Wednesday, October 09, 2024

Ini, pemikiran lubang biawak.. & Mat Sabu, mana telur?

 

Sedikit imbasan mengenai 'Normalisasi lubang biawak'.

1. Kenapa bertuhankan pemikiran barat sampai ke lubang biawak? 

MENGAPA sesetengah daripada kita lebih percayakan kaedah barat dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara berbanding dengan al-Quran dan sunnah itu sendiri?

Pengerusi Gerakan Keadilan Monetori (Movement Monetary Justice), Muhammad Zahid Abdul Aziz berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.“Allah SWT telah kurniakan al-Quran dan sunnah sebagai panduan kehidupan […] (Sila rujuk HarakahDaily).


2. Sedikit imbasan mengenai 'Normalisasi lubang biawak' 29 Syawal 1439/13 Julai 2018.

ALAH… Ketua Hakim Negara saja pun. Mereka tak boleh buat keputusan sendiri. Tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang juga.”

Kalau anda boleh terima hujah ini, lepas ini, anda terpaksa juga terima bila Perdana Menteri (PM) daripada orang kafir. Sebab PM pun tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang.

Anda juga perlu akur bila ditakdirkan Agong pun dipilih daripada orang kafir. Kerana Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan.

Ini dipanggil normalisasi. Rakyat sedikit demi sedikit akan menerima kafir sebagai pemimpin. Sehingga hilang sensitiviti terhadap bangsa dan kesedaran terhadap batas agama. Pada ketika itu, bila Perlembagaan diubah, kita sudah tidak akan rasa apa-apa lagi.

Rakyat Palestin sudah menerima nasib sebegini awal lagi. Sewaktu British menjajah Syam (Levant), mereka membenarkan Yahudi masuk ke Palestin. Yahudi yang kaya-raya mula menjual tanah mereka dengan tawaran harga yang mahal. Pada waktu itu mereka sangat berhajat kepada wang. Dalam masa sama, Uthmaniah berhadapan krisis ekonomi dan politik yang teruk.

Mufti Palestin mengeluarkan fatwa haram menjual tanah kepada Yahudi. Namun penduduk Palestin ingkar. Ada Ulamak Su’ menuduh Mufti sebagai  macai kerajaan, jumud tidak faham realiti semasa, dan mereka-reka pengharaman yang tiada dalam Nas. Ulamak Su’ cuba normalisasi kemahuan rakyat yang sudah dikaburkan dengan material

Akhirnya bila Yahudi sudah menguasai majoriti tanah di Palestin, mereka melobi PBB untuk mengiktiraf Israel. Palestin dihilangkan dari peta dunia, barulah mereka menyesal namun tiada apa gunanya lagi.

Nabi sudah menggambarkan bagaimana taktik Yahudi supaya orang Islam mengikut telunjuk mereka. Mereka tak akan buat drastik, sebaliknya sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, perlahan, halus dan konsisten. Ia strategi normalisasi yang ampuh untuk melekakan umat. Sabda Rasulullah SAW:

لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعا بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ” قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ “فَمَنْ؟

“Kamu akan mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka?” [HR Bukhari dan Muslim]

29 Syawal 1439/13 Julai 2018 (ALANG IBN SHUKRIMUN) – HARAKAHDAILY 13/7/2018


Komen Weblog Ibnu HasyimIni, pemikiran lubang biawak. Sesuai dengan kata Nabi SAW:

“Kamu akan mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka?” [HR Bukhari dan Muslim]

(i) Satu lagi syarikat Yahudi bakal masuk Malaysia? 

Pemilik Worldcoin dan TFH, Sam Altman. (FOTO: Medium)

aK'jaan M'sia melalui MIMOS telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Worldcoin Foundation, Tools for Humanity (TFH) serta MyEG untuk mengintegrasikan sistem pengesahan identiti biometrik Worldcoin ke dalam infrastruktur digital Malaysia pada Ogos lalu.

b. Perjanjian itu telah menimbulkan kebimbangan rakyat mengenai keselamatan dan penggunaan data peribadi mereka. Kebimbangan itu semakin ketara apabila negara-negara lain seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, Hong Kong, Korea Selatan dan Portugal sedang menyiasat operasi Worldcoin disebabkan risiko penyalahgunaan data. 

c. Timbul beberapa persoalan mengenai keputusan Kerajaan membenarkan Worldcoin untuk akses data peribadi rakyat Malaysia. Antaranya adalah, adakah data kita terjamin dan tidak akan disalahguna. Kenya menyekat Worldcoin bimbang salahguna data, tetapi AS (Amerika Syarikat) memaksa Kenya membenarkan hingga menimbulkan keraguan rakyat. Pelik syarikat swasta dilarang, AS campur tangan penyebab rakyat semakin khuatir.

d. Pemilik Worldcoin dan TFH adalah Sam Altman, sementara pelabur Worldcoin terdiri daripada Venture Capital, Andreessen Horowitz, dan Reid Hoffman.  Kesemua mereka berbangsa Yahudi, malahan Reid Hoffman pernah menyatakan hasrat untuk menaja tindakan ke atas Perwakilan Demokrat, Rashida Tlaib dari Michigan yang keras mengkritik hubungan Amerika Syarikat dan Israel.

e. Penganalisis berkata, sementara negara lain berusaha mempertahankan kedaulatan data, kerajaan dengan mudah memberikan akses kepada entiti asing yang mempunyai kaitan dengan individu Yahudi dan Kerajaan Amerika Syarikat. Sepatutnya, PM, Menteri Sains dan Teknologi dan Menteri Komunikasi dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi wajib tampil memberikan penjelasan mengenai kebimbangan rakyat ini. 

Sehingga penjelasan diberikan, rakyat Malaysia diseru menjauhi operasi Worldcoin ini.

(ii) Kajian impak diperlukan sebelum subsidi telur ayam dihentikan.

Khairil Nizam (kanan) dan Mohamad Sabu.

aPAS menyeru supaya kajian impak mendalam bersama-sama kesemua pemegang taruh dilaksanakan, sebelum keputusan penamatan subsidi telur ayam dilaksanakan susulan cadangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini.

b. Kajian itu adalah penting bagi menilai kesan impak negatif kepada pengguna yang mungkin menghadapi kenaikan harga telur, yang akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

c. Penarikan subsidi yang berjumlah RM927 juta pada tahun 2023 itu juga boleh menyebabkan pengurangan akses kepada telur, yang merupakan sumber proteina penting bagi rakyat dan juga kepada industri makann di negara ini. Berdasarkan jangkaan semasa harga telur mungkin boleh meningkat 20 peratus hingga 50 peratus, bergantung kepada situasi pasaran dan respons pengeluar sekiranya subsidi ini dihentikan.

d. Pada bulan September, data harga ex-farm telur ayam adalah RM0.36 bagi Gred A, RM0.34 (Gred B) dan RM0.32 (Gred C). PAS turut menyeru kerajaan, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta agensi seperti The Malaysia Competition Commissin (MyCC), agar bertegas dengan pemain industri telur ayam di negara ini.

e. PAS juga menekankan supaya pihak industri tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga atau mengurangkan bekalan telur ayam di pasaran, yang akhirnya menekan pengguna.

Sekian. Harap maklum.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails