Friday, September 20, 2024

Walkie-Talkie serangan teknologi baru. PBB/Israel/AS kalah.


Serangan teknologi baharu yang menyebabkan perantai alt kelui, walkie talkie, komputer riba dan radio meletup di seluruh Lubnan dua hari berturut-turut pada Selasa, 17 September dan Rabu, 18 September 2024 adalah satu contoh nyata dan terkini kehancuran yang disebabkan gerakan pihak musuh secara diam dan licik. (FOTO: YouTube)

1. ‘Kehancuran bermula apabila musuh bergerak dalam diam’

KUALA LUMPUR: “Punca krisis nilai yang berlaku hari ini apabila masyarakat gagal memasukkan nilai agama dalam sistem kehidupan.”

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, inilah konsep kebebasan yang didoktrin agar orang Islam semakin jauh meninggalkan agama.

Menurutnya, masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan ideologi manusia yang banyak meraikan nafsu jahat dalam diri manusia.

“Cabaran hari ini berbeza. Maklumat tersebar luas, informasi melimpah ruah, dan gaya hidup global menyebabkan manusia berfikir tanpa batas.

“Orang Islam mula longgar dan menuntut hak-hak yang bertentangan dengan nilai agama dan diperjuangkan atas nama hak asasi manusia.

“Orang Islam tidak lagi hidup atas dasar dan prinsip agama yang kukuh, nilai kehidupan mereka dibuat mengikut budaya dan pengaruh sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan. 

Zurk Ahmad

Dalam pada itu, beliau berkata, agama tidak diberi kuasa yang cukup untuk membendung masalah ini mengakibatkan manusia sekarang boleh melakukan apa sahaja.

(Ikuti selanjutnya ‘Kehancuran bermula apabila musuh bergerak dalam diam’  -HARAKAHDAILY 19/9/2024)

2. Lubnan: Hizbullah umumkan 20 anggotanya mati syahid. 

Walkie talkie pula meletup di Lubnan: 20 maut, 450 cedera

BEIRUT: Pejuang Islam Hizbullah Lubnan mengumumkan pada Khamis, seramai 20 anggotanya terbunuh. Sumber rapat dengan kumpulan itu berkata semuanya telah mati syahid dalam ‘serangan teknologi baharu’ letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu, yang didakwa angkara Zionis Israel.

Dalam notis kematian berasingan untuk setiap ahli dari petang Rabu hingga pagi Khamis, ia mengatakan mereka telah dibunuh ‘dalam perjalanan ke Baitulmaqdis’ – frasa yang digunakan oleh Hizbullah untuk merujuk kepada pejuang yang dibunuh oleh Israel.  

“Seramai 20 anggota Hizbullah terbunuh akibat letupan walkie-talkie di seluruh Lubnan pada hari Rabu,” kata sumber itu memberitahu AFP, namun meminta enggan dikenali untuk membincangkan perkara sensitif itu, lapor AFP.

Pada awal Rabu, kementerian kesihatan berkata gelombang kedua letupan peranti elektronik di kubu kuat Hizbullah di Lubnan membunuh 20 orang dan menyebabkan lebih 450 orang cedera.

Letupan walkie talkie itu berlaku sehari selepas letupan serentak alat kelui yang digunakan oleh Hizbullah membunuh 12 orang, termasuk dua kanak-kanak. Dan mencederakan sehingga 2,800 yang lain di seluruh Lubnan, dalam serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Ianya disyaki Israel sebagai dalang, namun ia  tidak memberi sebarang komen mengenai insiden tersebut.  -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. PBB/Israel/AS kalah... 

(i) Bernama 19/09/2024 06:45 MYT 
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan "tidak sah" Israel dalam tempoh 12 bulan. - Gambar fail Reuters

Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi gesa penamatan pendudukan Israel dalam tempoh setahun.

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan "tidak sah" Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar, dengan 124 negara anggota mengundi menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.

Resolusi ini turut disokong bersama oleh Turkiye serta lebih 50 negara anggota lain, yang menuntut pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Menyatakan bahawa penempatan haram Israel juga melanggar undang-undang antarabangsa, resolusi itu menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib mereka sendiri di bawah Piagam PBB.

Resolusi itu menegaskan semula bahawa isu Palestin adalah "tanggungjawab kekal PBB" sehingga ia diselesaikan selaras dengan undang-undang antarabangsa, sambil menekankan keperluan segera agar Israel menamatkan pendudukan yang bermula pada 1967.

Resolusi berkenaan seterusnya menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk membentangkan laporan mengenai pelaksanaan resolusi itu dalam tempoh tiga bulan selepas ia diluluskan. - BERNAMA

(ii) 'Tamatkan perang': Dunia bertindak balas serangan Israel di Gaza Januari 27, 2024 @ 8:33am 
Demonstrasi pro-Palestin di luar Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda ketika hakim memutuskan langkah kecemasan terhadap Israel berikutan tuduhan Afrika Selatan bahawa operasi ketenteraan Israel di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai. - Foto REUTERS
 
PARIS: Keputusan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) malam tadi mencetuskan pelbagai reaksi.

Dalam penghakimannya, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkata Israel mesti menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke kawasan yang dikepung.

Peperangan di Gaza bermula dengan serangan 7 Oktober oleh Hamas yang mengakibatkan kira-kira 1,140 kematian di Israel. Serangan balas yang berterusan tanpa henti menyaksikan sekurang-kurangnya 26,083 rakyat Palestin terkorban dengan kira-kira 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak. (IH)

Cukup sampai di sini dulu.. As-salamu 'alaikum dan salam sejahtera!
..

No comments:

Post a Comment