Monday, November 04, 2024

Banjir rakyat asing di M'sia. Apa teruk sangat k'jaan ni.

 

Kehadiran warga asing boleh mengancam negara pada masa depan.

1. Azab rakyat Palestin dan kebanjiran rakyat asing di Malaysia.

SETIAP hari, dunia disogok dengan peristiwa pembunuhan ke atas manusia secara kejam. Di Gaza, angka kematian rakyat Palestin tanpa mengenal usia dan jantina, terus meningkat tanpa belas kasihan.

Sejak sengketa terbaru meletus dengan Israel tahun lalu, nyawa umat Islam di bumi Palestin, ibarat telur di hujung tanduk, akibat dibedil bertalu-talu […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. Banjir rakyat asing, apa k'jaan buat? 




Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023 13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

154) BANJIR WARGA ASING Tahun: 2023 Sesi: 1  Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Sub Soalan Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang berniaga di dalam Negeri Selangor?

SPBT

Tuan Speaker,

Tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 2007 untuk tidak membenarkan warga asing memohon lesen perniagaan daripada PBT. Walau bagaimanapun, PBT telah mensyaratkan bagi pemegang lesen yang mengambil pekerja warga asing, hendaklah mengemukakan permit pekerjaan yang sah.

Bagi menangani masalah pekerja warga asing yang melibatkan perniagaan dan perusahaan, PBT akan melaksanakan tindakan secara bersepadu dan komprehensif bersama agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen. Sebagai contoh bagi kes-kes yang melibatkan perniagaan kedai runcit, tindakan secara bersepadu dengan Jabatan Imigresen dilaksanakan bagi menentukan status permit pekerjaan dan visa perjalanan ke atas pekerja warga asing agar masalah ini dapat diatasi secara kolektif dengan bidang kuasa agensi berkaitan.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan suatu dasar melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 berhubung Aktiviti Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Selangor yang tidak membenarkan langsung penglibatan warga asing sebagai peniaga, pekerja atau sebagai pengganti sebagai salah satu usaha dalam membendung masalah kebanjiran warga asing di negeri ini.

JABATAN IMIGRESEN

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan jabatan yang bertanggungjawab bagi memastikan warganegara dan orang asing yang masuk dan tinggal di negara ini mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Pasport 1966, Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkuatkuasa.

Bagi memastikan kebanjiran warga asing sama ada untuk bekerja/ berniaga atau berada di negara ini secara sah dan syarat-syarat serta prosedur sentiasa dipatuhi, jabatan ini telah mengambil beberapa langkah dan tindakan pelaksanaan seperti berikut:

1. Aktiviti operasi pemeriksaan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor dan aktiviti operasi   pemeriksaan penguatkuasaan secara bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Pihak Bekuasa Kerajaan Tempatan (PBT)

Mempertingkatkan lagi aktiviti perlaksanaan Operasi Pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor terhadap aduan-aduan yang diterima yang melibatkan warga asing yang berniaga di Negeri Selangor yang dipercayai secara munasabah disyaki melanggari peruntukan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan lain-lain perundangan imigresen yang berkaitan yang berkuatkuasa.

Mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama erat antara agensi kerajaan di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri khususnya yang membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor untuk turut serta berganding bahu melaksanakan aktiviti pemeriksaan warga asing yang berniaga di Negeri Selangor secara BERSEPADU untuk diambil tindakan mengikut perundangan dan kuasa agensi mahupun jabatan masing-masing yang sedang berkuatkuasa.

Sepanjang tahun 2022 Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah menjalankan operasi sebanyak 309 operasi yang melibatkan 2088 tangkapan.

2. Program Rekalibrasi Tenaga kerja (RTK) 2.0 – Tempoh pelaksanaan mulai 27 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga kerja (RTK) 2.0 dengan tempoh pelaksanaan mulai 27 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 kepada majikan-majikan yang berkelayakan dengan melibatkan lapan (8) sektor dibenarkan dan sub-sektor iaitu perkilangan, pembinaan, perlombongan & kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian, perladangan dan pembantu rumah asing. Program RTK in melibatkan lima belas (15) buah negara sumber untuk lain-lain sektor manakala bagi sektor pembantu rumah asing (PRA) melibatkan sembilan (9) buah Negara sumber.

Untuk itu, Jabatan Imigresen Malaysia sebagai salah satu agensi yang dipertangungjawabkan bagi perkara ini menyeru dan menggalakkan mana-mana majikan yang berkelayakan untuk mendaftar dan menyertai program RTK 2.0 dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dengan langkah kerajaan dan penguatkuasaan yang berterusan ini oleh Jabatan Imigresen dan agensi-agensi yang berwajib akan dapat mengurangkan lambakan pekerja asing di samping memelihara keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Selangor.

Sekian.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa teruk sangat k'jaan ni.

(i).‘Hampir 1juta yang datang tak keluar, di mana mereka?

Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim

a. Laporan Audit 2018 mendapati pengurusan warga asing lemah, dengan lebih 100,000 pelancong yang masuk tetapi tidak keluar dari Malaysia setiap tahun. Takkan hangpa sokong? Ini ialah masalah keselamatan rakyat Malaysia. 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023, 2024, berapa ratus ribu. Sokong lagi? 

Dr Shahidan (PN-Arau) memuji Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki atas kejayaan menangkap pegawai imigresen yang terlibat dalam ‘kaunter setting’ yang memud i Azam Baki atas kejayaan menangkap pegawai imigresen yang terlibat dalam ‘kaunter setting’ yang memudahkan kemasukan warga asing ke negara ini.

Bagaimana di pintu masuk yang lain? Di Perlis, di Kedah, di Kelantan. Di Perak? Ini kita kena bagi perhatian supaya perkara ini tidak berlaku. Dalam masa yang sama, kad pengenalan (IC) palsu dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) didapati berleluasa dan boleh dibeli dengan harga RM50 di Chow Kit tanpa sebarang tindakan lanjut.

b. Dr Shahidaan mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baru mulai tahun depan bagi memudahkan pengesanan pemilik IC palsu dan kad UNHCR yang diselewengkan. Terdapat kebimbangan bahawa pelancong yang tidak keluar mungkin juga membeli kad tersebut. Perlu ditanya kepada kerajaan mengenai tindakan yang telah diambil untuk memastikan pengurusan warga asing dilaksanakan dengan baik.

Menteri Dalam Negeri mesti memberi jawapan. Dr Shahidan mencadangkan kalau ini serius, kertas putih ataupun RCI (perlu dibuat) untuk menyiasat pengeluaran kad tipu ini dan juga tentang pengurusan orang asing.


(ii). Mengapa Iran menjadi sasaran Zionis Israel? 

Keadaan Tel Aviv ketika diserang peluru berpandu Iran pada 1 Oktober lalu.

a. Lawak sungguh bila rejim haram jadah Israel beri bayangan serangan balasnya ke atas Iran adalah maha dahsyat bagi mengembalikan ‘kehebatannya’ ke atas kawan dan lawan. Lawaknya kenapa? Kerana  sebahagian rakyat Zionis Israel sendiri menyifatkan amat memalukan, rupanya mereka gagal sama sekali untuk melumpuhkan Iran.

Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhannya, Israel dilihat amat lemah dan ketakutan dalam melakukan serangan balas terhadap musuh-musuhnya. Tidak sebagaimana sebelum ini dengan bantuan AS dan sekutu Barat, negara-negara yang menjadi ancaman terhadap rejim Zionis Israel dihapuskan, sama ada dibunuh pemimpinnya atau diwujudkan konflik agar berlaku kekacauan berterusan sehingga tidak bermaya untuk bangkit kembali.

b. Pada tahun 2020, pengaruh dan kekuatan Israel berada di kemuncaknya setelah termeterainya Abraham Accord, iaitu perjanjian dua hala dan normalisasi hubungan antara Israel dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Hanya tiga buah negara yang tidak termasuk dalam “ruang lingkup” cengkaman Zionis Israel, iaitu Arab Saudi, Yaman dan Iran. Yaman dikucar kacirkan sehingga berlaku perang saudara serta perpecahan. Satu kelompok diperintah oleh Ansarullah, manakala satu kelompok lagi menjadi proksi kepada kumpulan negara Arab yang mendokong normalisasi.

c. Arab Saudi pula dilihat sebagai “punca kuasa” bagi memecahkan keengganan negara-negara Dunia Islam untuk menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel kerana ia adalah “penjaga” kepada dua tempat yang paling suci buat umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Justeru, pelbagai desakan serta rayuan dan tawaran telah diberikan oleh AS kepada Arab Saudi untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel hingga tercetusnya “khabar angin” yang kuat bahawa normalisasi antara keduanya akan termeterai sebelum berlakunya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.

Namun yang menjadi masalah utama kepada Israel dan Barat adalah Iran. Iran dilihat sebagai penghalang utama untuk melengkapkan hegemoninya di Timur Tengah. Iran bukan sahaja tidak tunduk, malah meletakkan agenda utama negara membebaskan Baitulmaqdis serta menggagalkan usaha Barat menguasai Timur Tengah. Sejak tamatnya perang Iran-Iraq pada tahun 1988, Iran telah mengisytihar bahawa AS adalah musuh utamanya yang menjadi penyebab ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah sehingga berlaku pelbagai konflik yang meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa. 

d. Sejak penubuhan Republik Islam Iran pada tahun 1979, Iran berusaha meyakinkan negara-negara Timur Tengah bahawa mereka boleh membina kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada Barat. Kecekalan, kesungguhan dan kesabaran Iran dan warganya tidak boleh dinafikan kerana walaupun ditekan, disekat dan dihalang, Iran berjaya membina kekuatan dari sudut geopolitik, ekonomi dan ketenteraan. Iran bukan sahaja berjaya melepasi halangan untuk membangunkan kembali ekonominya,  malah turut berjaya membangunkan teknologi ketenteraan hingga setara dengan teknologi yang dikuasai oleh Barat ketika ini. 

Buktinya, lihat sahaja serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas Israel sebagai balasan terhadap pembunuhan As-syahid Ismail Haniyeh di Tehran. Iron Dome, David Sling dan Arrow propaganda Barat  sebagai sistem pertahanan udara terbaik di dunia langsung tidak mampu menangkis serangan peluru berpandu balistik Iran yang mengenai sasaran strategik di sekitar Tel Aviv dan tempat-tempat lain di Israel.

e. Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam kenyataannya menegaskan agar tidak memandang serangan rejim Zionis Israel ke atas negaranya dalam bentuk skala besar atau kecil, akan tetapi keutamaannya ialah penyatuan Dunia Islam bagi menentang kezaliman rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin dan Lubnan. Beliau juga menyatakan bahawa Iran akan bertindak balas terhadap serangan tersebut walaupun mendapat amaran dari AS agar tidak melakukannya.

Melihat perkembangan semasa, secara tiba-tiba rundingan gencatan senjata di Semenanjung Gaza diaktifkan semula oleh Barat, di mana ia mengejutkan banyak pihak kerana kegagalan sebelum ini yang menghentikan rundingan tersebut adalah berpunca daripada Benjamin Netanyahu dan haram jadah Israel. Adakah ia berlaku untuk melembutkan Iran agar tidak menyerang balas Israel? Adakah semua ini berlaku kerana Barat khususnya AS sedar bahawa jika sekali lagi Iran menyerang Israel bermakna akan bermulalah pengakhiran dan legasi rejim Zionis Israel di Timur Tengah?

Adakah semua ini berlaku kerana AS sedar bahawa ia sendiri tidak mampu menghalang dan membantu rejim zionis Israel jika diserang Iran? Sama-sama kita doakan agar Allah SWT memelihara orang-orang yang memperjuangkan kebenaran dan membebaskan Palestin dan warganya daripada cengkaman penjajahan regim zionis Israel. Semoga yang khianat, munafik dan bersekongkol dengan orang-orang zalim dan melakukan jenayah perang diberikan balasan yang setimpal dan maha berat oleh Allah SWT.

Dan lagi, sila lihat....

Perubahan geopolitik negara Islam dan Israel 

Menteri Luar Iran, Dr Abbas Araghchi (dua dari kanan) diiringi rakan sejawat, Putera Faisal ketika berkunjung ke Arab Saudi.

a. Sebelum berlaku serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023, kebanyakan negara Arab dan Islam berada pada fasa normalisasi dengan negara haram itu.

Antaranya ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tanpa segan silu menghebahkan kepada dunia tentang hubungan dagang antara kedua-dua negara tersebut melalui media sosial dan laman rasmi yang boleh diakses oleh sesiapa pun.

b. Malah, Dewan Perdagangan UAE-Israel memiliki ibu pejabat di Tel Aviv setelah kedua-dua negara memeterai Perjanjian Abraham pada tahun 2020. Namun, semuanya berubah selepas operasi ketenteraan Taufan al-Aqsa di mana kali terakhir mereka mengemas kini maklumat perdagangan hanya pada 8 Oktober 2023.

Setelah berlakunya serangan balas yang dilancarkan Israel, negara-negara yang mempunyai hubungan dan normalisasi dengan Israel seperti UAE, Mesir dan Jordan telah mengubah pendirian mereka dengan mengkritik serangan demi serangan yang memakan korban penduduk awam di Gaza dan terkini di Lubnan.

c. Menteri Luar Negara Jordan, Ayman Safadi telah bertemu dengan diplomat Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken lalu menuntut untuk sesuatu tindakan diambil berhubung penghapusan etnik yang terjadi di utara Gaza.

Sementara itu, Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty telah berucap pada pertengahan Oktober yang lalu di Perhimpunan Dewan Keamanan PBB, bahawa Israel adalah penyebab kepada bencana kemanusiaan besar-besaran yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza.

d. Perubahan geopolitik di Asia Barat sedang berlaku dengan pantas, sebelum serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, Arab Saudi kelihatan terbuka untuk menjalin hubungan lebih erat dengan Israel. Namun, setelah setahun berlalunya konflik di Gaza, Riyadh semakin mesra dengan musuh tradisinya, Iran.

Berlakunya perubahan dasar luar Arab Saudi yang sebelum ini dilihat bersedia mengiktiraf Israel dalam pemulihan hubungan (normalisasi) yang boleh mengubah landskap politik di Asia Barat. Sebelum ini, hubungan Arab Saudi dan Israel kelihatan semakin dekat dengan perjanjian damai yang akan memberikan manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Arab Saudi yang sebelum ini dilihat longgar dalam soal penubuhan negara Palestin, kini bergantung kepada penerimaan Israel terhadap negara Palestin yang berdaulat sebagai syarat utama dalam mana-mana perbincangan dengan negara itu.

e. Sikap itu amat berbeza dengan pendekatan sebelum ini apabila pemulihan hubungan dengan Israel dilihat sebagai satu cara untuk mengukuhkan kedudukan Riyadh di peringkat antarabangsa tanpa memberi keutamaan besar kepada isu Palestin berhubung dengan kekejaman yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah korban Palestin di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,847 orang. Dalam tempoh 24 jam terakhir, serangan tentera Israel telah meragut 55 nyawa dan mencederakan 132 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera seramai 100,544 orang.

Kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel telah membina pandangan awam yang tidak mungkin dapat diperbaiki, justeru untuk para pemimpin politik di negara-negara Arab untuk kembali kembali “normalisasi” adalah hampir mustahil.

Itulah realitinya masakini.

....

No comments:

Post a Comment