Friday, October 18, 2024

Ulama terajui negeri ke negara? DAP dominasi bandar.

1.  34 tahun ulama terajui Kelantan 

UMNO masih bernasib baik perpecahan dalaman akibat perebutan jawatan presiden pada 1987, parti itu masih lagi berupaya menguasai kerajaan pusat.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 21 Oktober 1990, Barisan Nasional (BN) menang di 127 daripada 180 kerusi di Dewan Rakyat.

Undi diraih BN sebanyak 70.6 peratus daripada jumlah kerusi. Namun, pencapaian […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. K21 Okt genap 23 tahun ulama terajui Kelantan 

K21 Okt genap 23 tahun ulama terajui Kelantan  Harakah Daily, Aslani M, 17 Okt 2013

KOTA BHARU: Pada 21 Oktober ini genap 23 tahun kerajaan PAS Kelantan di bawah kepemimpinan ulama setelah mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN pada 21 Oktober 1990.  

Sempena ulangtahun tersebut sambutan kelahiran kerajaan Membangun Bersama Islam akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada sambutan terbabit rakyat Kelantan berpeluang memberi pelbagai persembahan atau cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Persembahan rakyat itu tidak kira sama ada dalam bentuk buah tangan atau bacaan puisi yang dituju kepada Tok Guru sendiri,” katanya di sini.

Tok Guru dijangka berada di Dataran Stadium pada sebelah petang bagi meraikan ulangtahun kerajaan negeri bersama rakyat.

Program tersebut yang bertema "Jasa Dikenang, Amanah Disandang" bermula jam 3.30 pagi dimulai munajat dan qiamullail, kemudian diikuti solat Subuh dan kuliah.

Manakala acara perasmian bermula jam 9 pagi disempurnakan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menerima persembahan rakyat. Selepas itu Menteri Besar pula akan menerima nota ucapan rakyat yang akan disampaikan di majlis bersejarah itu.

Program berkenaan akan diiringi dengan persembahan silat, dikir barat, choral speaking dan pelajar dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Sebelum program sesi petang berakhir, orang ramai yang hadir akan mendengar ucapan wakil-wakil kaum, NGO menuntut royalti, orang kelainan upaya dan NGO-NGO lain.

Pada sebelah malam pula bermula jam 9 ceramah perdana akan membariskan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan wakil DAP Datuk Ngeh Koo Ham.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al- hamdulillah,  'Ulama terajui negeri ke negara?'. Sebenarnya itulah harapan umat Islam yang berfikiran mendunia.

'Mendunia', bukan seperti fikir katak bawah tempurung. Atau katak 'bawah gelas' dalam kontek sekarang, tapi fungsinys sama, tak boleh buat apa-apa. Oleh itu berfikir 'mendunia'lah, dari dapat perintah negeri menuju pembebasan memerintah negara pula. Insya Allah!

(i) PAS kini parti dominan Melayu Islam Malaysia        -Datuk Dr Ibrahim Ali. 

Di Temerloh, PAS ketika ini disifatkan sebagai parti dominan kepada umat Islam-Melayu di negara ini, demikian diperakui Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali. 

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu ditemui  Harakahdaily di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 yang dilangsungkan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini hari ini. (14/9/2024)

a. Muktamar PAS pada kali ini sangat penting dan signifikan kepada politik negara kerana kemenangan Pilihan Raya Umum ke-16 akan dimiliki oleh PAS. Masa depan politik negara yang akan diterajui PAS. Seluruh umat Islam wajib memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir negara.

b. PAS juga sudah mengambil alih majoriti orang Melayu yang dulunya kedua selepas Umno. Sekarang kita lihat pula cara PAS tadbir negara dan bagaimana konsep pemerintahannya nanti. Kita sudah melalui zaman UMNO selama 60 tahun lebih. Inilah masanya memberi peluang kepada PAS dan biar dia buktikan yang PAS boleh tadbir negara.

(ii) Langkah bahaya DAP untuk dominasi bandar? 

Azmer Syazwan dan Tan Kok Wai

Di KL, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk dan mengecam sebarang usaha yang dicadangkan oleh DAP untuk mewujudkan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Ketuanya, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata, rakyat Malaysia perlu bangkit melawan hasrat DAP yang begitu berbahaya untuk keamanan negara Malaysia.

a. Parti DAP sekali lagi mengumumkan hasrat dan cita-cita mereka untuk mewujudkan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan melalui cadangan meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 di dalam Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 pada 13 Oktober lalu. Hasrat DAP itu bukanlah suatu perkara baharu dan sememangnya perkara itu telah acap kali diulang oleh para pemimpin mereka di banyak peringkat. 

b. DAP juga sedar mengenai cadangan tersebut yang sangat sensitif untuk disebutkan kerana cadangan mewujudkan pilihan raya PBT turut membawa ‘history baggage’ yang mesti ditanggung oleh mereka. Sebagai sorotan, pemansuhan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan antaranya kerana berlaku ketidak seimbangan penguasaan kaum di dalam PBT.

c. Perkara itu mendorong untuk berlakunya diskriminasi antara kaum, pengagihan kekayaan ekonomi yang tidak stabil dan membuka ruang kepada aktiviti jenayah seperti rasuah untuk berlaku. Akibat ketidakseimbangan penguasaan kaum di dalam PBT, insiden hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 telah berlaku. Lebih mengejutkan lagi, peristiwa berdarah seperti itu berlaku di dalam bandar-bandar yang dikuasai oleh orang Cina. Lebih hairan lagi terang beliau, perkara itu tidak merebak di bandar-bandar yang dikuasai oleh orang Melayu seperti di Pantai Timur.

d. Kesimpulannya, kewujudan DAP sebenarnya membawa suatu gagasan yang merbahaya kepada keamanan negara Malaysia. DAP dilihat begitu rakus dalam memastikan penguasaan mereka di kawasan bandar-bandar yang kaya dengan hasil ekonomi untuk terus dipegang oleh mereka. Perkara ini dilihat begitu selari dan berkait dengan kedudukan Nga Kor Ming sebagai Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang kini sedang berusaha untuk membawa suatu Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar di Kuala Lumpur. 

e. Melalui RUU tersebut, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) telah mengenal pasti 1,300 ekar kawasan di dalam Kuala Lumpur yang akan diambil alih dengan tujuan pembaharuan bandar yang kebanyakannya adalah kediaman orang Melayu.  Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai, dalam ucapan aluannya sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024, menyatakan bahawa parti itu bersama rakan dalam Pakatan Harapan (PH) sedang mencadangkan reformasi. Reformasi tersebut melibatkan pelaksanaan sistem pelantikan Ahli Majlis untuk Kuala Lumpur seperti yang diamalkan oleh PBT.

Langkah itu mampu memperkasakan demokrasi tempatan dan membawa sistem pentadbiran Kuala Lumpur ke arah pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Sekian. 

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails