Tuesday, October 15, 2024

Kisah makhluk asing di bulan.. Belanjawan 2025 & Non Muslim.

 

Laman web Secureteam 10 mengganggarkan binaan oleh makhluk asing itu sebesar pasar raya Walmart. - YouTube.  Lihat 'Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di bulan'.

Kapal angkasa dalam misi untuk memburu tanda-tanda kehidupan makhluk asing di Europa, telah dibangunkan di Makmal Propulsion Jet NASA di California. (FOTO: BBC)

1. Misi buru kehidupan makhluk asing di bulan, bermula

PASADENA: Dalam beberapa jam lagi, sebuah kapal angkasa akan berlepas dari Florida ke angkasa raya dalam misi untuk memburu tanda-tanda kehidupan makhluk asing.

Destinasinya ialah Europa, bulan yang sangat misteri yang mengorbit planet Musytari, terletak jauh di angkasa raya.

Terperangkap di bawah permukaan beraisnya boleh menjadi lautan yang luas dengan dua kali ganda jumlah air di bumi, lapor BBC.   

Kapal angkasa Europa Clipper akan menyusuli dan mengejar misi Eropah yang telah dilancarkan pada tahun lepas, tetapi menggunakan kosmik ‘piggyback‘ untuk memburu tanda-tanda kehidupan makhluk asing.

Itu tidak akan berlaku sehingga tahun 2030 tetapi apa yang ia dapati boleh mengubah apa yang diketahui tentang kehidupan dalam sistem suria.

Beberapa tahun dalam pembikinan, pelancaran Europa Clipper telah ditangguhkan pada saat-saat akhir selepas taufan Milton melanda Florida minggu ini.

Kapal angkasa itu dikejarkan ke dalam tempat perlindungan khas untuk berlindung daripada taufan berkenaan, tetapi selepas memeriksa pad pelancar di Cape Canaveral untuk mengesan sebarang kerosakan, pihak jurutera kini telah memberi kebenaran untuk berlepas pada 1206 waktu tempatan (1706 BST) pada hari ini (14 Oktober).

(Selanjutnya, sila lihat 'Misi buru kehidupan makhluk asing di bulan, bermula' -HARAKAHDAILY 11/10/2024)


2. Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di bulan Oleh KOSMO! 8 Februari 2022, 11:00 pm 9 (Lihat gambar atas sekali)

BANDAR RAYA NEW YORK – Kumpulan penganalisis teori makhluk asing percaya bahawa terdapat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan bangunan gergasi dibina di Bulan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi paparan di laman YouTube,  satu klip video menunjukkan  tiga struktur menyerupai bangunan berada di Bulan dengan salah satu lokasi penemuan tersebut adalah kawasan di mana kapal angkasa Apollo 15 mendarat pada tahun 1971.

Rakaman yang dimuat naik oleh  saluran penyelidikan makhluk asing,  Secureteam10 itu  menganggarkan bangunan tersebut menyamai saiz sebuah  pasar raya Walmart.

Saluran itu mempunyai lebih dua juta pengikut yang mahukan lebih banyak pembongkaran dibuat berhubung UFO dan makhluk asing.   

“Dalam video ini, anda akan melihat struktur bangunan bersaiz pasar raya Walmart di Bulan. Binaan itu berada di atas sebuah bukit. Ia begitu hampir dengan tapak pendaratan misi Apollo dan ia bukan satu kebetulan,” kata penulis Secureteam 10, John Ege. – Agensi



Amazing Cool Gadgets

“Kita tidak perlu membina sesuatu di Bulan kerana mereka (makhluk asing) sudah pun ada di sana.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kali ini jom kita mengembara menjelajah melihat makhluk asing di bulan pula. Melihat misi manusia di bumi mula memburu menyelidiki kehidupan makhluk asing di bulan.

Walaupun begitu kita lihat di bumi Malaysia, PAS tidak lupa memperkenalkan misinya mengenai belanjawan negara 2025 mahu pastikan hak-hak rakyat negara ini dipenuhi. 

Begitu juga pentingnya penjelasan Ketua Penerangan DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS)  Dr Balachandran Gopal Krishnan yang terpanggil bagi menjawab 'Pewartaan empat tapak Wat Siam tangkis fitnah terhadap PAS'. 

Terima kasih dan tahniah Dr Bala!

(i) Belanjawan 2025: Pastikan hak rakyat dipenuhi.

a. Belanjawan 2025 dijangka menjadi platform penting bagi pelaksanaan reformasi fiskal yang inklusif dan adil, dengan memberi penekanan pada kebajikan sosial dan keadilan ekonomi.

b. Dasar-dasar kewangan perlu memastikan hak rakyat dipenuhi, termasuk dalam aspek pembangunan luar bandar, pendidikan, kesihatan, dan insentif pertanian, akses pendidikan dan kesihatan berkualiti, serta kebajikan rakyat semua golongan termasuklah M40. Tindakan-tindakan kontroversi kerajaan sebelum ini yang lebih menguntungkan sesetengah pihak perlu kembali diterjemahkan seadilnya dalam rangkaan dasar kewangan pada kali ini. 

c. Laungan reformasi dengan kejayaan penangkapan musuh-musuh politik, pengumuman-pengumuman yang gah tanpa definisi yang jelas seperti ‘mahakaya’, dan kejayaan menuruti permintaan ‘abang besar’ perlu diperbetulkan mengikut definisi reformasi yang sebenar-benarnya. 

Sesungguhnya, Belanjawan 2025 ini menjadi harapan baru kepada rakyat sekiranya reformasi yang inklusif dan adil mendasari pelaksanaan.

(ii) Pewartaan 4 tapak Wat Siam tangkis fitnah terhadap PAS.

Balachandran Gopal Krishnan

Menurut Dr Bala..

a. Usaha-usaha ini secara langsung mengeratkan hubungan antara etnik dan budaya, sambil menangkis fitnah bahawa PAS adalah parti ekstrem, seperti yang disebarkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba menabur benih kebencian.

b. Pewartaan Wat Pathumviharn di Kampung Balai, bersama tiga wat lagi, sebagai tapak kebudayaan dan kemasyarakatan bagi komuniti Siam menjadikan jumlah keseluruhan Wat Siam yang diwartakan di Kelantan sebanyak 16. Perkara sebegini adal sejak inisiatif ini diperkenalkan iaitu pada tahun 2017.

c. Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) iaitu Lim Guan Seng menegaskan bahawa pewartaan ini memudahkan pengurusan aktiviti kebudayaan dan urusan ibadat di kawasan berkenaan. Tindakan sebegini membuktikan  komitmen kerajaan negeri Kelantan dalam memastikan hak semua masyarakat termasuk komuniti Siam untuk terus dipelihara.

Langkah ini bukan sahaja memudahkan urusan keagamaan, tetapi juga menjadi simbol perpaduan antara kaum di Kelantan. Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan komuniti Siam ini mencerminkan prinsip kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menekankan kepentingan memupuk kefahaman serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di negara ini.

Sekian, al-hamdulillsh.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails