Wednesday, September 18, 2024

PAS bantah Tanah Melayu jadi milik bukan-Melayu. Ibrah nasib Palestin

 

Gambar sekadar hiasan. 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.  Published  on January 3, 2023

1. Tanah, aset Melayu akan jadi milik bukan-Melayu? 

TEMERLOH: Akta Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dijangka dibentangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Sidang Parlimen pada Oktober hingga Disember nanti telah menerima bantahan rasmi PAS.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 telah sebulat suara menolak akta yang diyakini akan menyebabkan polarisasi kaum makin melebar sedangkan pemimpin sering bercakap mengenai membina perpaduan dan interaksi antara kaum.

Perwakilan PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin berkata, paling dibimbangi adalah risiko hilang atau berkurangnya hak-hak Melayu dan Bumiptera lain dalam soal pemilikan dan peganggan hartanah di bandar-bandar.

Beliau menyokong dan membahas usul dikemukakan PAS Kawasan Terengganu menolak akta tersebut ketika mengambil bahagian pada sesi tersebut dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

“Kita tidak mahu hanya kaum tertentu sahaja menguasai kehidupan dan perekonomian di bandar sedangkan orang-orang Melayu dan Bumiputera lainnya tertinggal dalam suasana serba kekurangan di desa-desa pendalaman dan di luar bandar.

“Atau (Melayu dan Bumiputera) terpinggir di dalam pembangunan pesat bandar itu sendiri,” ujar Ahli Parlimen Tangga Batu itu dengan turut merujuk kajian Rohayati Hussein dan Dr Rusnadewi Abdul Rahman dari UiTM Perlis.

Bentangnya, kajian bertajuk ‘Dilema Pembangunan Tanah Rizab Melayu’ adalah berkisar isu yang menjadi lambang kedaulatan dan ketuanan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini di mana anya dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perinci beliau Perkara 89 Fasal (6) Perlembagaan jelas menyatakan objektif Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujudkan bertujuan menyekat tanah itu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan-Melayu.

(Sila baca sampai habis 'Tanah, aset Melayu akan jadi milik bukan-Melayu?' Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) September 15, 2024  -HarakahDaily)


2. Ibrah nasib Palestin: PAS perlu ada silibus sejarah tanah air 

Mumtaz pada Muktamar PAS Kali Ke-70.

TEMERLOH: PAS melalui Lajnah Tanah diusulkan agar mempunyai silibus sejarah tanah air untuk memberi kesedaran dari sudut penjagaan hak milikan tanah dari sudut undang-undang, dan turun ke cawangan demi menjaga negara dan semua pusat pendidikan di bawah Parti.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, ia adalah bagi menyemarakkan semangat hubbul watan dan isu antara bangsa untuk memastikan agar apa yang berlaku di bumi dan tanah Palestin sekarang ini dijadikan ibrah – lekat dan dekat di hati ahli PAS, keluarga, serta semua pengundi dan rakyat Malaysia.

“Muslimat dan kanak-kanak juga harus berganding bahu dalam membela Palestin secara kefahaman, semangat, ekonomi, dalam membina jati diri individu dan bangsa secara bermaruah melalui PASTI, SRITI dan SMITI – agar betapa kanak-kanak hampir setiap hari mereka solat jenazah dan syuhada’ tetapi mereka tetap cekal dan kekal dalam mempertahankan bumi Palestin,” katanya.

Menurut beliau, PAS telah menyokong sepenuhnya prosiding perundangan yang dimulakan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan.

(Lanjutnya sila lihat 'Ibrah nasib Palestin: PAS perlu ada silibus sejarah tanah air– HARAKAHDAILY 15/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, masih ada PAS dalam membela Islam dan rakyat yang terjajah sedunia.

(i) Cabaran PAS tak akan berkurangan walau sesaat 

KUALA LUMPUR: “PAS sudah melalui perjalanan panjang dalam perjuangan di persada politik negara dan kini PAS menjadi parti harapan untuk masa depan.

”Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya berkata, sudah tentu terlalu banyak pihak yang mencemburui perkembangan dan kejayaan PAS sehingga menjadikan PAS terus berada di medan […]

(ii) Kenyataan media palsu mengenai tindakan disiplin Perwakilan PAS Perlis  

Kenyataan media PAS berhubung tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis telah disahkan sebagai palsu.

Jabatan Penerangan PAS Pusat dalam kenyataannya berkata, ia telah mengenalpasti dalam tempoh dua bulan ini, hampir 10 kenyataan palsu telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat Malaysia terhadap PAS dengan menggunakan kepala surat rasmi PAS.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan dan Media Baru, PAS Pusat dalam kenyataan pada hari ini berkata, sebagai pemakluman, akaun Facebook TVPAS akan menjadi salah satu rujukan utama untuk sebarang pengeluaran Kenyataan Rasmi daripada PAS Pusat.

Terdahulu, tular satu kenyataan media kononnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat bertarikh 15 September 2024 mengenai tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 pada 14 September, tetapi sebenarnya ia adalah palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. 

(iii) Tanpa peruntukan: MP Kuala Terengganu teruskan tradisi perpaduan  

Alex Chan (kiri) dan Balachandran (kanan) bersama masyarakat setempat berbangsa India.

Ahli Parlimen (MP)Kuala Terengganu, tetap meneruskan tradisi memberi kuih bulan kepada kaum Cina di negeri itu sempena Perayaan Kuih Bulan, walaupun peruntukan disekat kerajaan pusat. 

Perayaan ini adalah simbol perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, di mana tradisi dan budaya yang kaya dapat dikongsi bersama.

Namun PAS tetap bantah Tanah Melayu jadi milik bukan-Melayu. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails