Sunday, October 06, 2024

2 Perkara, Islam pilihan PAS. Tahniah MB Johor.

 

1. Islam Wasatiyyah Pilihan PAS, Tidak Liberal dan Tidak Ekstrem.

DALAM usaha mengembalikan semula umat kepada kefahaman Islam mengikut landasan yang dibawa oleh Rasulullah SAW, setelah ketinggalan zaman disebabkan oleh penjajahan dan kelekaan, maka muncul dua gejala atau dua keadaan yang menjadi gangguan dan merosakkan perjalanan umat untuk kembali semula kepada Islam.

Pertama, pendekatan liberal kerana terpengaruh oleh kemajuan kebendaan Barat yang berfahaman liberal sekularisme.

Kedua, pendekatan ekstrem (melampau) kerana sayang akan agama, namun tanpa bertafaqquh (membina kefahaman dengan ilmunya).

(Sila lihat seterusnya 'Islam Wasatiyyah Pilihan PAS, Tidak Liberal dan Tidak Ekstrem' -ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 30 Rabi‘ al-Awwal 1446 / 4 Oktober 2024 [Bil: 42 / 2024]  – HARAKAHDAILY 4/10/2024)

Perhatian Penting:

Telah ditetapkan dalam Perlembagaan PAS bahawa rujukan tertinggi PAS ialah Kitab Allah (al-Quran), Sunnah, Ijmak, dan Qias yang nyata. Majlis Syura Ulamak pula dilantik bagi memelihara segala perjalanan dan tindakannya, termasuk memilih cara damai yang wujud dalam sistem demokrasi yang terkawal dengan konsep Islam yang tertinggi. Perkara ini menjadikan PAS tidak melatah atau tersungkur oleh pihak yang cuba memesongkan perjalanannya.


2. Al-hamdulillah, Tahniah MB Johor.

Program larian didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang LGBT. - Foto tular

Larian promosi LGBT: Johor tak kompromi acara cetus isu, gugat kedaulatan Islam - MB 

JOHOR BAHRU: Program larian didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, pihaknya juga tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran kepada mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri ini.

Onn Hafiz berkata, setelah berhubung dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penganjur, objektif penganjuran acara berkenaan bukanlah seperti dinyatakan dan kejadian berlaku itu di luar kawalan pihak penganjur.

"(Bagaimanapun) kerajaan negeri memandang serius isu ini dan sudah meminta siasatan lanjut dijalankan pihak PDRM," katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya malam ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi mana-mana pihak yang menganjurkan acara mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan kedaulatan Islam serta menjatuhkan imej Johor secara keseluruhan.

"Pada masa sama, kita berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan dan mengancam keharmonian negeri serta kesucian agama Islam, " katanya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri dilaporkan memohon pihak berkuasa menyiasat program itu dengan beliau difahamkan acara asalnya adalah Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang dianjurkan sebuah persatuan.

Bagaimanapun, beliau berkata menerusi foto yang tular didapati peserta program terbabit berpakaian tidak sopan, malah ada yang separuh bogel dan mempromosi LGBT.

Terdahulu, tular satu video berdurasi tujuh saat dan beberapa gambar menerusi laman sosial memaparkan mengenai acara larian itu termasuk persembahan tarian di sebuah hotel di Bandar Penawar, Kota Tinggi. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Perkara-perkara ini, antara projek PAS/PN bantu rakyat.

(i) 9 Tips ceburi perniagaan pertanian 

Pertanian menguntungkan jika diurus secara korporat.

SEKTOR pertanian di Malaysia menyumbang kira-kira 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan 16 peratus penduduk Malaysia terbabit dalam bidang itu.

Angka ini menunjukkan kemerosotan bidang pertanian yang menjadi semakin tidak penting di negara ini berbanding dahulu.

Pelbagai faktor menyebabkan keadaan ini berlaku seperti ketidaktentuan cuaca, kekurangan tenaga kerja […] (Sila rujuk HarakahDaily)

(ii) Projek RTB penting untuk selamatkan ekonomi rakyat Selangor 

Dato' Dr. Ab. Halim Tamuri

BANGI: Jabatan Amal di seluruh kawasan negeri Selangor terlibat dalam memberikan bantuan membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir yang bermula pada hari 2 Oktober lalu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri berkata, kerja pembersihan terpaksa dihentikan pada pukul 12 tengah malam tadi kerana hujan lebat, tetapi hari […] (Sila rujuk HarakahDaily)

(iii) Umat Islam perlu menyedari hakikat sebenar suasana Islam masakini. 

Islam masakini..

Sebagai orang Islam kita sepatutnya yakin, kini kita berada di ambang kebangkitan kembali Islam. Yakni, Islam dipimpin oleh Nabi Muammad SAW.. yang bangkit, bermula dari hijrah beliau ke Madinah. 


Penutup: 

'3 peringkat 7 abad' yang dilalui Islam.

Kira-kira tahap 7 abad pertama, berlangsungnya Islam di zaman gemilang. Tetapi pada tahap 7 abad kedua peringkat Islam dicuba dan diuji. Tahap Islam seolah-olah tiada kepimpinan atau tiada Khalifah. Maka kini, mulai masuk pada tahap 7 abad ketiga.

Nampaknya Islam akan bangkit kembali, bermula dengan pembebasan bumi Palestin. Penjajah Israel/AS sudah mula goyang dan akan rebah menyembah bumi. Lihat kenyataan Al-Quran dan Al-hadis yang menjadi bukti kecemerlangan Islam di akhir zaman, dalam menaungi manusia sedunia. Menaungi hak-hak asasi manusia, sehingga terbebas dari kezaliman penjajahan. Insya Allah!

Jom terus bersama PAS/PN membantu rakyat Malaysia!

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails