Saturday, November 09, 2024

Lanjutan politik samseng, Netanyahu hantar pesawat ke Belanda.


POLIS Belanda berkawal selepas beberapa pergaduhan tercetus di pusat bandar Amsterdam selepas perlawanan bola sepak semalam. – AFP 

1. Kerana penyokong bola sepak Israel, Netanyahu hantar pesawat..

THE HAGUE – Pemimpin Israel dan Belanda hari ini mengutuk pertempuran ‘anti semitik’ yang tercetus selepas perlawanan Liga Europa di Amsterdam dengan Tel Aviv menghantar pesawat untuk menyelamatkan rakyatnya.

Keganasan tercetus selepas perlawanan antara kelab Maccabi Tel-Aviv menentang pasukan tuan rumah, Ajax yang menang 5-0.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof mengutuk ‘serangan anti-Semitik yang tidak boleh diterima ke atas rakyat Israel’.

“Saya mengikuti liputan keganasan ini dari Amsterdam,” kata Scoof di laman X sambil menambah, beliau telah bercakap kepada rakan sejawatnya, Benjamin Netanyahu untuk menyakinkan Perdana Menteri Israel bahawa ‘pesalah akan diburu dan dihukum’.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap selepas Netanyahu menghantar beberapa pesawat penyelamat untuk membawa penyokong Israel pulang.

Media Belanda, AT5 melaporkan bahawa pertempuran berlaku sekitar tengah malam. Laman-laman sosial dibanjiri gambar keganasan yang tidak disahkan, namun, tidak banyak maklumat sahih tentang kejadian itu. 

Menurut AT5, banyak pergaduhan selain perbuatan vandalisme berlaku di pusat bandar Amsterdam. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Israel di Amerika Syarikat menyatakan, beratus-ratus penyokong Maccabi telah diserang hendap di Amsterdam ketika mereka meninggalkan stadium bola sepak.

Seorang jurucakap polis Belanda memberitahu agensi berita ANP bahawa seramai 57 orang telah ditangkap. – AFP (Suntingan IH)


2. Konon ‘insiden amat ganas’, Israel pun mengganas.

FOTO: REUTERS

AMSTERDAM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan dua pesawat penyelamat dikerah ke Belanda, hari ini, susulan insiden keganasan di Amsterdam yang menyasarkan peminat bola sepak Israel, malam tadi.

Rakaman video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan pertempuran di jalanan dengan polis antirusuhan turut campur tangan untuk meredakan ketegangan.

Menurut pejabat Netanyahu, arahan menghantar pesawat itu dibuat selepas berlaku ‘insiden amat ganas’ yang menyasarkan warga Israel susulan perlawanan antara Ajax Amsterdam yang secara tradisinya dikenali sebagai kelab Yahudi, dengan Maccabi Tel Aviv.

Dalam satu rakaman video oleh saksi yang disahkan Reuters, sekumpulan lelaki dilihat berlari berhampiran stesen pusat Amsterdam dengan mengejar dan menyerang individu lain, sementara kedengaran gema siren polis.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof, berkata beliau terkejut dengan serangan anti-Semitik ke atas warga Israel itu yang dianggap sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau dalam satu kenyataan melalui X berkata, pihaknya telah memberi jaminan kepada Netanyahu yang dihubungi menerusi telefon, bahawa pelaku terbabit akan dikenal pasti dan didakwa. Polis tempatan memaklumkan setakat ini, 

57 suspek ditahan selepas perlawanan itu ketika penunjuk perasaan pro-Palestin dikatakan cuba menuju ke Stadium Johan Cruyff walaupun demonstrasi dilarang diadakan di bandar itu.

Menurut polis, peminat bola sepak meninggalkan stadium itu tanpa berlaku sebarang insiden tetapi pertempuran meletus semalaman di pusat bandar. – REUTERS (Suntingan IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, walaupun apa yang terjadi di seluruh penjuru dunia, namun PAS sebagai parti Islam se Malaysia  tetap terus berusaha membangun bersama Islam hatta secara mendunia sekalipun, kalau keadaan memaksa.

Contohnya ini..

Di Muscat, Oman. Kerajaan Terengganu menerusi anak syarikatnya, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) memeterai perjanjian usaha sama pengendalian industri huluan minyak dan gas dengan syarikat Oman. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerjasama turut melibatkan sektor penjagaan kesihatan, perkilangan serta pelancongan.

Katanya, perjanjian bersama MB Holding LLC Group melalui anak syarikatnya, Petrogas Sisma dan Petrogas E&P Oman akan membuka ruang lebih luas dalam ekplorasi tenaga, minyak dan gas serta sektor lain. 

a. Kerjasama strategik ini dijangka mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan baru dalam usaha kerajaan negeri memperbaiki taraf hidup rakyat Terengganu di masa hadapan. Kedua-dua pihak secara efisien akan melaksanakan pembangunan komersil termasuk sektor minyak dan gas, penjanaan tenaga dan lain-lain industri hulu yang melibatkan di kawasan pengoperasian bagi pembangunan di kawasan terbabit. 

b. Ahmad Samsuri yang juga pengerusi syarikat induk pelaburan milik kerajaan negeri berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian di Muscat, Oman. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Ir. Khairil Nizam Khirudin, Pengurus Besar Invest Terengganu, Mohd Adzhar Mohd Zahari, Pengurusan Tertinggi Terengganu Inc, EPIC Berhad dan Petrogas Sisma. 

c. Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) diketuai Samsuri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun. Manakala MB Holding LLC diwakili Pengerusinya, Dr. Mohamed Al Barwani. Terengganu Inc dan Petrogas Sisma diwakili oleh CEO, Dr. Jamal Yusof. Dalam pada itu, menurut Terengganu Inc, kerjasama tersebut menandakan komitmen pihaknya dalam meneroka potensi sektor huluan minyak dan gas dan juga beberapa bidang lain.

d. Dua perjanjian persefahaman telah termeterai pada hari ini iaitu, perjanjian pertama yang ditandatangani, adalah antara Terengganu Inc dan anak syarikat milik MB Holding LLC Group, Petrogas E&P Oman melalui Petrogas Sisma Energy yang beroperasi di Malaysia bagi meneroka potensi kerjasama di sektor huluan minyak and gas di negeri Terengganu.

e. Petrogas E&P mempunyai kekuatan dalam mengendalikan sektor huluan minyak dan gas termasuk ‘Late Life Assets’ di Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari. Dengan kekukuhan perniagaan dan pengalaman yang dimiliki oleh Petrogas, ekplorasi perniagaan ini dijangka membuka ruang lebih besar untuk hubungan perniagaan jangka panjang di Terengganu secara khususnya dan di Malaysia secara amnya.

Insya Allah, kita hanya merancang tapi Allah Maha Perancang. Jom kita sama-sama sokong PAS hingga mendunia.

Dan menAkhirat. Wallahu 'aklam.

...

No comments:

Post a Comment