Sunday, September 29, 2024

Rasmi, BN menang, tapi PAS/PN X kalah. PMX lihat ini..

 

1. Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid, mengumumkan Syed Hussein menang dengan majoriti 20,648 undi manakala undi ditolak 339.
Kemenangan dengan majoriti besar lebih 20,000 itu menyaksikan BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi pada 2022. PRK DUN Mahkota dalam Parlimen Kluang, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.
Ini adalah PRK keempat tahun ini, selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang dan PRK DUN Nenggiri di Kelantan. (IH)

2. PMX sepatutnya perlu bertindak: Bukti ketelusan menjawab tuduhan Bloomberg 

ISU yang timbul berkenaan laporan Bloomberg yang memuatkan beberapa tuduhan ke atas Perdana Menteri X (PMX) amat membimbangkan dan boleh memberikan kesan negatif kepada imej negara dan pentadbiran PMX sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Laporan tersebut yang melibatkan beberapa dakwaan terhadap integriti PMX perlu ditangani secara serius bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan kredibiliti kerajaan.

Antara tuduhan yang dibuat oleh Bloomberg adalah:

1. Lanjutan Kontrak Ketua Pengarah SPRM
Bloomberg melaporkan bahawa PMX bersetuju melanjutkan kontrak Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki, dengan syarat SPRM mengambil tindakan terhadap musuh politik PMX. Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan ini.

2. Arah SPRM Siasat Anak Tun Mahathir & Daim Zainuddin
Menurut laporan itu, Azam Baki didakwa memaklumkan kepada pegawai SPRM bahawa PMX sendiri telah mengarahkan siasatan terhadap anak-anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin.

3. Pembelian Saham Hitech Padu
Bloomberg juga mendakwa bahawa Azam Baki telah memaklumkan kepada pegawai SPRM agar tidak menyiasat pembelian saham Hitech Padu oleh bekas Setiausaha Politik PMX, Farhash Wafa Salvador.

4. Kebimbangan Korupsi dan Kronisme
Bloomberg turut melaporkan bahawa terdapat kebimbangan bahawa korupsi dan kronisme semakin meruncing di bawah pentadbiran PMX, bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan.

Bersama laporan ini, kenyataan peguam Rafique Rashid dalam ceramah umum yang mengaitkan kesalahan lampau PMX, termasuk sabitan kes salah guna kuasa, menambah kepada persepsi negatif yang boleh memberi impak kepada kredibiliti kerajaan.

Sebagai tindak balas, PMX perlu mengambil tindakan proaktif bagi menepis segala dakwaan ini. Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Bersih, Ooi Kok Hi, sekiranya tuduhan ini tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menggugat keyakinan pelabur dan melemahkan imej kerajaan reformis yang diterajui PMX.

Langkah-Langkah Yang Disarankan:

1. Pendedahan Sumber Kewangan
PMX disarankan untuk mendedahkan sumber kewangan bekas Setiausaha Politiknya yang digunakan untuk membeli saham bagi mengelakkan spekulasi liar dan membuktikan ketelusan.

2. Tindakan Undang-Undang Segera
Sekiranya terdapat bukti kukuh, tindakan pendakwaan harus diambil segera bagi memastikan keadilan ditegakkan tanpa mengira siapa yang terlibat.

3. Hentikan Siasatan Bermotifkan Politik
Kerajaan harus memastikan bahawa semua siasatan yang dijalankan terhadap pemimpin pembangkang bebas daripada sebarang motif politik dan dilakukan berdasarkan prinsip undang-undang yang adil.

4. Penubuhan Jawatankuasa Bebas ala-PAC
Untuk memastikan ketelusan dalam pelantikan Ketua Pengarah SPRM dan pemantauan terhadap sebarang salah guna kuasa, satu jawatankuasa parlimen bebas seperti ala-PAC harus ditubuhkan. Jawatankuasa ini perlu dipimpin oleh pihak pembangkang dengan keanggotaan dari kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

PMX perlu mengambil langkah-langkah ini dengan segera untuk menangkis tuduhan dan memastikan imej pentadbirannya terus bersih dan dipercayai. Pentadbiran yang bersih dan telus adalah kunci kepada kestabilan politik dan keyakinan pelabur dalam pembangunan negara.

Sekiranya tidak ditangani dengan baik, tuduhan-tuduhan ini boleh mencetuskan persepsi bahawa pentadbiran PMX tidak jauh berbeza dengan pihak yang dituduh sebagai korup oleh kerajaan sekarang. – HARAKAHDAILY 27/9/2024

Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, selesai sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Keputusan rasmi, BN menang, tapi pada PAS/PN masih belum kalah, mengapa? 

Untuk perhatian PMX lihat ini..

Amaran: Tapi tadbiran PMX masih dok kalut pasai ni. 

PULAU PINANG 27 SEPTEMBER 2024. Artis ABPBH membuat persembahan bersama Boria Omara sempena aktiviti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang yang berlamgsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. NSTP/ASWADI ALIAS

Ketibaan Konvoi Jelajah ABPBH 36 disambut persembahan Boria Omara

KUALA LUMPUR: Ketibaan Konvoi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 ke Karnival Jom Heboh Pulau Pinang disambut meriah dengan persembahan boria oleh Kumpulan Boria Omara. 

Hilang rasa penat selepas seharian memandu dari Kuala Lumpur melihat persembahan yang bukan sahaja ceria, tetapi penuh warna-warni. 

Pada persembahan itu, kumpulan boria yang cukup terkenal di Pulau Pinang itu menyanyikan lagu Jari Disusun yang digubah lirik menjadi kisah berkenaan penganjuran acara anugerah berprestij itu.  

Barisan artis bergambar kenangan bersama Kumpulan Boria Omara dan Geng Pulau yang mengiringi konvoi ke Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. - NSTP/Aswadi Alias

Berkongsi persembahan, pengasas Boria Omara, Omar Hashim meluahkan rasa teruja dapat mempromosikan kesenian yang menjadi kebanggaan orang utara di pentas yang gah itu. (Suntingan dari BH) 

Kesimpulan:

Apakah hal-hal macam ni, dapat membangunkan negara dari ekonomi dan lain-lain. Bagai pula kalau dilihat dari sudut Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)?

Sekian, maaf hanya sebagai ingatan dan pesan-memesan dalam perkara kebenaran dan kesabaran macam yang diperintahkan Allah SWT.

Amin!

.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails