Tuesday, October 29, 2024

Bendera China: Razman dikecam, mengapa? & 'kelebek' MB Kedah.

 

1. Isu bendera China: Fadhli bidas ahli akademik kecam Razman

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membidas satu ulasan politik oleh seorang profesor yang mengecam keras Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung insiden pengibaran bendera China di sebuah festival di Teluk Intan, Perak bulan lalu.

Menurut Fadhli, ahli akademik berkenaan lebih layak bercakap mengenai bidang yang dikuasainya, iaitu senibina dan tidak menyentuh bidang-bidang lain yang di luar kemahirannya.

“Saya yakin, ramai yang mengerutkan dahi barangkali apabila membaca ulasan politik daripada individu yang dikatakan ‘ahli akademik’ ini.

“Sewajarnya, sebagai seorang yang memakai gelaran profesor, beliau lebih layak bercakap tentang bidang yang dikuasai, iaitu senibina, bukannya menyentuh bidang-bidang lain yang di luar kemahirannya.

“Jika ia dilakukan, pada saat itu ia bukan lagi pandangan akademik, tetapi sudah menjadi ulasan politik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Tambah Fadhli, profesor tersebut gagal memahami kaitan di antara tentangan PAS terhadap aktiviti mengibarkan bendera asing, yang merupakan kesalahan di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193), Seksyen 3 dengan sejarah panjang tamadun Islam yang disentuh oleh ahli akademik berkenaan.

“PAS tidak pernah menyentuh isu berkaitan sejarah itu, tidak pula mengisytiharkan diri sebagai parti yang anti negara China. 

“Hanya PAS melahirkan kebimbangan kenapakah berturut-turut insiden mengibarkan bendera asing ini berlaku dan hanya melibatkan negara yang sama. 

“Bermula aksi mengibarkan bendera di sekolah, kemudian di Teluk Intan dan berlaku juga di Johor, bukankah ia kelihatan seperti satu provokasi yang terancang?” soalnya.

(Selanjutnya, sila lihat 'Isu bendera China: Fadhli bidas ahli akademik kecam Razman' -HARAKAHDAILY 28/10/2024)


2.‘Perarakan kibar bendera China juga di Johor 
Bahru’ 

Nurul Islam mendedahkan bahawa perarakan sambil mengibarkan bendera negara China bukan sahaja berlaku di Teluk Intan, Perak malah turut berlaku di Johor Bahru, Johor. (FOTO: Facebook PAS Johor)

KUALA LUMPUR: “Video tular perarakan sambil mengibarkan bendera negara China bukan sahaja berlaku di Teluk Intan, Perak malah insiden yang sama dilaporkan turut berlaku di Johor Bahru, Johor.”

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff dalam pendedahannya mendakwa, perarakan itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh merangkap Timbalan Speaker DUN Negeri Melaka, Kerk Chee Yee.

“Kali ini siap gambar, video dan segala bukti. DAP nak nafi lagi?

“Apa lagi bangsa Johor? Kasi report sama ini orang,” katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Facebook PAS Johor Bahru, hari ini sambil memuatnaik paparan yang dimuatnaik oleh Chee Yee dalam Facebooknya mengenai insiden itu.

(Lihat selanjutnya ‘Perarakan kibar bendera China juga di Johor Bahru’ HARAKAHDAILY 28/10/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu bendera China di negara ini pula. Seolah-olah dapat restu..

Di Teluk Intan, perbuatan mengibarkan bendera negara asing di tempat umum bukan sahaja tidak beretika malah menjijikkan, demikian ulas Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Norhafizul Badrul Hisham hari ini.

a. Apatah lagi bila perbuatan menjengkel serta memalukan negara itu seolah-olah mendapat restu pemimpin negara dan negeri. Di manakah semangat patriotik di dalam diri mereka termasuk pihak penganjur yang membiarkan insiden jijik mengibarkan bendera China dilakukan secara terbuka? Tidakkah mereka menghayati prinsip kesetiaan kepada raja dan negara yang menjadi sebahagian daripada prinsip Rukun Negara Malaysia? 

b. Tular di media sosial video yang memaparkan kejadian pengibaran bendera negara China, pada program Pesta Tanglung di Menara Condong, Teluk Intan.  Insiden itu mendapat kecaman netizen dan orang ramai serta dilihat seolah-olah mendapat restu pemimpian kerajaan apabila difahamkan ia dirasmikan oleh Menteri Kerajaan PH-BN, malah disiarkan di laman sosial Exco Kerajaan Negeri Perak. Laporan polis dibuat dan menuntut kejadian memalukan ini disiasat.

C. Hal ini dibuat oleh Dewan Pemuda PAS khususnya di Perak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mahupun pihak persendirian.  Laporan polis perlu dibuat atas kebiadaban dan pelanggaran terhadap Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 undang-undang negara ini.

Sesungguhnya ini adalah negara Malaysia bukan negara China!

Penutup: 

SOP lombong REE: Jangan ‘kelebek’ lama sangat. 

Di Alor Star, Kerajaan Persekutuan perlu segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi eksplorasi unsur nadir bumi (REE) untuk mengelak hasil mineral itu terus dieksport secara haram ke luar negara.

a. MB Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sekiranya perkara seperti itu berlaku oleh pihak tertentu ke atas sumber berharga tersebut, negara dan negeri akan kehilangan hasil yang besar. Terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan mengisytiharkan REE itu sebagai lanthanite  (lantanida) bagi membolehkan ia dieksport ke luar negara. Tak tahu berapa banyak sudah keluar, bukanlah di Kedah tapi di negeri lain. 

Kata beliau pada sidang media pada Majlis Perasmian The Greater Kedah, di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

b. Menurut lapuran, terdapat 25 perlombongan REE yang berlaku secara haram di seluruh Malaysia di mana di Kedah hanya terdapat satu sahaja. REE hanya dikuasai oleh China dan Amerika Syarikat yang kini sedang bersaing antara satu sama lain. Difahamkan, kerajaan negeri mempunyai SOP sendiri, namun ia tidak boleh dilaksanakan kerana ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

Akhirnya, sedikit kata nasihat dicuri dari MB Kedah, mengenai hal ini,

“Kalau depa (Kerajaan Persekutuan) nak ‘gelintey’ (perhalusi) sampai lama, dok kelebek (semak)… kita pi buat dulu” ujar beliau.

Sementara beliau juga turut mengharapkan, janganlah perkara untuk kebaikan rakyat diambil kesempatan dipolitikkan. 

Sekian, wassalam dan selamat sejahtera.

...

No comments:

Post a Comment