Monday, October 07, 2024

MoU 2 negara 1 misi M'sia-Thai. T'ganu International Paramotor

  

Terengganu International Paramotor Challenge 2024..

1. Dua negara, satu misi: Medicom Malaysia & Hospital Thailand tandatangani MoU

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Medicom Malaysia dan Jariyatham Ruampat Krabi Hospital (JRH Hospital, Thailand), dari kiri : Dr Yunus, Abdul Razak, Dr Shafiq Wahab, Husna, Dr Ruhana, Miss Fatimah

KUALA LUMPUR: Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Medicom Malaysia dan Jariyatham Ruampat Krabi Hospital (JRH Hospital, Thailand) telah diadakan pada Khamis (3 Oktober) di Hotel Tamu di sini.

Presiden Medicom Malaysia, Dr. Mohd Shafiq Wahab berkata, MoU itu diadakan untuk menjalinkan kerjasama dalam aktiviti kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

“Fokus utama adalah program khatan kepada kanak-kanak dari golongan asnaf di rantau Asia Tenggara, khususnya di Thailand,” ujar beliau kepada Harakahdaily, hari ini. 

Majlis tersebut dihadiri Penasihat Medicom Malaysia, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pakar Pembedahan Plastik, KPJ Ampang Puteri yang juga Penasihat Medicom Malaysia, Miss Fatimah Mohd Nor dan Timbalan Pengarah Hospital Jariyatham Ruampat, Krabi Thailand, Husna Baikadem.

Ia turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Medicom Malaysia, Abdul Razak Mohamed serta Pengarah Perubatan Hospital Jariyatham Ruampat, Krabi Thailand, Dr. Ruhana Phannaphon Thaokloy.

Mohd Shafiq berkata, Hospital Jariyatham Ruampat merupakan satu-satunya hospital Islam swasta di Thailand dan telah beroperasi selama 30 tahun.

Beliau berkata, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (Medicom Malaysia) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berfokus kepada aktiviti kebajikan dalam bentuk perubatan dan kesihatan.

Pertubuhan itu juga menurut beliau terlibat dalam memberikan pendidikan percuma kepada golongan asnaf yang telah menjalankan aktivitinya sejak penubuhannya pada tahun 2017.

Jelas beliau, sebagai sebahagian daripada program itu, turut diadakan satu lawatan kerja ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Lawatan itu menurut beliau melibatkan penerangan berkaitan pengurusan ‘Health Tourism’ di KPJ Ampang Puteri serta peluang untuk melihat sendiri peralatan terkini dan operasi di Jabatan Onkologi (Kanser).

“Diharapkan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada ummah di kedua-dua negara,” harap beliau terhadap MoU yang ditandatangani itu. – HARAKAHDAILY 6/10/2024 


2. Terengganu International Paramotor Challenge 2024 kumpul 20,000 pengunjung 

Kepsyen: Razali Idris (baju putih) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama

KUALA TERENGGANU: Penganjuran Terengganu International Paramotor Challenge (Friendly Match) 2024 yang diadakan selama tiga hari, bermula pada Jumaat lalu di Dataran Drawbridge di sini berjaya menarik seramai 20,000 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, ia merupakan satu sambutan yang positif sebagai acara pertama kali diadakan di negeri ini.

“Saya merakamkan terima kasih kepada urusetia Program Paramotor International Terengganu yang mana saya difahamkan ada keterlibatan 26 peserta seluruh negara termasuk dua dari luar negara.

“Kita pertama kali menganjur (program ini), kita dapat lihat kehadiran begitu ramai, satu permulaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu International Paramotor Challenge Friendly Match di Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge), di sini, hari ini.

(Selanjutnya, sila lihat 'Terengganu International Paramotor Challenge 2024 kumpul 20,000 pengunjung' -HARAKAHDAILY 6/10/2024)

Walaupun program PAS/PN untuk rakyat terus berjalan lancar, namun berlaku penutupan chalet dan resort di pulau-pulau negeri Terengganu sepanjang tiga bulan terakhir sebelum ketibaan Monsun Timur Laut (MTL). Hal ini bukan disebabkan oleh arahan kerajaan tetapi sebaliknya ia merupakan keputusan sukarela daripada pengusaha. Al-hamdulillah!


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, pemimpin-pemimpin PAS/PN terus menggerakkan kegiatan-kegiatan kebajikan membangunkan rakyat bersama Islam seperti program 'MoU 2 negara 1 misi M'sia-Thai dan T'ganu International Paramotor di atas.

Bukan macam sesetengah negeri yang bukan PAS/PN, diamanahkan projek gergasi besar seperti terowong di bawah laut, wang habis terowong tak siap-siap. Hanya kokok berdegardegar, tapi ekor bergelumang tahi. Kesian kerajaan Pusat.

Namun PAS/PN terus gerak membangun bersama rakyat..

(i) Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa malam ini pada jam 9 malam di Dataran Khairunnisa’, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

(ii) Kempen kesedaran.Kabsah kambing, air lumpur dan rumput kering 

TATKALA saudara seagama di Palestin bergelut dengan lapar dan dahaga yang keterlaluan, masih ada di kalangan umat Islam yang bukan sahaja tidak ringan membantu penderitaan mereka, bahkan terus-terusan leka dengan nikmat makanan dan minuman yang melimpah ruah. 

Pembaziran demi pembaziran berlaku tanpa sedar, walaupun nun di sana masih ada kanak-kanak […] (Sila rujuk HarakahDaily)

(iii) Perjuangan tuntut pendidikan percuma sudah karam? 

TAMBUN: Kerajaan Malaysia dilihat seolah-olah ‘terpaling memperjuangkan golongan B40’, namun hakikatnya kerap kali mekanisma perlaksanaan berkaitan menjadi kucar-kacir dan sukar.

Ketua Ameerah Muslimat PAS Perak, Nur Farhana Omar berkata, hasrat Perdana Menteri agar subsidi pendidikan golongan kaya dihentikan seolah-seolah menyimpang dari perjuangan agar negara ini melaksanakan pendidikan percuma sebelum ini.“Sekiranya […] (Sila rujuk HarakahDaily)

Cukup sampai di sini, bersambung, insya Allah!

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails