PAS turun bersama rakyat melalui Skim Kifalah..
1. Penubuhan SkimPAS kini lebih satu dekad
Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP), Ahmad Abdullah SanekKUALA LUMPUR: Lebih satu dekad manfaat Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) telah diinisiatifkan oleh Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP) bagi tujuan menjaga kebajikan ahli.
Setiausahanya, Ahmad Abdullah Sanek, berkata SkimPAS terbuka kepada sesiapa untuk mencarum tetapi dengan syarat pencarum mestilah ahli PAS bagi Muslim dan ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) (bagi bukan Muslim).
Ahmad berkata, syarat umur untuk melayakkan pencarum ini adalah ahli yang berumur 15 tahun dan ke atas sehingga tiada had berbanding sebelum ini, syarat umur adalah 18 tahun dan ke atas.
(Syarat-syarat selanjutnya sila lihat 'Penubuhan SkimPAS kini lebih satu dekad' -HARAKAHDAILY 12/10/2024)
2. SkimPAS benteng kekuatan ekonomi ahli
TANGGA BATU: Semua ahli-ahli PAS khasnya di Negeri Melaka diseru untuk segera menyertai Skim Kifalah PAS (SkimPAS) berkonsepkan khairat dan takaful yang dikelolakan oleh Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKLS) PAS Pusat.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, ini adalah kerana skim tersebut boleh menjadi benteng kekuatan ekonomi dalam gerak kerja perjuangan parti itu.
(Selanjutnya sila lihat 'SkimPAS benteng kekuatan ekonomi ahli' -HARAKAHDAILY 4/8/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS terus turun bersama rakyat melalui Skim Kifalah.. Dah 1 dekad.
Bagaimana pula Islam mampu memulihkan ekonomi sesebuah negara? Mari kita teliti tulisan MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL -HARAKAHDAILY 16/3/2020.
Bagaimana Islam memulihkan ekonomi negara.
DOKUMEN Hijau
(1) Sebelum ini saya ada menulis beberapa solusi yang lebih menjurus terhadap persoalan ekonomi, yang ditawarkan dalam Dokumen Hijau PAS.
Beberapa konsep asas mesti difahami, apa yang disediakan oleh PAS selaras dengan nas-nas syara’;
(a) Harta negara tidak boleh berlegar di kalangan golongan kaya sahaja.
(b) Cukai diambil daripada lebihan golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin.
(c) Menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup adalah sasaran utama sistem ekonomi Islam.
(d) Fardhu Kifayah dalam penyediaan keperluan masyarakat.
(e) Anti monopoli dan anti ‘ghulul’.
(2) Daripada 5 prinsip asas ini, terbinalah sebuah sistem bagaimana memperbaiki krisis ekonomi negara. Syaratnya cuma satu, iaitu yakin bahawa sistem Islam adalah penyelesaian.
(3) Islam menyediakan sistem berfikir. Manusia tidak boleh berfikir sembarangan, kerana bukan semua benda manusia tahu. Ada yang mencuba cuba meletakkan penyelesaian dengan akal mereka sendiri, namun gagal.
Ideologi-ideologi lapuk telah terbukti kegagalan mereka. Kadangkala idea-idea mereka tidaklah bersifat universal, hanya sesuai untuk sesetengah masyarakat sahaja.
(4) Dalil pengharaman ghulul ialah;
وَمَا كَانَ لِنَبِیٍّ أَن یَغُلَّۚ وَمَن یَغۡلُلۡ یَأۡتِ بِمَا غَلَّ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسࣲ مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا یُظۡلَمُونَ
“Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).”
Cara Islam
(1) Selain daripada ghulul, Islam juga memerangi monopoli yang telah saya huraikan dalam beberapa artikel yang lepas [1]. Kerana disebabkan monopoli menyebabkan barang keperluan dikuasai oleh orang tertentu.
Maka, orang itu akan senang lenang menaikkan harga dan sebagainya. Ghulul dan monopoli kedua-duanya mempunyai elemen penindasan, dan ia terlarang dalam Islam.
(2) Dalam al-Quran menceritakan bagaimana Raja Zulqarnain mengubah konsep percukaian yang membebankan rakyat, kepada konsep kerjasama;
قَالُوا۟ یَـٰذَا ٱلۡقَرۡنَیۡنِ إِنَّ یَأۡجُوجَ وَمَأۡجُوجَ مُفۡسِدُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ فَهَلۡ نَجۡعَلُ لَكَ خَرۡجًا عَلَىٰۤ أَن تَجۡعَلَ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَهُمۡ سَدࣰّا
.
“Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (94)
قَالَ مَا مَكَّنِّی فِیهِ رَبِّی خَیۡرࣱ فَأَعِینُونِی بِقُوَّةٍ أَجۡعَلۡ بَیۡنَكُمۡ وَبَیۡنَهُمۡ رَدۡمًا
“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.” (95)
(3) Konsep yang digunakan oleh Raja Zulqarnain bukannya dengan memeras wang rakyat untuk memajukan negara, akan tetapi membina kerjasama ke arah itu.
Sumber manusia membina negara
(1) Sepertimana tulisan saya sebelum ini [2], sesebuah negara mesti mempunyai tiga perkara asas, iaitu penduduk, tempat dan kekuasaan.
Jika dikaji mengenai kisah Raja Zulqarnain tadi, beliau bukan semata-mata menggunakan kekuasaan untuk sewenang-wenangnya mengenakan cukai.
Akan tetapi menggunakan sumber tenaga manusia untuk bersama-sama membina tembok mengekang kemaraan Yakjuj dan Makjuj yang diceritakan dalam al-Quran.
(2) Ideologi seperti Kapitalis khususnya, hanya mengukur kemajuan itu dari sudut duit material semata-mata. Duit itu adalah segala-galanya dalam membina negara.
Manakala Sosialis pula, mengukur kemajuan sesuatu negara itu hanya pada tenaga buruhnya sahaja. Maka, rakyat mereka dibebani dengan kerja sebanyak manapun, tetapi upah yang diberikan tetap ‘ciput’.
(3) Islam mengajar supaya memanfaatkan kedua-duanya. Sesiapa yang kerja lebih, akan dapat hasil lebih. Kebebasan diberikan kepada setiap individu untuk memajukan diri sendiri.
Tetapi sesiapa yang sudah berlebih-lebihan kekayaannya, harus keluarkan sedikit kekayaannya untuk membantu orang miskin. Maka, ia akan mengurangkan jurang beza antara keduanya
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3538529126188822&id=100000953077134
[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3561443263897408&id=100000953077134
Sekian, terima kasih MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL.
....
No comments:
Post a Comment