Azman (dua dari kiri) mengiringi Sultan Mizan turun menyelam bagi merasmikan pelabuhan tukun di dasar laut perairan Alur Tuman, Marang, Terengganu, pada hari ini, 10 Oktober 2024.
1. 20 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Marang
MARANG: Sebanyak 20 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda telah dilabuhkan di perairan Alur Tuman, Marang, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan, dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha melabuhkan 100 unit tukun tiruan di perairan Terengganu sepanjang tahun ini menerusi Program Memperkayakan Sumber Perikanan Marin Negeri Terengganu.
“Sebelum ini, 20 unit tukun telah dilabukan di setiap tapak sekitar perairan Kuala Terengganu, Dungun, Setiu dan Kuala Nerus dengan jumlah kos projek berjumlah RM3.1 juta menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program melabuh tukun tiruan, kuboib juvenil penghalang pukat tunda Terengganu 2024 yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
Majlis itu menempa sejarah apabila Baginda turut menyelam bagi merasmikan pelabuhan tukun di dasar laut pada kedalaman 17 meter.
“Saya rasa mungkin kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan merupakan yang pertama di Malaysia atau di dunia yang melakukan seumpama itu.
(Selanjutnya sila lihat '20 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Marang' -HARAKAHDAILY 10/10/2024)
2. ‘Belum pernah lagi pelajar naik kapal perang’
Kunjungan pelatih-pelatih yang didakwa dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling, (Persendirian) di Pulau Pinang, Malaysia ini dikatakan adalah atas hubungan pelajar dengan pelajar.KUALA LUMPUR: Rakyat terutamanya Melayu berang apabila lebih 1,000 orang asing berpakaian Tentera Laut China disambut bak wira negara di Pulau Pinang, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan Pulau Pinang sebelum ini pernah mengumumkan kunjungan pelatih tersebut datang ke negeri itu dengan menaiki dua buah kapal latihan dan berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada 6 Oktober lalu.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, kerajaan Pulau Pinang melalui Exconya membayangkan kunjungan ini dan dipersetujui oleh Kerajaan Madani.
“Oleh demikian, sudah tentu perkara ini mengundang kebimbangan kerana tentera Laut China sedang galak membuat kontroversi di Laut China Selatan khususnya di kawasan perairan kita di Beting Patinggi Ali.
“Tindakan kerajaan Pulau Pinang jelas sekali tidak betul, sebab Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tergesa-gesa kata mereka bukan tentera China tetapi pensyarah dan pelajar.
(Selanjutnya sila lihat 'Belum pernah lagi pelajar naik kapal perang' –HARAKAHDAILY 11/10/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah realitinya. T'ganu kreatif, P.Pg lebih keatif. M'sia X kreatif? & Melayu berang. Mengapa Melayu berang? Rakyat terutamanya Melayu berang apabila lebih 1,000 orang asing berpakaian Tentera Laut China disambut bak wira negara di Pulau Pinang.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan Pulau Pinang sebelum ini pernah mengumumkan kunjungan pelatih tersebut datang ke negeri itu dengan menaiki dua buah kapal latihan dan berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada 6 Oktober lalu.
(i).Kenapa kapal perang China disambut luar biasa kerajaan Pulau Pinang?
a. Di KL, Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan sambutan luar biasa yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap rombongan dua kapal perang latihan bersama pelajar dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang, Sabtu lalu. Perkara itu amat dikesali tatkala sensitiviti rakyat yang masih terkesan isu poster Bulan Kebangsaan tular tempoh hari masih belum reda.
b. Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China dan telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Ditambah pula dengan pencerobohan demi pencerobohan yang dilakukan oleh tentera China ke atas perairan kita khususnya di perairan Sabah dan Sarawak sehingga menimbulkan kebimbangan dan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
c. Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan semasa melibatkan pertikaian isu Laut China Selatan dan kawasan minyak dan gas oleh Petronas. Apatah lagi memberikan sambutan seperti wira kepada kapal perang China di tengah-tengah kehangatan isu yang disebutkan di atas. Memang amat tidak bertanggungjawab sama sekali.
d. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia tidak boleh memberi hala tuju yang ‘mengelirukan’ kepada negara-negara jiran kita.
(ii). Amerika Syarikat kecam tindakan China di Laut China Selatan
Anthony Blinken dalam Sidang kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat di Viebtiane, Laos pada hari ini, 11 Oktober 2024. (FOTO: Reuters)Di Viaenttanee, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mengecam tindakan Beijing yang dilabelkannya sebagai ‘semakin berbahaya’ di Laut China Selatan ketika mengadakan pertemuan bersama pemimpin blok ASEAN hari ini.
a. Mereka kekal bimbang tentang tindakan China yang semakin berbahaya dan menyalahi undang-undang di Laut China Selatan dan Timur, yang telah mencederakan orang, merosakkan kapal dari negara ASEAN dan bercanggah dengan komitmen untuk menyelesaikan pertikaian secara aman. AS akan terus menyokong kebebasan pelayaran dan kebebasan penerbangan di Indo-Pasifik, ikrar mereka dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat 2024 itu.
b. AS berharap akan terus bekerjasama dengan pemimpin ASEAN untuk melindungi kestabilan merentasi Selat Taiwan, yang merupakan sumber ketegangan berterusan dengan China, lapor Reuters. Beijing baru-baru ini mengecam kenyataan Presiden Taiwan, Lai Ching-te yang berikrar untuk menentang ‘pengambilan’ oleh negara China, dan menegaskan bahawa negaranya itu merupakan negara demokrasi yang mempunyai hak untuk memerintah sendiri.
c. China dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah mengerahkan kapal tentera dan pengawal pantai dalam usahanya untuk mengeluarkan Filipina daripada kawasan terumbu dan kepulauan yang penting secara strategik di Laut China Selatan.
Negara itu pada Ogos menuduh Filipina sengaja melanggar kapalnya berhampiran Beting Sabina di Laut China Selatan, dalam pertembungan terbaru dua negara itu di perairan yang mempunyai tuntutan bertindih.
Begitu kira-kira.
...
No comments:
Post a Comment