 2023, sekumpulan warga asing dikesan menjadikan tanah kira-kira 1. 4 hektar di Pulau Meranti, Puchong, juga di Selangor sebagai petempatan haram dilengkapi surau dan kemudahan, selain menanam pelbagai sayuran kontan untuk dijual kepada pemborong.

Difahamkan, warga Indonesia dan Bangladesh di kawasan terbabit menjadikan lokasi di bawah grid pencawang elektrik itu sebagai kebun sayur dengan menyewa tanah daripada penduduk tempatan pada kadar RM600 sebulan. 

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

No comments:

Post a Comment