1(a). PAS siap sedia tadbir Pahang PRU16 – Tuan Ibrahim
JERANTUT: PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada PRU16 nanti, demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
ADUN Cheka tersebut memberitahu, kerana itulah PAS Pusat membuat keputusan untuk mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di negeri ini […] (Sila rujuk Harakah Daily)
(b). PRU16: PN Pahang sasar SG5, terajui negeri.
TEMERLOH: Perikatan Nasional (PN) Pahang yakin rakyat negeri ini akan memberi kemenangan kepada parti tersebut menerajui negeri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ini sekali gus akan menjadikan negeri Pahang sebagai negeri kelima menjadi ‘state goverment 5’ (SG5) bersama negeri-negeri di bawah kepimpinan PN selepas Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Keyakinan […] (Sila rujuk HarakahDaily)
(c) Kerana ini kena tolak PH..
Apa di sebalik 30% saham MAHB kepada BlackRock?
Wan Ahmad Fayhsal berucap ketika Ceramah Perdana 1 Tahun Taufan Al-Aqsa di KUIZM malam tadi (Foto: HARAKAHDAILY/ZHARIF ZULKIFLEE)
KUALA LUMPUR: Penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan semata-mata isu ekonomi, tetapi juga isu strategik jangka panjang melibatkan percaturan geopolitik termasuk peperangan yang boleh meletus di rantau ini.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengingatkan bahawa kedudukan Malaysia menyebabkan kuasa-kuasa besar yang bertembung memerlukan kawalan […] (Sila rujuk HarakahDaily)
2. PAS Pahang bermula di sini! Muktamar PAS di Kerdau yang bersejarah
PAS Pahang bermula di Kerdau pada tahun 1954 di mana ranting pertama PAS Pahang ditubuhkan ialah di Kuala Kerdau. Aroma perjuangan Islam seperti angin semilir Sungai Pahang yang menyimpan sejuta rasa duka dan luka bumi pahlawan Melayu ini.
Minggu ini berdesakan amilin dan penyokong PAS memadati Kompleks Al Makmur Kerdau dalam euforia ceria dengan membuncah semangat untuk menggerakkan gelombang kemenangan PRU16.
Pahang bumi nan indah nian, lahan tanahnya subur sehingga didatangi rakyat luar Pahang untuk membuka tanah mencurah keringat. Mercu tandanya, sungai terpanjang dan banjaran terbesar ada di negara ini. Penjajah Barat mengintai jelira bumi Pahang yang berdaulat kerana kekayaan hasil buminya, terutama emas dan besi.
Negeri pahlawan terbilang tanah leluhur menentang penjajah Pax Britannica, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Imam Peramu dan ramai lagi anak Melayu pemberani. Negeri yang paling luas di Semenanjung emas ini juga sarat dengan rangkaian FELDA serta tempat buangan penjawat awam dalam dekad 80-an dan 90-an.
Jarang-jarang Pahang berpeluang menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat kecuali pada tahun 2019 kerana negeri ini bukanlah lubuk PAS, juga faktor kemudahan pengangkutan, akses dan pelbagai pertimbangan yang lain. Negeri Pahang juga merupakan kubu UMNO BN yang berpengkalan di FELDA sebelum 2022, juga sering menjadi tempat buangan aktivis PAS dalam dekad 80-an.
Di antara sesepuh perjuangan PAS yang pernah dibuang ke sini ialah Cikgu Abdul Wahab Abdul Rahman, Almarhum Ustaz Ismail Dagang dan beberapa orang yang lain. Lipis, Jerantut, Rompin dan Raub merupakan di antara daerah buangan popular bagi penjawat awam yang menentang kerajaan, terutamanya kaum pendidik.
Kawasan pedalaman ini akhirnya mula subur meranum dengan pengaruh PAS, terutama dengan bercambahnya pusat pendidikan Islam yang digerakkan oleh tokoh-tokoh PAS. PAS tidak mampu dipisahkan dengan agamawan dan pusat pengajian Islam sama ada yang formal atau pun yang tidak formal.
(Ikutilah selanjutnya 'PAS Pahang bermula di sini! Muktamar PAS di Kerdau yang bersejarah' DR RIDUAN MOHAMAD NOR Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Pengerusi LESTARI – HARAKAHDAILY 14/9/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sesama Kerajaan Perpaduan itu sendiri pun tidak ada perpaduan. Apa cerita ni?
Afnan Hamimi dalam sidang media sidang media Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur,Temerloh, Pahang pada malam ini, 11 September 2024.Di Temerloh, “Pemimpin kerajaan pada hari ini tidak mempedulikan soal perpaduan, sebab itu mereka menganggap kenyataan Teresa Kok itu kenyataan peribadi.”
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kenyataan tersebut sebaliknya adalah kenyataan yang amat menyinggung hal orang Islam.
“Jadi, apabila mereka tidak mempedulikan perpaduan, macam mana mereka nak membentuk dan menyemai budaya ataupun perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Sesama kerajaan perpaduan itu sendiri pun tidak ada perpaduan. Hari ini (11 September) Teresa Kok mengemukakan surat menyaman Ketua Pemuda Umno (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh).
“Sedangkan mereka dalam satu kerajaan yang sama. Sepatutnya tidak dibuat begitu,” katanya dalam sidang media Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65, di sini, malam ini.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Mohd Hafez Sabri; dan Naib Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.
Menurut Afnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Setar, perkara berkenaan menunjukkan sikap ‘abang besar’ DAP dalam kerajaan, di mana mereka lah sebenarnya yang mengatur di sebalik semua masalah yang berlaku.
“Jadi sebab itu, Pemuda PAS meletakkan tema kita memimpin.
“Kita kena terus memimpin kebangkitan rakyat, kebangkitan anak muda untuk menyelamatkan Malaysia daripada orang-orang yang tidak tahu mentadbir, yang hanya menggunakan kuasa untuk membalas dendam untuk kepentingan politik peribadi mereka,” katanya
Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilaporkan pada hari ini telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal.
Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Naib Pengerusi DAP itu juga menuntut Muhamad Akmal agar membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut
Dalam dakwaannya, Teresa menyatakan bahawa Muhamad Akmal telah memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
Kandungan notis berkenaan antaranya berbunyi, “Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi.”
Bertindak balas segera terhadap notis yang dikemukakan Teresa itu, Muhamad Akmal melalui media sosialnya berkata, “Ok nyonya. Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender.” HARAKAHDAILY 11/9/2024
Jom sama-sama..
PERPADUAN umat Islam adalah satu perkara yang diimpikan oleh setiap Muslim, namun tidak pernah berjaya dilakukan.
Perbezaan aliran pemikiran, firqah, mazhab, strategi dakwah serta siyasah telah menjadi asbab kepada perpecahan demi perpecahan umat Islam.Ingatan oleh Shaykh Dr Taha Jabir al-‘Alwani dalam kitabnya, Adabul Ikhtilaf tentang pentingnya perbezaan dan dialog […] (Sila rujuk HarakahDialy)
Demi perpaduan, jom sama-sama. Sekian untuk kali ini.. Salam sejahtera & as-salamu 'alaikum.
....
No comments:
Post a Comment