Tuesday, October 08, 2024

Gempar 2 jam lalu Israel kalah di Gaza. & Jam LGBT pula..

 


Gempar 2 jam lalu Israel kalah di Gaza & sebelumnya.

Video

1. KDN warta larangan penerbitan berunsur LGBTQ+ jam Swatch

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan lesbian, gay, bisexual, transgender "queer” dan + Plus (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch termasuk apa-apa koleksi kotak, pembalut dan aksesori berkaitan pada jam berkenaan.

KDN menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai hari ini. 

Kenyataan itu menjelaskan pewartaan perintah larangan itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

Peruntukan itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.


"Hasil penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini," menurut KDN.

Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya.

KDN memberitahu pihaknya komited dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

"Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat,” menurut KDN.

Pada Mei lepas, KDN dilaporkan telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT. - Bernama


2. Rampasan jam berunsur LGBT: Fadhli ‘mohon maaf’ 
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini ‘memohon maaf’  kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Kerajaan Malaysia kerana telah mengucapkan tahniah di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 ekoran tindakan KDN merampas jam yang mempunyai unsur-unsur promosi LGBT.

Rampasan itu bagaimanapun disahkan kemudiannya oleh Saifuddin bahawa ia berdasarkan kepada unsur-unsur yang jelas mempromosikan terhadap budaya songsang yang dilarang di dalam agama dan undang-undang negara ini.

“Walau bagaimanapun, saya terpaksa memohon maaf kerana tersalah mengucapkan tahniah itu ekoran pendirian terbaru Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa beliau tidak bersetuju dengan rampasan itu.

(Selanjutnya sila lihat 'Rampasan jam berunsur LGBT: Fadhli ‘mohon maaf’ –HARAKAHDAILY 7/10/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, walau apapun yang terjadi, namun PAS/PN tetap mendampingi, mentarbiah, mendidik penyokong-penyokongnya supaya bergerak, bertindak di atas 'jalan yang lurus'. 

Bukan macam pengikut-pngikut parti sekular di Malaysia yang tak faham ke mana arah perjuangan Islam sebenarnya. Mereka bagai katak bawah tempurung. Dalam kontek sekarang, bukan bawah tempurung lagi, tapi bawah gelas. Boleh lihat keluar cuma tak mampu buat apa-apa, kerana tak cerdik. Bukan macam orang yang berpolitik Islam, berpolitik matang. 

Berbalik kepada 'jalan yang lurus', atau sirathal mustaqim. Orang Islam sering baca, ulang, dan berdoa sekurang-kurangnya dalam solat 5 kali sehari. Yakni 'Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.' 

(i) Tindakan segera perlu: Henti provokasi keluar Malaysia. 

T/Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan supaya bertindak pantas dan tegas tehadap mana-mana warganegara yang berkempen dan berusaha bagi mempromosi gerakan mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.

Beliau menggesa perkara tersebut berikutan penularan video berkaitan kejadian menurunkan Jalur Gemilang dengan menggantikan bendera Sabah dan Sarawak yang berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September 2024 sangat membimbangkan. “Ia boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia yang hidup harmoni antara satu sama lain termasuk di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini. 


(ii) Israel tingkatkan pengeboman di Lubnan: Hizbullah serang Haifa 

Kepulan asap kelihatan di ruang angkasa bandar Haifa, Israel kesan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan Hizbullah. (FOTO: Al Jazeera)

Di Baitul Maqdis/Beirut, mujahidin/pejuang Islam Lubnan, Hizbullah melancarkan roket ke arah bandar ketiga terbesar Israel Haifa pada lewat Isnin ketika tentera Israel meningkatkan pengeboman, selain bersedia untuk memperluaskan serbuan darat ke selatan Lubnan pada ulang tahun pertama genosid Gaza, yang telah menyebarkan konflik di seluruh Timur Tengah.

Hizbullah yang disokong Iran, sekutu Hamas, kumpulan pejuang Islam Palestin yang memerangi genosid Israel di Semenanjung Gaza, berkata ia menyasarkan pangkalan tentera di selatan Haifa dengan peluru berpandu Fadi 1,  dan melancarkan satu lagi serangan ke atas Tiberias, yang terletak 65 km (40 batu) dari Lubnan.

Hizbullah juga berkata ia menyasarkan kawasan di utara Haifa dengan peluru berpandu lewat pada hari itu, lapor Al Jazeera

Sementara, tentera Zionis Israel berkata kira-kira 135 peluru telah memasuki wilayah Israel pada hari Isnin setakat jam 5 petang (1400 GMT). 

Sepuluh orang dilaporkan cedera di kawasan Haifa dan dua lagi ke selatan di tengah Israel.

(iii) Tiada kompromi terhadap penghapusan kawasan Hutan Sungai Lembing.

Di Kuantan, “Kami tidak akan berkompromi terhadap isu kegiatan penghapusan hutan di kawasan Hutan Sungai Lembing ini.”

ADUN Sungai Lembing, telah menerima surat edaran mengenai perkara tersebut pada 27 September yang lalu 
daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengenai kegiatan penghapusan hutan di kawasan Hutan Sungai Lembing.  

Antaranya menyatakan terdapat aktiviti penebangan dan pembersihan hutan yang dikhuatiri dilakukan tanpa kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.


Sekian.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails