Thursday, September 12, 2024

Tahniah PAS! Tahniah IAF-Jordan. X tahniah UMNO alat DAP..

 

1. Pimpinan PAS terima darjah kebesaran Sultan Pahang

KUALA LUMPUR: Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, atas pengurniaan Darjah Kebesaran kepada 2 orang Yang Berhormat daripada Parti Islam se-Malaysia (PAS).

Pemuda PAS Pahang dalam satu kenyataan, telah merakamkan jutaan tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Ustaz Dato’ Rosli Abdul Jabbar dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kawasan Beserah, Dato’ Andansura Rabu atas pengurniaan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’. 

(Sila ikuti seterunya 'Pimpinan PAS terima darjah kebesaran Sultan Pahang– HARAKAHDAILY 12/9/2024


2. PAS ucap tahniah IAF menang Pilihan Raya Parlimen Jordan

Tuan Guru Abdul Hadi menzahirkan ucapan tahniah buat The Islamic Action Front (IAF) atas kejayaan meraih kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Parlimen Jordan.

KUALA LUMPUR: PAS menzahirkan ucapan tahniah aras kejyaan The Islamic Action Front (IAF) meraih kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Parlimen Jordan.

Presidennya, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mudah-mudahan kemenangan itu akan memperkukuhkan kedudukan dunia Islam.

“(Mudah-mudahan kemenangan itu juga) dapat membawa perubahan serta Islah kepada negara demi menjaga kemaslahatan umat,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

The Islamic Action Front (IAF) adalah sayap politik Ikhwanul Muslimin di Jordan yang telah mencapai kemajuan ketara dalam Pilihan Raya Parlimen negara itu yang diadakan pada September tahun ini. 

(Selanjutnya sila lihat 'PAS ucap tahniah IAF menang Pilihan Raya Parlimen Jordan– HARAKAHDAILY 12/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kepada PAS kerana pimpinan PAS terima darjah kebesaran Sultan Pahang. Juga PAS ucap tahniah kepada IAF yang menang Pilihan Raya Parlimen Jordan baru-baru ini.

Cuma Tun M yang tidak ucap tahniah kepada UMNO kerana UMNO tunduk pada PKR-DAP..  

Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), telah mengeluarkan kenyataan keras terbaharu terhadap integriti Umno sebagai parti yang pernah gah suatu ketika dahulu. 

Umno, yang dulunya dominan dengan jumlah wakil rakyat terbanyak, kini telah merosot menjadi parti kecil dalam Pakatan Harapan (PH), terpaksa tunduk dan menyokong DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tiga suku dari ahli Umno dan penyokong sudah tolak Umno. 

Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan (Presiden Umno, Dato’ Seri Dr. Ahmad) Zahid (Hamidi) supaya undi DAP. Umno yang dulunya menolak Pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP, tetapi kini menjadi ‘alat’ kepada kepada kedua-duanya. 

Matlamat Umno kini hanyalah untuk melindungi Zahid Hamidi daripada hukuman rasuah dan penyelewengan wang, dan bukan lagi untuk memperjuangkan bangsa, negara, dan agama.

Sekian.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails