Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa, beginikah politik Saudi? Jom kita sama-sama lihat?
(i). Hubungan Saudi-Israel ada tarikh luput? Putera Mohammad Bin Salman ketika mengadakan pertemuan dengan Abbas Araqchi di Arab Saudi. (FOTO: MNA) Selepas melawat Qatar, Lubnan, dan Syria dalam lawatan asing yang tergesa-gesa, Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi tiba di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu.
Walaupun hubungan Iran-Saudi semakin lemah sejak akhir-akhir ini, namun kunjungan singkat Araqchi di Saudi tidak tertumpu pada hubungan dua hala kedua-dua negara.Walaupun Iran dan Saudi […] (Sila rujuk HarakahDaily)
(ii) Iran, Arab Saudi setuju jalin semula hubungan diplomatik Menteri Negara Saudi dan Penasihat Keselamatan Negara, Musaed Mohammed Al-Aiban bertemu Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Laksamana Muda Iran Ali Shamkhani dan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat China, Wang Yi, di Beijing, China pada 10 Mac 2023. - Foto REUTERS Di Tehran, Iran dan Arab Saudi semalam membuat langkah mengejutkan apabila bersetuju memulihkan hubungan dan membuka semula misi diplomatik. Pengumuman hasil rundingan yang dikendalikan China itu dilihat bakal meninggalkan pelbagai kesan di seluruh Asia Barat.
Dalam satu kenyataan trilateral, Iran dan Arab Saudi memaklumkan akan membuka semula kedutaan dan misi diplomatik dalam tempoh dua bulan dan melaksanakan perjanjian kerjasama keselamatan dan ekonomi yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.
a. Susulan beberapa rundingan, Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk menjalin semula hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan dan misi dalam tempoh dua bulan. Kenyataan bersama itu, diterbitkan dalam media rasmi kedua-dua negara. Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada 2016, susulan negara itu menjalankan hukuman mati terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr, serta beberapa pertembungan lain.
b. Pengumuman semalam itu hasil rundingan selama lima hari di Beijing dan beberapa siri dialog di Iraq dan Oman, menyimpulkan penjajaran dan usaha untuk mengurangkan ketegangan di rantau itu. Pengenduran ketegangan antara Arab Saudi, negara pengeksport minyak terbesar dunia dan Iran, yang di pulau negara Barat kerana program nuklearnya, berpotensi membentuk semula hubungan di seluruh Asia Barat yang sinonim dengan ketegangan sejak berpuluh tahun lalu.
c. Iran dan Arab Saudi menyokong pihak bertentangan dalam beberapa zon konflik termasuk Yaman, di mana pemberontak Huthi disokong Tehran, manakala Riyadh mengetuai kerjasama ketenteraan menyokong kerajaan. Kedua-dua negara itu juga bergelut untuk memegang pengaruh di Syria, Lubnan dan Iraq. Jurucakap Kumpulan Krisis Antarabangsa, Dina Esfandiary, menyifatkan pengumuman itu bakal menjadi titik mula untuk dua kuasa besar Asia Barat itu untuk menyelesaikan isu masing-masing.
d. Masalah yang mungkin timbul adalah jika mereka mengagih-agihkan rantau itu dan membuat keputusan hanya sesama mereka, dan kita akan kehilangan konteks serantau serta isu sebenar. Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian menyambut baik pengumuman itu dan memaklumkan Tehran akan menyediakan beberapa inisiatif serantau lain secara aktif. Pemulihan hubungan antara Tehran dan Riyadh membawa potensi besar kepada kedua-dua negara, rantau ini dan dunia Islam.
e. Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Majlis Kerjasama Negara Teluk turut menyambut baik pengumuman berkenaan. Rumah Putih turut mengalu-alukan perkara itu, namun memaklumkan masih belum jelas sama ada Iran akan 'mematuhi janji mereka'.
Di M'sia, tanggungjawab pelihara alam sekitar, jangan main politik. Timbalan Presiden PAS, yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Di KL, Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 pada hari ini (21 Oktober) yang disambut setiap tahun, Lajnah Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (LASPI) PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia memperbaharui tekad bagi memulihara alam sekitar.
Pengerusinya, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, tema sambutan HASN pada tahun ini, masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Jelas sekali, tema tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia menggembeling azam dan tenaga untuk memastikan alam sekitar kita sentiasa lestari. a. Sempena dengan HASN 2024, LASPI PAS ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia melihat kejadian-kejadian berkaitan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini. Beberapa tempat di Malaysia baru sahaja dilanda banjir menyebabkan kerugian harta yang besar. Sebelum ini, di ibu kota berlaku kejadian tanah jerlus sehingga mengorbankan satu nyawa. Kita juga sudah beberapa kali menyaksikan kejadian kepala air, dan yang terbaru di Slim River, Perak.
b. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan (tindak-tanduk) manusia, supaya Allah merasakan sebahagian akibat dari tindak tanduk mereka, moga-moga mereka kembali.” (Al-Rum:41)
Kejadian-kejadian yang berlaku ke atas kita, bukanlah medan untuk kita mencari salah antara satu sama lain. Sebaliknya, semua pihak seharusnya merenung seterusnya melakukan islah bermula dengan diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat setempat dan rakyat keseluruhannya ke arah memulihara alam sekitar bersama.
c. Tanggungjawab memulihara alam sekitar tidak wajar dipolitikkan, sebaliknya ia menjadi titik temu bagi seluruh rakyat Malaysia berganding bahu. Maka, LASPI mengucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar yang mewakili Kerajaan Malaysia dan juga agensi-agensi Kerajaan Negeri Kedah, yang telah bekerjasama erat menjayakan sambutan HASN di Langkawi. Pemilihan Langkawi sebagai tapak sambutan mengingatkan kita semula kepada Deklarasi Langkawi 1989.
d. Ia adalah simbolik untuk memperbaharui tekad kita bersama. LASPI juga, tidak ketinggalan akan turut menganjurkan sambutan HASN pada 10 November 2024 di Selangor. Sambutan HASN ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. LASPI menjemput seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor menyertai sambutan HASN ini yang melibatkan kegiatan ‘kudah’ (kutip sampah sambil riadah) serta kegiatan-kegiatan lain yang memupuk kesedaran alam sekitar.
Sekian, itu saja. Wallahu 'aklam.
...
No comments:
Post a Comment