Wednesday, September 18, 2024

Takziah kematian Dr.Tay Tien Yaa. & PAS G/Highland.

 

Kajian Doctors only Bulletin Board System pada 2018 mendapati 17 peratus responden mempunyai fikiran untuk membunuh diri akibat dibuli di tempat bertugas

Isu kematian Dr Pakar Patologi, Dr. Tay Tien Yaa yang bertugas di Hospital Lahad Datu, Sabah memerlukan siasatan terperinci dan pembelaan sewajarnya.

1. Tragedi kematian doktor: PN desak isu buli diselesaikan tuntas

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kesihatan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan takziah terhadap pemergian Pakar Patologi, Dr. Tay Tien Yaa yang bertugas di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Pengerusinya, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, belum reda isu buli di hospital di Sabah pada minggu lepas, negara dikejutkan pula dengan isu kematian Tien Yaa pula.

Pada tahun lalu, negara telah dilaporkan dengan dua kes kematian pada bulan Jun 2023 dan salah seorang daripada mangsa dilaporkan sedang hamil serta menghadapi tekanan mental yang dikatakan telah menjadi penyumbang utama terhadap kejadian tragis tersebut.

Laporan hasil kajian Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah mendedahkan sebanyak 30 peratus sehingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli berdasarkan tinjauan kaji selidik melibatkan 728 responden dalam kalangan pengamal perubatan sektor awam dan swasta pada tahun 2023. 

Hasil kajian yang serupa juga telah diperoleh melalui kajian Doctors only Bulletin Board System pada tahun 2018 yang malah menyatakan 17 peratus responden mempunyai fikiran untuk membunuh diri akibat dibuli di tempat bertugas.

Ahmad Yunus Hairi

Setelah insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah di Pulau Pinang pada April 2022, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF).

Pasukan Petugas Khas itu telah mengeluarkan laporan yang telah dikritik oleh Gerakan Tunku Abdul Rahman yang telah menggesa kajian semula diadakan atas sebab responden kajian itu diambil secara terlalu meluas tetapi tidak memfokuskan kepada pegawai perubatan.

Yunus berkata, menteri bersilih ganti dan kajian demi kajian telah dijalankan, namun begitu, negara masih belum dapat menyelesaikan permasalahan itu secara komprehensif dan menyeluruh. 

“Jawatankuasa Kesihatan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional percaya punca utama adalah kerana kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan isu dasar sistem kesihatan negara yang telah berada paras kritikal. 

(Selanjutnya sila lihat 'Tragedi kematian doktor: PN desak isu buli diselesaikan tuntas' -HARAKAHDAILY 18/9/2024)


2. PAS tak nafikan keIslaman pihak lain. 

Zuridan Mohd Daud

KUALA LUMPUR: PAS tidak menafikan keIslaman orang atau pihak lain lain; atau perjuangan yang dibawa oleh mana-mana jemaah Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Zuridan Mohd Daud berkata, PAS memberikan sokongan 100 peratus kepada setiap usaha individu yang mengangkat martabat Islam.

“PAS juga amat menyokong dan sedia bekerjasama dengan mana-mana jemaah yang berusaha menegakkan syariat Islam secara syumul dan yakin kita akan jadi kuat jika kita bersama, sebaliknya kita akan jadi lemah jika kita berpecah.  

“Apa yang PAS lakukan ialah berusaha secara bersungguh, istiqamah dan ikhlas tanpa peduli walau dibenci musuh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

(Selanjutnya sila lihat 'PAS tak nafikan keIslaman pihak lain.' – HARAKAHDAILY 18/9/2024)



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, ada yang perlu dibongkar, kerana hal ini bukan perkara kecil. Ucapan takziah atas kematian Dr. Tay Tien Yaa Lahad Datu.  

Belum reda isu buli di hospital Sabah minggu lepas, kini dikejutkan pula dengan isu kematian Tien Yaa pula. Walau pun begitu, isu-isu di bawah ini perlu diambil kira.

(i) PN tolak MOU berat sebelah pihak kerajaan. PAS Pahang sokong. Bahkan terdapat beberapa tafsiran tidak jelas. 

Contohnya, tuntutan terhadap samarata kaum, agama, bangsa dan kebebasan. Ianya  diketengahkan, dikhuatiri akan menggugat kedudukan Islam dan keistimewaan bumiputera seperti yang termaktup dalam perlembagaan Persekutuan.

(ii) Banyak negeri tiada premis judi, maju. 

Kaedah begitu bukan sahaja mendatangkan berkat kepada orang Islam tetapi juga boleh membantu banyak industri lain untuk berkembang walaupun dalam kalangan bukan Islam. 

Maka, kenyataan Pengerusi DAP Pahang mengenai penutupan premis judi termasuklah kasino di Genting Highlands adalah sangat melesit sekali. Tindakan untuk menutup kasino di Genting Highland bukan bermaksud PAS ingin menutup kawasan tersebut secara keseluruhan tetapi lebih kepada perubahan ke kawasan pelancongan.

Sekian. Wallahu 'aklam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails