Antara dekorasi Halloween di pusat beli-belah di Malaysia pada tahun ini.
1. DHPP kesal Deepavali diketepikan demi meraikan Halloween.
KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan pusat beli-belah di Malaysia digesa agar mengutamakan dekorasi perayaan Deepavali dan tidak mengutamakan dekorasi Halloween kerana ia merupakan perayaan yang hanya disambut oleh negara-negara Barat berbanding Deepavali yang disambut rakyat negara ini.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Selangor, Nirmala Devi berkata, pengurusan pusat […] (Sila rujuk HarakahDaily)
2. Penaiktarafan DHPP kepada sayap rasmi bukti keterbukaan PAS.
Hassanuddin SalimKUANTAN: Penaiktarafan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) kepada sebuah dewan atau sayap rasmi yang boleh melibatkan diri dalam proses pemilihan parti menzahirkan keterbukaan PAS sebagai sebuah parti Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semantan, Hassanuddin Salim berkata, ahli DHPP juga kini boleh mengundi dan memilih kepimpinan di dalam parti PAS.
“Ini menunjukkan keterbukaan PAS sebagai sebuah parti Islam. Kita kena faham, asasnya PAS ini adalah sebuah parti yang mengambil Islam sebagai asas dan dasar.
“Jadi, atas dasar itu, mestilah pemimpin utama atau barisan kepimpinan utama PAS adalah orang Islam dan orang yang memahami asas-asas Islam.
“Asas-asas Islam apa dia? al-Quran, hadis, Ijma’ Ulama, ilmu-ilmu Islam dan sebagainya, orang ini lah yang memimpin PAS,” katanya dalam sesi podcast anjuran Jabatan Penerangan dan Media Baru PAS Negeri Pahang.
(Selanjutnya sila lihat 'Penaiktarafan DHPP kepada sayap rasmi bukti keterbukaan PAS' -HARAKAHDAILY 23/10/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, PAS bela budaya Deepavali.
(i) Ketibaan Deepavali: ‘Kenyataan angkuh Menteri boleh timbulkan ketegangan…’
a. Di KL, kenyatan menteri yang angkuh ini boleh membawa ketegangan di antara masyarakat terutamanya masyarakat yang akan menyambut Deepavali dalam masa terdekat ini.
Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP), Balendran Balasubramaniam berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan isu pemansuhan subsidi telur sekitar musim perayaan Deepavali oleh kerajaan.
Balendran Balasubramaniamb. ‘Jangan terpengaruh momokan, dakwaan pihak tertentu’ – Dr Bala.
Di KL, menurut Dr Bala, perlu memahami agama sendiri dan tidak terpengaruh dengan momokan bahawa orang Islam akan menganggu gugat rumah ibadah atau adat agama bukan Muslim seperti dakwaan pihak tertentu. Khusus buat masyarakat terutamanya warga bukan […] Sila rujuk HarakahDaily.
c. Rakyat Malaysia tak sabar mahu runtuhkan tembok Israel – Dr Bala
Dr Bala, di samping Nadzir, ketika berucap di hadapan Masjid Al-Syakirin, Kuala Lumpur dalam Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa, pada hari ini, 12 Oktober 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)d. Penerimaan kaum India terhadap PAS makin meningkat.
Poobalan (kiri) menerima borang keahlian PAS. Di Hulu Langat, Selangor, penyerahan sebanyak 30 borang keahlian Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) kepada Ketua DHPP PAS Kawasan Hulu Langat, Poobalan PannirSelvam T, menunjukkan penerimaan kaum India terhadap PAS semakin meningkat.e. Banyak lagi hak bukan-Islam patut diperjuangkan.
Di Alor Setar, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Kedah, K.Kumaresan menafi keras dakwaan pihak tertentu kononnya judi adalah hak orang bukan-Islam.
Betul tu. Sebenarnya, judi ini dilarang oleh agama Hindu dan bukan juga hak mana-mana individu yang ingin libatkan diri. Tidak ada mana-mana kitab agama Hindu membenarkan penganutnya untuk bermain judi. Pasti agama lain juga tidak membenarkan penganutnya bermain judi.
Kumaresan mengulas dan mencadangkan, sebaiknya kerajaan dan pemimpin Madani memberi fokus lain kepada kebajikan kaum bukan-Melayu bukannya berjuang untuk hak bermain judi. Contohnya hak kaum bukan-Melayu dalam pendidikan, pekerjaan, bantuan perniagaan dan lain-lain. Rungutan kaum bukan Melayu kerap diabaikan.
Malah tiada seorang pun menteri dilantik mewakili kaum India. Sepatutnya, Kerajaan Persekutuan perlu melihat kesan-kesan negatif judi pada institusi keluarga, masalah rumahtangga, gangsterisme, ketagihan alkohol dan lain-lain. Sama ada yang melibatkan remaja mahupun orang dewasa dari kalangan bukan-Islam dan banyak lagi masalah sosial lain. Bukannya perjuang hak perjudian, sedangkan judi hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
Oleh itu tindakan yang dilakukan oleh MB Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjadikan Kedah bebas judi patut disokong.
Penutup:
Pengasas TikTok ByteDance individu terkaya di China
Bilionair yang memiliki personaliti sederhana, Zhang Yiming. (FOTO: CGTN)SHANGHAI: Pengasas TikTok ByteDance, Zhang Yiming kini menjadi individu terkaya di China, dengan kekayaan peribadi sebanyak AS$49.3 bilion (RM215 bilion), menurut senarai individu terkaya tahunan yang diedarkan pada hari ini, Selasa (29 Oktober).
Zhang, 41, yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ByteDance pada 2021, menjadi individu ke-18 dinobatkan sebagai orang terkaya China dalam tempoh 26 tahun sejak Senarai Orang Kaya Hurun China pertama kali diterbitkan. Beliau mengatasi pengusaha air botol Zhong Shanshan, yang tergelincir ke tempat kedua apabila kekayaannya merosot 24 peratus kepada AS$47.9 bilion, lapor Al Arabiya.
Walaupun terdapat pertikaian undang-undang mengenai aset AS miliknya, pendapatan global ByteDance meningkat 30 peratus tahun lepas kepada AS$110 bilion, kata Hurun, membantu melonjakkan kekayaan peribadi Zhong.
Individu ketiga dalam senarai itu ialah pengasas berprofil rendah Tencent, Pony Ma, manakala Colin Huang, pengasas PDD Holdings, turun ke tempat keempat daripada ketiga tahun lepas, walaupun platform e-dagang yang memfokuskan diskaun firmanya, Pinduoduo dan Temu, terus menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang sihat.
Sementara, bilangan bilionair dalam senarai itu menurun sebanyak 142 kepada 753, menyusut lebih satu pertiga daripada kemuncaknya pada 2021.
“Ekonomi dan pasaran saham China mengalami tahun yang sukar,” kata Pengerusi Laporan Hurun, Rupert Hoogewerf.
Menurutnya lagi, kejatuhan yang paling dramatik dalam nasib datang daripada sektor hartanah China, manakala elektronik pengguna jelas meningkat dengan pantas, dengan pengasas Xiaomi, Lei Jun menambah AS$5 bilion kepada kekayaannya pada tahun ini.
Tambahnya yang juga ketua penyelidik senarai tersebut, panel solar, bateri litium dan pembuat EV telah mengalami tahun yang mencabar, apabila persaingan semakin sengit, membawa kepada kelebihan, dan ancaman tarif menambah ketidaktentuan.
“Pembuat panel solar menyaksikan kekayaan mereka turun sebanyak 80 peratus daripada kemuncak 2021, manakala pembuat bateri dan EV masing-masing turun sebanyak setengah dan satu perempat,” katanya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 29/10/2024
Semoga berita ini menjadi contoh sebagai usahawan yang berjaya, apalagi kalau beliau itu seorang beragama Isam, maka amal terrsebut adalah 'syadaqah jariah' yang memberi kebahgiaan dari dunia hingga akhirat. Insya Allah, jumpa lagi!
...
No comments:
Post a Comment