Friday, November 08, 2024

Trump menang, apa komen PAS? & BRICS ganti dolar.

 

1. Trump menang, apa komen PAS? 
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Presiden Donald Trump agar tidak tunduk kepada tuntutan Israel di Timur Tengah, kerana ia boleh memupuk kebencian terhadap Amerika Syarikat dalam kalangan umat Islam, dan menyebabkan negara itu dilihat sebagai boneka kepentingan Israel.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, dunia akan mengalami tempoh yang bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.

“Bagi pihak PAS, sebagai parti pembangkang di Malaysia, kami mengakui tidak mempunyai kaitan langsung dengan kempen presiden AS.

“Bagaimanapun, kami berharap Presiden yang baru dilantik akan mengutamakan agenda berorientasikan keamanan, seperti yang ditekankan semasa kempen,” katanya dalam satu kenyataan.

(Selanjutnya sila rujuk 'Trump menang, apa komen PAS?' –HARAKAHDAILY 7/11/2024)


2. Kemenangan Trump: PAS harap agenda keamanan diutamakan. 

Penyokong Trump bersorak gembira ketika pengumuman kemenangan calon Republikan itu.

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Presiden Donald Trump agar tidak tunduk kepada tuntutan Israel di Timur Tengah, kerana ia boleh memupuk kebencian terhadap Amerika Syarikat dalam kalangan umat Islam, dan menyebabkan negara itu dilihat sebagai boneka kepentingan Israel.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, dunia akan mengalami tempoh yang bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.

“Bagi pihak PAS, sebagai parti pembangkang di Malaysia, kami mengakui tidak mempunyai kaitan langsung dengan kempen presiden AS.

“Bagaimanapun, kami berharap Presiden yang baru dilantik akan mengutamakan agenda berorientasikan keamanan, seperti yang ditekankan semasa kempen,” katanya dalam satu kenyataan.

(Selanjutnya sila rujuk 'Kemenangan Trump: PAS harap agenda keamanan diutamakan'                  -HARAKAHDAILY 7/11/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, selesai sudah  kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47. 

Dunia dijangka akan mengalami tempoh bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, yang kononnya bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.

Tepat dan kena pada masanya, kita sangat tertarik dengan tulisan ini 'Mata wang BRICS ambil alih peranan dolar Amerika?' oleh Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor.

Ya, sebagai menghargai, menghormati dan ucap terimakasih 'kemanfaatan keilmuannya' maka kita fokuskan pandangan ini. Ya, sila lihat...

Mata wang BRICS ambil alih peranan dolar Amerika?' oleh Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor.

a. Dolar Amerika Syarikat (ASD) telah menjadi mata wang antarabangsa terkemuka di dunia kerana pelbagai sebab yang terdiri daripada faktor ekonomi, politik dan sejarah. Dianggarkan kira-kira 60 peratus daripada semua rizab tukaran asing yang dipegang oleh bank pusat adalah dalam ASD, manakala kira-kira 40 peratus daripada perdagangan global turut dinisbahkan kepada ASD. Ini telah menjadikan ASD sangat dominan dalam perdagangan global dan turut dipanggil sebagai hegemoni ASD. Hegemoni ASD dalam sistem kewangan global telah memberikan kuasa kepada negara Amerika Syarikat untuk menentukan serta mempengaruhi kesejahteraan global. Pada masa sama, dengan kuasa yang ada, negara Uncle Sam ini sering mempergunakan mata wang dan dasar monetari mereka sebagai senjata untuk menguasai ekonomi dunia. 

b. Bagaimanapun, sebahagian pengkritik berpendapat bahawa hegemoni ini telah memberi pelbagai kesan negatif selain mewujudkan banyak ketidakseimbangan dalam sistem kewangan global yang turut membawa kepada krisis kewangan dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Sebagai contoh, krisis kewangan Asia pada 1997 sememangnya berpunca daripada kenaikan mendadak kadar faedah ASD oleh Bank Negara Amerika (Federal Reserve). Oleh yang demikan, beberapa negara seperti BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) telah menyatakan hasrat untuk mencipta mata wang global baharu yang bertujuan mengurangkan pergantungan dunia kepada ASD. Mata wang global baharu ini diharap mampu memberi pelbagai faedah kepada sistem kewangan global seperti memperkukuh integrasi ekonomi dalam negara BRICS itu sendiri, mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di pentas global dan melemahkan kedudukan ASD sebagai mata wang rizab antarabangsa.

c. Sejak tahun 2014 lagi, negara-negara BRICS telah meneroka pelbagai cara untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada ASD. Mereka telah menubuhkan Bank Pembangunan Baru (New Development Bank) sebagai alternatif kepada Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund). Baru-baru ini, semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-14 pada pertengahan tahun 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan bahawa negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) akan berganding tangan untuk mengeluarkan 'mata wang rizab global baharu' dan bersedia untuk bekerjasama secara terbuka dengan semua rakan negara lain yang turut berhasrat untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada ASD.

d. Cadangan mata wang rizab global baharu oleh negara BRICS ini berpotensi menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang lebih menarik, peluang pelaburan yang unik serta menggalakkan negara-negara lain untuk membentuk pakatan dalam membangunkan mata wang serantau mereka sendiri. Kesemuanya ini adalah dengan satu misi yang jelas iaitu untuk mencabar atau meruntuhkan hegemoni Amerika Syarikat dalam sistem kewangan semasa.  Namun, ramai yang percaya bahawa hegemoni ASD ini akan kekal kukuh dan berdaya tahan sebagai mata wang dominan dunia. Faktor sejarah Bretton Woods menjadi hujah utama mereka kepada faktor kukuhnya hegemoni ASD ini selain keterbukaan dan ketelusan pasaran kewangan di Amerika Syarikat serta kebijaksanaan mereka dalam mengawal situasi geopolitik dunia. 

e. Sebagai contoh, Amerika Syarikat sentiasa menjadi kuasa besar utama dunia sejak akhir Perang Dunia Kedua di mana banyak negara bergantung kepadanya dari sudut bantuan, keselamatan dan sokongan diplomatik. Ini secara tidak langsung membantu kepada pengukuhan ASD sebagai mata wang yang dipercayai lagi stabil. Selain itu, kemunculan sistem mata wang baharu mungkin berpotensi menimbulkan pelbagai risiko negatif yang ketara kepada ekonomi dan pasaran kewangan. Ini kerana, sistem tersebut akan mengubah dasar monetari sedia ada dan memburukkan lagi ketegangan geopolitik. Sehubungan itu, sebelum sistem mata wang baharu ini dilancarkan, semua pihak perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai strategi dalam berhadapan dengan risiko yang akan muncul selain daripada perlu sentiasa peka tentang perkembangan sistem kewangan global.

f. Secara umumnya, mengatasi isu hegemoni ASD dalam sistem kewangan global adalah misi yang kompleks dan mencabar. Ia memerlukan perubahan ketara kepada landskap ekonomi dan kewangan sedia ada. Beberapa cabaran seperti akses terhad kepada pasaran kewangan antarabangsa, sekatan ke atas kebolehtukaran mata wang dan kebimbangan mengenai ketelusan serta kestabilan sistem kewangan perlu ditangani sebelum hegemoni ASD boleh dicabar. 

Semua ini dianggap halangan dan mungkin mengambil masa untuk matawang BRICS serta negara lain bersaing dengan ASD.

Penulis Profesor Madya di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 7:00am.

Sekian, Allah saja yang Maha Mengeahui dan Maha Perancang.

...

No comments:

Post a Comment