Tuesday, November 05, 2024

Perang Ekonomi AS-China. M'sia/PAS sertai BRICS?

 

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berkumpul ketika latihan diadakan di kawasan pergunungan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021. - AFP

1. Sejauh mana Malaysia sedia sertai BRICS? 

BRICS adalah satu kerjasama ekonomi antara beberapa negara yang dibentuk melalui akronim Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Istilah ini pada awalnya dikenali sebagai BRIC (tanpa Afrika Selatan) yang diperkenalkan oleh Menteri Ekonomi Brazil, Goldman Sachs Jim O’Neill pada tahun 2001, dengan sasaran menjelang 2050 empat negara BRIC ini akan menguasai ekonomi global sebelum penyertaan Afrika Selatan pada 2010. 

Keanggotaan BRICS kini bertambah dengan penyertaan enam lagi negara iaitu Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Kesemua negara-negara ini telah dijemput untuk menjadi ahli BRICS pada awal Januari 2024 oleh Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, selaku tuan rumah dalam sidang kemuncak tiga hari mereka di Johannesburg.

Walau bagaimanapun, Presiden baharu Argentina, Javier Milei, telah menarik diri daripada BRICS disebabkan pendirian beliau yang lebih rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, mencerminkan peralihan ke arah populisme sayap kanan dalam dasar luarnya.

Merujuk kepada kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali, namun sifat negara kita ini sangat terbuka dalam hal berkaitan ekonomi dan perdagangan terutama pergantungannya terhadap ekonomi AS sebagai negara pengimport terbesar negara, jadi apakah kesan besar pada dasar ekonomi negara jika Malaysia menyertai BRICS?

(Ikuti selanjutnya 'Sejauh mana Malaysia sedia sertai BRICS?' –HARAKAHDAILY 24/6/2024)


2. Kesan perang AS-China lebih buruk dari Covic 19. 25 April 2023 –Agensi. (Suntingan IH)

WASHINGTON – Seorang pakar pertahanan memberi amaran bahawa perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya berlaku, boleh mengakibatkan kesan jauh lebih buruk berbanding semasa pandemik Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Penganalisis dasar luar negara, Dr. Alan Mendoza mengecam Barat kerana tidak melakukan usaha mencukupi untuk bersedia menghadapi kemungkinan bagi satu lagi ‘wabak’ atau konflik global.

Menurut Mendoza, risiko perang AS-China ke atas Taiwan boleh mengakibatkan kejutan ekonomi ‘seismik’ yang berisiko mengganggu rantaian bekalan penting sehingga mencetuskan inflasi besar-besaran serta menyebabkan kekurangan bekalan.

Pakar-pakar sebelum ini memberi amaran bahawa Taiwan berada pada ‘titik pertembungan’ di tengah-tengah hubungan AS-China yang semakin merosot.

Taiwan adalah kuasa besar global dalam pengeluaran semikonduktor di mana bahan itu digunakan dalam hampir setiap bahagian kehidupan moden termasuk pembuatan telefon pintar dan kereta.

Menurut Mendoza, perang tersebut boleh mengakibatkan gangguan  ketara dalam rantaian bekalan dan menjejaskan penghasilan komponen penting secara signifikan.

“Realitinya adalah segala-galanya sangat rapuh pada rantaian bekalan. Walaupun sedikit kelewatan, ia akan mengakibatkan tindak balas seismik di seluruh dunia.–Agensi 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kita sepatutnya bersetuju sangat dengan pandangan Dr Sam yang menyarankan supaya:

(i). Sertai Brics luaskan peluang ekonomi buat Malaysia –Dr Sami.

a. Di KL, langkah Malaysia menyertai BRICS yang kini diketuai oleh Rusia dijangka dapat memperluaskan peluang ekonomi dan memainkan peranan lebih aktif di arena antarabangsa. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, menyatakan sokongan penuh terhadap kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik dalam blok ekonomi BRICS. Usaha pembangunan negara tidak boleh hanya bergantung pada inisiatif domestik semata-mata, jika kita terus bersikap pasif di peringkat antarabangsa, kemajuan negara mungkin terencat.  Justeru, dengan keterlibatan Malaysia dalam BRICS, kita bukan sahaja mempunyai akses kepada pelbagai peluang ekonomi, malah dapat berperanan dalam membentuk naratif geopolitik global.

b. Menteri Besar Terengganu itu turut menekankan bahawa kerjasama dalam BRICS membuka pintu yang luas bagi Malaysia, terutama dalam aspek perdagangan, pelaburan dan perkongsian sumber.  Sebagai sebuah negara kecil, peluang untuk bekerjasama dalam rangkaian yang luas ini memberi kita ruang untuk menentukan hala tuju sendiri dalam landskap ekonomi global yang kini sangat dinamik. Ini adalah langkah untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi kita sambil membina hubungan lebih erat dengan negara-negara rakan di BRICS.  

c. BRICS, sebuah blok ekonomi yang dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai sektor ekonomi global, dengan kemasukan Malaysia sebagai rakan strategik, peluang ekonomi yang lebih luas dijangka bakal dinikmati, khususnya melalui perdagangan dan pelaburan. BRICS juga menawarkan akses kepada sumber yang lebih murah dan perjanjian perdagangan yang lebih fleksibel, sesuatu yang amat bernilai bagi negara sedang membangun seperti Malaysia. Ahmad Samsuri menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab Malaysia untuk mengoptimalkan peluang ini demi kepentingan rakyat. Yang penting adalah, kita mesti memenuhi keinginan dan aspirasi kita sebagai sebuah negara berdaulat, sambil memanfaatkan peluang ini dengan bijak. 

(ii) Walau apa pun saranan, cadangan dan M'sia sedang pertimbang sertai BRICS, sebuah kesatuan berpotensi besar mengurangkan kebergantungan dunia kepada AS. BRICS yang awalnya terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, kini disertai oleh Iran, Mesir, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Ethiopia. Kesatuan ekonomi ini dijangka menyumbang 50 peratus kepada Keluaran […] (Sila rujuk HarakahDaily). 

Sekian. Wassalam.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails