KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Sime Darby digesa untuk menghentikan segala kerjasama dengan syarikat Caterpillar yang bersifat pro-Zionis.
Pengerusi Pergerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail berkata, antara ciri yang amat dahsyat dan kejam dilakukan oleh rejim Zionis adalah pemusnahan puluhan ribu rumah penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
“Mereka menggunakan jentolak gergasi dalam melakukan perobohan secara haram terhadap rumah-rumah rakyat Palestin itu sendiri.
“Kegiatan tidak berperikemanusiaan ini sering mengakibatkan kematian kerana jentolak sebegini ada kalanya sengaja merobohkan rumah ketika penghuni masih berada di dalam kediaman,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
(Ikuti selanjutnya 'Hentikan segala urusan dengan Caterpillar – BDS' -HARAKAHDAILY 21/9/2024)
2. Tindas rakyat melalui MOU peruntukan.
Tuan Guru Zulkifli Ismail
MoU peruntukan: Pemimpin ada penyakit seronok menindas rakyat
KLUANG: Pemimpin-pemimpin yang tidak menuruti kehendak Islam untuk berlaku adil hakikatnya dilanda penyakit rasa seronok untuk menindas rakyat yang berada di bawah pemerintahan mereka.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, perkara itu berpunca daripada pemimpin-pemimpin yang menolak keadilan Islam dan berpegang kepada fahaman liberal, plural dan sekular.
“Mereka tak boleh terima keadilan Islam. Mereka menentang Islam dan menolak Islam. Kenapa? Kerana keadilan Islam menggugat agenda mereka.
“Agenda mereka yang bertolak daripada hawa nafsu mereka untuk menindas manusia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Jasin dan Pesuruhjaya PAS Melaka.
Beliau berkata demikian dalam ceramah kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang berlangsung di Bilik Gerakan PERIKATAN NASIONAL bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Melayu Timor 2, di sini malam tadi.
Tambah beliau, perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam isu memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan untuk Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
(Lihat selanjutnya 'MoU peruntukan: Pemimpin ada penyakit seronok menindas rakyat' -HARAKAHDAILY 21/9/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan rampas tanah rakyat, apa hukum? Bagaimana PH dan Umno gagal kerjasama dengan DAP?
(i) Pembangunan TKPM: ‘Kita makan hasil dari penat lelah mereka’
Di Terengganu, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) ialah tanah milik kerajaan negeri yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN). TKPM di bawah Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri.
TKPM adalah bertujuan pertanian, penternakan atau perikanan dengan matlamat bagi pengeluaran makanan negara. Di seluruh Terengganu terdapat lebih 2,000 hektar tanah diwartakan sebagai TKPM Pertanian.
Antaranya TKPM Peradong di Manir, TKPM Palong Jenang di Kemaman, TKPM Serating (Marang), TKPM Tok Dor (Besut) dan TKPM Rhu Tapai (Setiu). TKPM Penternakan ada sekitar 4,000 hektar dan sekitar 200 hektar TKPM Perikanan. Inilah warga tani yang banyak menabur jasa. Makanan tersebut hasil dari penat lelah mereka.
Konsep TKPM, setiap peserta diberikan tanah secara Lesen Menduduki Sementara (LMS) antara 8 hingga 10 ekar seorang beserta infra. Di sinilah mereka membanting tulang mencari rezeki. Kerajaan bantu beberapa aspek lain termasuk bantuan teknikal, input dan pemasaran.
Semoga para peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) boleh meningkatkan pengeluaran hasil dengan penambahbaikan yang dibuat kepada jaringan jalan ladang dan sistem pengairan.
(ii) PH dan Umno gagal kerjasama dengan DAP.
Kenyataan daripada DAP terhadap urusan agama Islam adalah satu langkah yang silap mengikut sempadan masyarakat majmuk, kerana ia sangat dijaga oleh penganut Islam walaupun mereka yang paling jahil.
Sifat tersebut masih terpelihara dalam diri masyarakat Melayu Islam sejak beberapa abad lamanya di Nusantara, termasuk pada zaman penjajah. Hingga tidak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan salah faham. Walaupun Islam dengan tegasnya dinyatakan sebagai agama bagi persekutuan, namun hak kebebasan beragama tetap terpelihara kepada semua pihak.
Bahkan baru-baru ini, tercetus kenyataan yang menimbulkan salah faham sekali gus menandakan berlakunya ketidakfahaman terhadap adab Islam. Sehingga menimbulkan kekeliruan sejak berlakunya kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan DAP, yang kemudiannya disertai oleh beberapa kepala UMNO dalam kerjasama tersebut.
Keadaan yang berlaku seperti sudah tidak mengenali sempadan perbezaan agama yang wajib dijaga, sehingga DAP boleh melanggar sempadannya. Lebih malang lagi, ada daripada kalangan Melayu Islam yang jahil agamanya sendiri bertindak pertahankan kenyataan salah daripada DAP itu.
Sistem pemerintahan dan perundangan Islam dalam mentadbir urus tanah amat berbeza dengan sistem dan perundangan konvensional.
Punca kuasa sistem Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang menjamin keadilan, di mana tanah diteroka atau dihidupkan atau dibeli adalah diperakui sebagai hak milik sah seseorang rakyat.
Malah, Nabi SAW memberi peringatan bahawa sebarang usaha di pihak lain termasuk pemerintah yang berusaha mengambil tanah selepas ia dihidupkan atau dibangunkan setelah dibeli atau seumpamanya, maka tindakan itu adalah zalim.
Menurut syariat, pemilikan secara teroka berbanding dengan pemilikan secara beli, pemilikan secara beli adalah lebih kuat. Pemilikan secara teroka tidak sekuat pemilikan secara beli. Islam menyatakan itu hak dia (rakyat).
Selepas dia bangunkan rumah dan seumpama, itu hak dia. Kalau ada orang ambil (tanah dimiliki itu), kata Nabi, itu zalim! Maknanya kita pemilik tanah yang kita perolehi secara teroka.
Katakan arwah ayah kita teroka tanah, tiba-tiba ada orang nak ambil. Kita wajib pertahankan. Sebab apa? Nabi kata itu hak kamu. Orang yang ambil (rampas) itu adalah zalim, kata Nabi SAW. Itu hak kita dalam Islam.
Apatah lagi kalau tanah itu kita miliki secara beli. Ataupun daripada keturunan kita yang memiliki secara beli. Itu lagi kuat dan kalau dirampas selepas itu adalah lebih zalim berbanding dengan rampas dari pemilikan secara teroka.
Siapapun menerajui pemerintahan kerajaan, hak pemilikan tanah sedemikian sepatutnya tidak boleh disentuh sama sekali, hatta Parlimen tidak sepatutnya mempunyai perundangan mengatasi al-Quran dan as-Sunnah.
Apatah lagi untuk kerajaan bertindak mengusir atau menghalau rakyat dari tanah yang menjadi miliknya. Namun dalam sistem konvensional pemilikan tersebut sewenang-wenangnya boleh dicabut.
Itu sedikit imbas kerajaan rampas tanah rakyat dari segi hukum.
Yang penting sekarang, PNB-Sime Darby hentikan pro zionis segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia!
Amin.
No comments:
Post a Comment