1. Keadaan jalan raya di Pulau Pinang tanda mutu kerja teruk – CAP
PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya mengkaji semula piawaian pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya memandangkan banyak jalan berlubang dan permukaan jalan tidak rata yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, dalam tinjauan pihaknya baru-baru ini, didapati antara jalan utama yang rosak adalah di Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Jelutong, Jalan Perak, Jalan Bukit Gambir, dan beberapa jalan lain di kawasan perumahan.
“Dengan peningkatan kenderaan bermotor yang banyak terutamanya kereta persendirian di jalan raya Pulau Pinang dalam tempoh sepuluh tahun, adalah amat penting bagi jalan raya ini diselenggara dengan baik.
“Kontraktor yang ditugaskan untuk membina, menyenggara dan mengekalkan jalan perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerja jalan yang teruk yang mengakibatkan jalan berlubang dan permukaan jalan tidak rata.
“Berulangnya kejadian jalan yang lubang dan permukaan yang tidak rata hanya menunjukkan kerja yang dijalankan adalah itu adalah amat teruk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook CAP.
(Seterusnya slla lihat 'Keadaan jalan raya di Pulau Pinang tanda mutu kerja teruk – CAP' -HARAKAHDAILY 8/10/2024)
2. Umno ‘hilang’ akibat kawasan Melayu dipecahkan PAP
HANG TUAH JAYA: Umno Singapura pernah gagal pada Pilihan Raya Umum pada tahun 1963 untuk mempertahankan kerusi dimenangi kesan daripada polisi pembaharuan bandar yang dilaksanakan People Action Party (PAP) di pulau itu.
Mantan Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, parti itu berjaya memenangi tiga kerusi pada pilihan raya sebelumnya iaitu pada tahun 1959.
“Umno boleh menang tiga kerusi di Singapura sebab apa? Sebab ada kawasan-kawasan Melayu di Singapura di antaranya di Pulau Selatan, kalau tak silap saya di Gelang Serai, di Ulu Beduk, ada beberapa kerusi.
“Tetapi akibat daripada tindakan kerajaan (Singapura) ketika itu yang memecahkan kawasan-kawasan di mana orang Melayu tinggal, akhirnya tidak ada lagi kawasan majoriti orang Melayu,” katanya.
Kata beliau, Singapura mengamalkan satu polisi iaitu ‘Etnic Integration Programme’ (EIP) dengan objektif mewujudkan kawasan campuran di mana akhirnya menyebabkan tidak ada satu pun kawasan majoriti Melayu yang tinggal.
“Tetapi sebenarnya berdasarkan kepada EIP ini, orang Melayu tidak lebih daripada 28 peratus di dalam sesuatu kawasan. Maknanya ada satu projek bawah Housing Development Board (HDP).
“Kalau kawasan tersebut orang Melayu nak beli rumah, kalau di situ dah 28 peratus orang Melayu di situ, (ada lagi) orang Melayu nak beli tak boleh. Maksimum 28 peratus sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja Seminar Penerangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Mua’alim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, Bukit Katil, di sini malam tadi.
(Seterusya sila lihat 'Umno ‘hilang’ akibat kawasan Melayu dipecahkan PAP' –HARAKAHDAILY 4/9/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, inilah kenyataannya, P.Pg hanyut diseret arus DAP.
(i) Steven Sim terajui DAP Pulau Pinang.
Steven Sim (lima dari kiri), Ramkarpal (lima dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Arena SPICE. - Foto NSTP/Mikail OngBAYAN LEPAS: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menepati ramalan apabila dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu menggantikan bekas Chow Kon Yeow yang menyandang jawatan itu selama 25 tahun sejak 1999.
Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu pada sidang media selepas pemilihan mengucapkan terima kasih atas keyakinan dan kepercayaan diberi kepada beliau dan barisan jawatankuasa kepemimpinan baharu bagi sesi 2024 hingga 2027.
"Saya ingin menegaskan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang adalah pasukan perpaduan justeru saya menyeru semua ahli DAP supaya merapatkan saf dan berdiri sebagai sebuah pasukan yang kuat demi kepentingan rakyat dan parti kita. (Suntingan BH September 22, 2024)
(ii) Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan PAP Tanpa Menukar Perlembagaan?
“Orang Melayu ni paranoid. Kalau kita ratifikasi ICERD pun, hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu. Jangan bimbang tak bertempatlah!”
Begini jawapannya:
Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.
Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut.
Malahan mereka mula menggantikan perkataan ‘lorong’ kepada ‘avenue’ atau ‘drive’. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?
Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?
Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?
Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British.
Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?
Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.
Tapi menjadi bXXi ni tak ada ubat. Samak macammana pun dia akan kekal najis.
Sumber rujukan:
1. Perlembagaan Singapura ms 158
2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265
DRP
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Sumber: https://mindarakyat.blogspot.com/2018/11/bagaimana-melayu-singapura-dipinggirkan.html?m=1
No comments:
Post a Comment