1. Ke arah penyatuan umat Islam sedunia
ALHAMDULILLAH, selesai Muktamar Tahunan PAS tempoh hari, saya berangkat ke Iran bagi menghadiri Muktamar Penyatuan Islam Sedunia Kali Ke-38 anjuran Majma’ Taqrib Mazahib yang berlangsung pada 19 – 21 September di Tehran.
Majlis perasmian Muktamar telah disempurnakan oleh Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang menekankan perlunya umat Islam menghayati perjuangan Rasullullah yang membawa mesej perpaduan dan keamanan, khususnya dalam suasana umat Islam yang sangat mencabar hari ini.
Saya dan beberapa tetamu diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucaptama dalam persidangan yang bertemakan ‘Kerjasama Islam Ke Arah Mencapai Nilai Kebersamaan Bagi Mempertahankan Al-Aqsa’, dan memberikan pandangan terhadap ketegasan dunia Islam dalam mempertahankan Palestin melangkaui perbezaan mazhab dan asabiyah perkauman, seterusnya menggembeling kerjasama dalam kalangan ulama’ untuk membangkitkan kesedaran umat Islam.
Seterusnya saya dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazahib di bawah kepimpinan Syeikh Dr. Abdul Hamid al-Shahriari, serta diberikan penghormatan menghadiri majlis bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Imam Khamenei.
Dalam kesempatan sama, saya turut bertemu rakan-rakan pemimpin gerakan Islam dan ulama’ yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari Palestin, Iran, Arab Saudi, Turkiye, Rusia, Lubnan, Pakistan, India dan Afghanistan, di samping memenuhi undangan temu ramah dengan beberapa agensi berita antarabangsa.
Semoga usaha penyatuan ini akan menatijahkan kejayaan yang lebih besar kepada dunia Islam dan perjuangan Palestin, berpaksikan kepada tonggak keadilan, keamanan dan perpaduan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W sebagai jalan penyelesaian.
Insya-Allah destinasi seterusnya, Istanbul. Semoga Allah mengurniakan kesihatan untuk saya menjalankan misi ummah ini.
Abdul Hadi Awang, Tehran.
2. Merobohkan tembok ‘anti PAS’ bukan Melayu
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks al Makmur, Kerdau, Pahang baru-baru ini telah melakar sejarah apabila ia meluluskan sebulat suara usul meminda Perlembagaan PAS dengan membuka keahliannya kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam.
Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sebelum itu keahlian PAS hanyalah dibuka kepada yang beragama Islam sahaja.
“Dengan pindaan ini bermakna rakyat Malaysia yang bukan Islam boleh menjadi ahli PAS berstatus bersekutu dan bergerak melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) (yang telah ditubuh jauh sebelum usul ini dikemukakan) yang sama statusnya dengan sayap Dewan-dewan lain yang sedia ada.
“DHPP kelak sebagaimana dewan-dewan lain akan berperanan di peringkat kawasan, negeri dan Pusat. Melaui pindaan ini kepimpinan DHPP sebaris dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan, ahli Perhubungan PAS negeri-negeri dan AJK PAS Pusat.
(Ikuti selanjutnya 'Merobohkan tembok ‘anti PAS’ bukan Melayu' -HARAKAHDAILY 24/9/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Sudah menjadi lumrah dalam perjuangan, apabila Islam itu makin kuat ditekan dan ditindas, maka tandanya di situ Islam sedang bangkit. Makin kuat ditekan, akan makin cepat ledaknya meletus.
Mari kita lihat suasananya masakini.
(i) Di KL, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) mengiktiraf gerakan perjuangan Lubnan dalam menyokong rakyat Palestin.
Ianya sekaligus menjadi bukti bahawa Gaza tidak berjuang bersendirian. PUM mengutuk dan mengecam serangan rejim Zionis tersebut. PUM menyeru pemimpin antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia agar segera bertindak dan memboikot haram jadah AS/Israel/kuncu itu.
(ii) Lucu! Pegawai JAIM dipecat kerana gambar Presiden PAS.
Di KL, tindakan Kerajaan Negeri Melaka memecat dan menukar pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana memaparkan wajah Presiden PAS dalam paparan slaid khutbah Jumaat adalah amat dikesali. Tindakan tersebut menggambarkan ketakutan Kerajaan Negeri Melaka dengan kebangkitan PAS dan ianya dilihat tidak munasabah.
Malahan ia bukanlah satu kesalahan besar jika diteliti, bila para pegawai itu memaparkan imej pemimpin politik yang tepat dan bersesuaian dengan ayat berbunyi: ‘Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan, dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia’.
Terdahulu, 4 pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dikenakan tindakan tatatertib setelah insiden paparan gambar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam slaid khutbah Jumaat.
Gambar beliau muncul pada infografik khutbah di masjid, bersama dengan paparan wajah Yang di-Pertuan Agong ke-16, namun tidak ditukar dengan gambar Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Tindakan disiplin diambil terhadap pegawai-pegawai tersebut, termasuk pertukaran tempat bertugas dan pemecatan, kerana kecuaian dalam tugas mereka. Langkah itu dikritik oleh PAS Melaka, yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim dan melampaui batas terhadap pegawai yang terlibat.
Begitu kira-kira, perutusan Presiden PAS dari Iran. Bukan dari AS/Israel/kuncu-kuncu..
...
No comments:
Post a Comment