Thursday, November 21, 2024

Masih ingin ‘jaga hati’ kerajaan. Rakyat dah tau janji Anwar.

 

Muhammad Faisal (tiga dari kanan) bersama Maria (dua dari kanan) dan Thomas (dua dari kiri) ketika merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) oleh Bersih di sini, pada Selasa. Foto ihsan Adom Teh/Bersih


1. Sepatutnya gred F – Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya gred F, namun mungkin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih ingin ‘menjaga hati’ kerajaan yang mentadbir jadi mereka beri markah simpati.

“Gred D itu terlalu tinggi untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berhubung markah gred D yang diberikan BERSIH kepada pentadbiran kerajaan Madani.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, membuat perbandingan kepada pelajar universiti dengan menyatakan bahawa kerajaan yang ada tidak melaksanakan tugasan kerja kursus dan didapati meniru dalam peperiksaan.

Semalam, BERSIH memberikan markah D iaitu 45.8 peratus kepada kerajaan campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan itu menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Menurutnya, BERSIH ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi semua agenda reformasi.

“Dalam 70 peratus skala pemarkahan akauntabiliti manifesto merangkumi Reformasi Pilihan Raya, status dua daripada tujuh masih dalam progres, manakala selebihnya tidak dilaksanakan.

“Bahagian Reformasi Institusi, lima dari 18 berjaya dilaksanakan, tujuh dalam proses dan lain-lain tidak dipenuhi. Hak Kebebasan Sivil pula tiga sudah dibuat, dua dalam proses serta tiga tidak terlaksana.

“Berkenaan penanda aras perbandingan dengan beberapa perdana menteri sebelumnya pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencapai skor 18 dari 30 peratus,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/11/202


2. Tapi, Bersih beri markah D kepada Kerajaan Perpaduan (gambar atas sekali)

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Menurut beliau, pihaknya ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi.

“Dalam 70 peratus skala pemarkahan akauntabiliti manifesto merangkumi reformasi pilihan raya, status dua daripada tujuh komponen dalam progres, manakala selebihnya tidak dilaksanakan.

“Bahagian reformasi institusi, lima dari 18 berjaya dilaksanakan, tujuh dalam proses dan lain-lain tidak dipenuhi. Kebebasan awam pula tiga sudah dibuat, dua dalam proses serta tiga tidak terlaksana.

“Berkenaan penanda aras perbandingan dengan beberapa perdana menteri sebelumnya pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya capai skor 18 dari 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika forum ‘Adakah Kita Mencapai Perubahan’ sekali gus merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) di sini, pada Selasa.

Hadir sama, bekas Pengerusi Bersih 2013-2018, Maria Chin; mantan Pemangku Pengerusi Bersih 2018, Shahrul Aman dan bekas Pengerusi Bersih sesi 2018-2023, Thomas Fann. (Sumber | Sinar Harian)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baguslah, masih nak jaga hati kerajaan? Semoga kerajaan sedarlah sikit.

Kononnya, 

Genap 2 tahun pimpin Kerajaan Madani, Anwar fokus teruskan agenda negara 

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang genap dua tahun menerajui kerajaan pada 24 November ini meneruskan agenda negara dengan mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, lawatan itu penting bagi memastikan kerjasama strategik antara kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan.

"Pada 24 November Perdana Menteri akan ke Korea Selatan bagi lawatan rasmi untuk tujuan perdagangan dua hala serta mengadakan beberapa pertukaran memorandum persefahaman (MoU)," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Fahmi berkata selain memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan, Perdana Menteri akan turut menyaksikan pemeteraian beberapa MoU melibatkan kementerian serta agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sementara itu, beliau berkata sempena dua tahun pemerintahan kerajaan Madani, Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini.

Mengulas mengenai lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke Peru dan Brazil baru-baru ini, beliau menyifatkannya sebagai lawatan yang sangat signifikan.

"Di Peru, Perdana Menteri turut menerima penghormatan tertinggi daripada kerajaan Peru iaitu 'Order of the Sun of Peru' atau 'El Sol del Peru'.

"Lawatan ini juga membuka peluang besar untuk perdagangan produk halal di Amerika Selatan," katanya.

Fahmi berkata pengumuman kerjasama Malaysia dengan Brazil untuk menangani isu keterjaminan makanan juga dijangka membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk terbabit dalam sektor strategik itu.

"Namun, kita akan menunggu maklumat lanjut selepas laporan lawatan ini dibentangkan kepada Kabinet pada Jumaat ini," katanya.

Sekian, harap maklum. Kerana rakyat pun ramai sudah tahu dan kenal bagaimna sebenarnya janji Anwar.

Insya Allah akan bersambung lagi.

.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails