Monday, October 21, 2024

Tapis lesen hiburan: Mujur ada PAS, al-hamdulillah.

 

Mujur ada PAS, mampu kawal dan pantau pesta-pesta hiburan begini..

1. PBT perlu buat tapisan ketat permohonan lesen hiburan 

Hilmi Abdullah

KOTA BHARU: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diseru membuat tapisan ketat ke atas semua permohonan bagi mendapatkan lesen dan permit hiburan berkuatkuasa serta merta, bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Perumahan negeri, Hilmi Abdullah berkata, keputusan itu dibuat sebagai menyambut saranan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima […] (Sila rujuk HarakahDaily). Bermula hari ini.

PMR saingan Jom Heboh 

Program Madani Rakyat jadi alat politik Pakatan Harapan.

DARI 18 hingga 20 Oktober ini, diuar-uarkan di media Program Madani Rakyat (PMR) akan diadakan di Likas, Sabah, siri jelajah Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. Sabah adalah negeri terakhir penganjuran PMR setelah diadakan di Sarawak September lalu dan sebelum itu di negeri-negeri Semenanjung Malaysia mengikut zon – utara, timur, […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. Hiburan: Dikongkong atau disokong?  

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa.

ISLAM tidak pernah melarang penganutnya untuk berhibur seperti yang disebutkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya, ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’ bahawa hiburan adalah harus kerana sifatnya yang membawa kegembiraan, kerehatan minda, kesenangan jiwa dan kesedapan pendengaran selagi tidak dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa.

Namun demikian, apabila melihat kepada keadaan semasa, hanya keharusannya yang diambil oleh manusia, tetapi tidak pada larangannya iaitu “hiburan tidak boleh dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa”.

Buktinya apabila amalan industri hiburan negara, tidak seluruhnya diimplementasikan garis panduan menepati hukum-hakam agama dan budaya masyarakat Malaysia. Lihat sahaja pada aspek pakaian artis-artis yang majoritinya tidak menutup aurat dan menjolok mata. Ditambah pula dengan babak-babak lakonan yang melanggar etika agama dan penuh kebaratan, termasuklah skrip-skrip yang menggiurkan.

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa. Yang mana pemakaian artis yang terlibat jelas menyalahi garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Iaitu baik artis lelaki atau perempuan dilarang memakai pakaian menjolok mata, apatah lagi mendedahkan badan bagi artis wanita. Sayangnya, tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka.

Malah, yang membantah pula menjadi salah apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan amaran Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) yang bakal mengambil pendekatan proaktif melalui tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba membantah dan mengganggu pelaksanaan konsert di negara ini. Cukup pelik.

(Selanjutnya sila ikuti sambungannya 'Hiburan: Dikongkong atau disokong?'                                       -HARAKAHDAILY 23/3/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Tapis lesen hiburan: Mujur ada PAS, al-hamdulillah'. Tajuk ini memungkinkan PAS dilihat agresif apabila terus-terusan membantah konsert-konsert hiburan di Malaysia.  

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyebutkan bahawa PAS tiada masalah dengan konsert, tetapi PAS bermasalah dengan pelaksanaan konsert yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Dalam isu pengamalan konsert artis antarabangsa yang berpakaian menjolok mata, hal ini sebenarnya boleh dibetulkan dengan ketetapan yang wajar.

a. Contohya, pada tahun 2012, Malaysia dikejutkan dengan kumpulan Korea wanita yang berbaju kurung ketika membuat persembahan nyanyian mereka di atas pentas. Pada tahun 2016, Malaysia dikejutkan pula dengan seorang artis lelaki Korea yang berbaju Melayu ketika menemui para peminat.

b. Dua keadaan ini boleh dijadikan kes ‘precedent’ kepada pengamalan konsert artis antarabangsa di negara kita yang mana memberi mesej bahawa tidak mustahil untuk negara kita mengetengahkan busana yang tidak menjolok mata dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL. Iaitu selari dengan pengamalan agama dan budaya di Malaysia. 

c. Malah, hal ini sangat tidak mustahil untuk dipraktiskan oleh artis-artis tempatan yang memang berasimilasi dengan adat dan budaya Malaysia. Hal ini perlu diubah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, disusuli tindakan tegas oleh pihak kerajaan.

d. Oleh itu, Tuan Ibrahim berharap agar penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran hiburan di negara ini dilaksanakan oleh JAKIM sepertimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 Disember 2023 dikeluarkan segera bagi menyelesaikan isu hiburan yang kian membelenggu dan menjerut anak muda Malaysia.

Demikian harapan beliau.

Akhirnya, apa potensi, risiko untuk PN hadapi PRN Melaka? 

MASJID TANAH: Data dan keputusan yang diperolehi PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang lepas tidak boleh lagi dijadikan sandaran untuk perancangan menghadapi pilihan raya akan datang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman berkata, ia […] (Sila rujuk HarakahDaily)..

Sekian, al-hamdulillah. Harap maklum.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails