Thursday, September 12, 2024

PAS tadbir Pahang pula.. K'jaan Perpaduan X padu.

 

Tuan Ibrahim memberi ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang, pada malam ini, 11 September 2024.

1. Pemuda PAS mainkan peranan penting tawan Pahang

TEMERLOH: Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada kali ini adalah sebagai isyarat bahawa Pahang bakal ditadbir dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sambil mengucapkan tahniah kepada DPPM kerana telah berjaya menarik minat golongan pemuda untuk mengundi Perikatan Nasional (PN). “Insya-Allah, kita […]


2. ‘Sesama K/Perpaduan itu sendiri pun X ada perpaduan’

Tuan Ibrahim memberi ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang, pada malam ini, 11 September 2024.

TEMERLOH: “Pemimpin kerajaan pada hari ini tidak mempedulikan soal perpaduan, sebab itu mereka menganggap kenyataan Teresa Kok itu kenyataan peribadi.”

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kenyataan tersebut sebaliknya adalah kenyataan yang amat menyinggung hal orang Islam. 

“Jadi, apabila mereka tidak mempedulikan perpaduan, macam mana mereka nak membentuk dan menyemai budaya ataupun perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sesama kerajaan perpaduan itu sendiri pun tidak ada perpaduan. Hari ini (11 September) Teresa Kok mengemukakan surat menyaman Ketua Pemuda Umno (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh).

“Sedangkan mereka dalam satu kerajaan yang sama. Sepatutnya tidak dibuat begitu,” katanya dalam sidang media Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65, di sini, malam ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Mohd Hafez Sabri; dan Naib Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.

Menurut Afnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Setar, perkara berkenaan menunjukkan sikap ‘abang besar’ DAP dalam kerajaan, di mana mereka lah sebenarnya yang mengatur di sebalik semua masalah yang berlaku.

“Jadi sebab itu, Pemuda PAS meletakkan tema kita memimpin. 

“Kita kena terus memimpin kebangkitan rakyat, kebangkitan anak muda untuk menyelamatkan Malaysia daripada orang-orang yang tidak tahu mentadbir, yang hanya menggunakan kuasa untuk membalas dendam untuk kepentingan politik peribadi mereka,” katanya

Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilaporkan pada hari ini telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal.

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Naib Pengerusi DAP itu juga menuntut Muhamad Akmal agar membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut

Dalam dakwaannya, Teresa menyatakan bahawa Muhamad Akmal telah memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Kandungan notis berkenaan antaranya berbunyi, “Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi.”

Bertindak balas segera terhadap notis yang dikemukakan Teresa itu, Muhamad Akmal melalui media sosialnya berkata, “Ok nyonya. Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender.” HARAKAHDAILY 11/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mari kita lihat hebatnya negeri-negeri di bawah tadbiran PAS.

(i) Kelantan tiada masalah perkauman. 

Tuan Ibrahim (tengah) serta Afnan Hamimi (kiri) dan Mohd Hafez (kanan) dalam sidang media Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang pada malam ini, 11 September 2024.

T/Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang ramai boleh melihat bagaimana ramai orang bukan Islam dapat hidup dengan tenang di negeri tadbiran PAS tersebut. PAS hampir tidak mempunyai sebarang isu berkaitan perkauman dalam negeri yang ditadbirnya, contohnya Kelantan. 

PAS siap membenarkan mereka yang bukan Islam beribadah di Kelantan, bahkan patung Buddha tertinggi pun ada di sana. Semua penduduk di negeri Kelantan pun menghormati kehidupan antara satu sama yang lain.

Sebenarnya isu besar yang berlaku dalam negara hari ini adalah faktor bahasa bangsa itu sendiri. Malah, dalam Islam pun ada menyatakan, kalau kita tiga orang, tetapi berbisik dua orang saja pun tak boleh kerana boleh membawa kepada berlakunya sifat buruk sangka.  

Jadi, bahasa Malaysia perlu dijadikan sebagai bahasa pengantara. Model pemerintahan di negeri Kelantan dalam penyatuan kaum dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah perpaduan negara sekiranya Perikatan Nasional (PN) dapat mentadbir negara ini.

PAS sudah ada model negeri Kelantan itu sendiri sebagai satu contoh bagaimana PN dapat menyelesaikan masalah perkauman di negara ini.

(ii) Tawan Pahang, peranan penting Pemuda PAS.. 

Muhammad Hanif ketika hadir dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang, pada malam ini, 11 September 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY)

TEMERLOH: Pemuda PAS Negeri Pahang memainkan peranan penting dalam menawan negeri tersebut dalam Pilihan Raya akan datang.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Hanif Jamaludin berkata, perkara tersebut merupakan satu daripada sebab utama Muktamar DPPM kali ini diadakan di negeri tersebut.“Kami ingin membina kekuatan Pemuda PAS Negeri […]

(iii) SG4 pemangkin ekonomi negeri teras Melayu Bumiputera   

Mohd Zai Mustafa

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengucapkan syabas kepada penubuhan gagasan ekonomi negeri-negeri Melayu Islam Bumiputera yang melibatkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, penubuhan gagasan ekonomi ini yang berpaksikan kepada asas kebersamaan dan keadilan akan membuktikan bahawa gerakan ekonomi teras Melayu Bumiputera boleh dicapai demi […]

Sekian. Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails