Wednesday, October 23, 2024

Perang China-AS, M'sia di mana? Hizbullah penyelamat..

 

ANGGOTA pengawal pantai Taiwan menunjukkan ke arah kapal tentera China di perairan gugusan pulau kecil Pengjia hari ini. – AFP

1. Tentera China kepung Taiwan

TAIPEI – China mengerahkan sejumlah pesawat dan kapal perang untuk mengepung Taiwan dalam latihan tentera yang dikatakan Beijing bertujuan untuk menghantar ‘amaran keras’ kepada kumpulan ‘pemisah’ di Taipei.

Beijing tidak menolak menggunakan kekerasan untuk menawan semula Taiwan, manakala latihan tentera semalam mewakili pusingan keempat eksesais perang berskala besar Beijing sejak dua tahun lalu.

Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa  tindakan China itu  ‘tidak wajar’  dan berisiko ‘mencetuskan konflik’ serta menggesa Beijing untuk melaksanakan kawalan kendiri.

Presiden Taiwan, Lai Ching-te  yang mengambil alih kuasa pada Mei lalu, didapati  lebih lantang daripada pendahulunya Tsai Ing-wen dalam mempertahankan kedaulatan Taiwan. Beliau mencetuskan kemarahan Beijing  yang menggelarnya sebagai  pemisah.

(Selanjutnya sila lihat 'Tentera China kepung Taiwan' AFP -Kosmo! 22 Oktober 2024, 18:02)


2. ‘Kerajaan jangan ambil mudah ancaman maritim negara ini’ 

Kapal China Coast Guard yang berlegar di kawasan Laut China Selatan. (FOTO: Defense Security Asia)

KUALA LUMPUR: “Kerajaan jangan mengambil mudah dalam meneliti ancaman terhadap kedaulatan wilayah maritim negara ini.”

Ketua Portfolio Hubungan Antarabangsa Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan seperjuangannya mengenai kenyataan dibuat oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

“Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika sesi jawab lisan nombor satu bertanya kepadanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah mengenai situasi keselamatan di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

“Perkara tersebut adalah susulan insiden pencerobohan kapal frigat Tentera Laut China dan juga pasukan pengawal pantai China (Chinese Coast Guard) di Laut China Selatan.

“Namun begitu, beliau menyatakan bahawa kawasan Laut China Selatan sekarang berada dalam keadaan ‘selamat, terkawal dan terbuka’,” kata Fahysal dalam satu kenyataan media, hari ini.

(Selanjutnya, sila ikuti '‘Kerajaan jangan ambil mudah ancaman maritim negara ini’  - HARAKAHDAILY 22/10/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya perang China-AS di sebut-sebut di Laut China Selatan semakin dekat. M'sia bagaimana dan berada di pihak mana? 

a. Di laporkan di Teipei Kapal perang milik AS/Kanada masing-masing telah melalui perairan di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan dan China, seminggu selepas Beijing mengadakan latihan ketenteraan berskala besar di laluan sensitif itu. AS dan sekutunya itu kerap menyeberangi Selat Taiwan sepanjang 180 kilometer (112 batu) untuk mengukuhkan statusnya sebagai laluan air antarabangsa, menimbulkan kemarahan Beijing.

b. Parti Komunis China tidak pernah memerintah Taiwan, tetapi ia mendakwa pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berkata, ia tidak akan melepaskan penggunaan kekerasan untuk membawanya ke bawah kawalannya. Pemusnah peluru berpandu berpandu kelas Arleigh Burke USS Higgins (DDG 76) dan kapal frigat kelas Halifax Tentera Laut Diraja Kanada HMCS Vancouver (FFH 331) menjalankan transit rutin Selat Taiwan pada 20 Oktober.  

c. Sementara China berkata pada Isnin bahawa tindakan AS dan Kanada itu telah mengganggu ‘keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan’. Komando Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengatur tentera laut dan udara untuk memantau dan terus berjaga-jaga sepanjang transit, mengendalikan situasi mengikut undang-undang dan peraturan. Sementara Kementerian pertahanan Taiwan juga pada Isnin menegaskan bahawa  kapal AS dan Kanada itu telah bergerak ‘dari selatan ke utara’ selat itu dan keadaan di laut dan ruang udara sekitarnya ‘kekal normal’.

d. Terdahulu, Beijing menghantar sejumlah pesawat tentera serta kapal perang dan kapal pengawal pantai untuk mengepung Taiwan pada 14 Oktober lepas dalam pusingan keempat latihan utama dalam tempoh dua tahun ini. Ia telah menyebabkan Taiwan mengerahkan ‘pasukan tentera yang sesuai’ dan meletakkan pulau-pulau terpencil dalam keadaan berjaga-jaga yang lebih tinggi sebagai tindak balas kepada latihan itu, yang dikatakan oleh Beijing sebagai ‘amaran keras kepada tindakan pemisah pasukan Kemerdekaan Taiwan’

e. Beijing telah meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Taipei sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengerahkan hampir setiap hari pesawat perang dan pesawat tentera lain serta kapal di sekitar pulau itu. Kementerian pertahanan Taiwan berkata pada Isnin berkata, ia telah mengesan 14 pesawat tentera China dan 12 kapal tentera laut dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi.


(i). AS persiap: Australia beli senjata perang RM50 bilion buatan Amerika. 

Australia kini merealisasikan perancangan yang diumumkan pada April 2024 bagi melancarkan strategi pertahanan yang membayangkan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan sistem pertahanan negara. (FOTO: Reuters)

a. Di Sydney, Australia pada Selasa mengumumkan pembelian bernilai AS$4.7 bilion (RM20.3 bilion) bagi persenjataan tentera lautnya, melibatkan peluru berpandu jarak sederhana dan jauh buatan AS yang canggih ketika ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak di Asia-Pasifik. Pembelian itu yang dianggap oleh Australia sebagai ‘pencapaian penting’, telah memperhebatkan semula pertahanan tentera laut negara itu selaras dengan strategi baharu yang diumumkan tahun ini untuk menghalang ‘taktik paksaan’ China di rantau berkenaan. 

b. Australia dilaporkan turut akan membelanjakan RM30.2 bilion untuk memperoleh peluru berpandu SM-6 bawaan kapal, yang boleh menyerang pesawat dan peluru berpandu krus, serta peluru berpandu SM-2 Blok III C jarak sederhana, lapor Reuters. Australia menghadapi persekitaran geo-strategik yang paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua. 'Peluru berpandu ‘terkemuka di dunia’ akan memastikan rakyat Australia selamat, menghalang mana-mana musuh, dan mempertahankan kepentingan negara Australia pada zaman peluru berpandu.

c. Peluru berpandu itu akan digunakan secara progresif di tiga buah kapal pemusnah kelas Hobart Australia, serta kapal frigat anti-kapal selam kelas Hunter yang dirancang negara itu. Australia pada April telah melancarkan strategi pertahanan yang membayangkan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan pertahanan untuk mengatasi kelemahannya kepada musuh yang mengganggu perdagangan dan menghalang akses kepada laluan udara dan laut yang penting.

d. Selain membangunkan armada permukaannya dengan pantas, Australia merancang untuk menggunakan kapal selam ‘stealth’ berkuasa nuklear dalam perjanjian tiga pihak dengan Amerika Syarikat dan Britain yang dikenali sebagai ‘AUKUS’.

Begitu kira-kira. 

(ii). Hizbullah ke arah penyelamat, serang pangkalan tentera laut Israel. 

Serangan balas Hizbullah terhadap pengganas rejim Zionis menyasakan kedudukan penting ketenteraan Israel. (FOTO: Press TV)

a. Di Beirut, kumpulan pejuang Hizbullah telah melancarkan serangan roket pada awal Selasa di pangkalan tentera laut berhampiran bandar Haifa  utara Israel, sejurus selepas ia menyasarkan kedudukan di pinggir bandar Tel Aviv. Tembakan serentak roket menyasarkan pangkalan tentera laut Stella Maris di barat laut Haifa. Siren dibunyikan di kawasan Samaria, Modi’in Illit dan di tengah Israel ketika roket yang dikenal pasti melintasi Lubnan sebelum jatuh ke kawasan terbuka, lapor Al Arabiya.

b. Sistem pertahanan udara pelbagai lapisan pengganas rejim Zionis Israel sebelum ini telah memintas sebahagian besar peluru berpandu dan dron yang ditembak ke arahnya sejak permulaan konflik di Gaza tahun lalu. Konflik antara Israel dan Hizbullah mula tercetus setahun lalu apabila kumpulan pejuang yang disokong Iran itu mula melancarkan roket ke utara Israel bagi menyokong kumpulan pejuang Hamas di Palestin pada permulaan konflik tersebut.

c. Ia semakin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Israel bertindak mengebom selatan Lubnan, pinggir selatan Beirut dan Lembah Bekaa, membunuh ramai pemimpin tertinggi Hizbullah serta menghantar tentera darat melintasi sempadan antara dua negara itu. Sementara itu, Hizbullah dalam perjuangannya telah melancarkan pelbagai roket yang lebih jauh dan meluas ke dalam negara haram jadah tersebut. 

Sekian, jumpa lagi seterusnya, insya Allah.

...

No comments:

Post a Comment