Wednesday, December 04, 2024

Ini, MB Kedah jawab KDN. Terkilas ikan di air, jala pun tiba!

 

1. Sanusi vs Saifudin isu REE.

Video

2. DS Muhammad Sanusi Md Nor – Menteri Besar Kedah 16 August 2023   

Biodata Menteri Besar Kedah – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dipilih sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua selepas parti Perikatan Nasional di bawah pimpinan beliau diberi mandat memenangi 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) 12 Ogos yang lalu.

Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 14 Ogos 2023.

Majlis Angkat Sumpah

Majlis istiadat dimulai dengan pembacaan Perisytiharan Pelantikan Menteri_Besar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali sebelum Menteri Besar Kedah melafazkan sumpah jawatan.

Majlis disusuli dengan istiadat menandatangani Buku Sumpah Jawatan sebagai Menteri_Besar serta disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah.

Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata MB Kedah ke-15 ini.

NAMA : MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Tempat Lahir : Sik, Kedah
Umur : 49 tahun
Pendidikan Tinggi : Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Sains Malaysia
DUN : N24 Jeneri (PAS)

KERJAYA

  • 1997 – 1998 : Pegawai PSS TLDM KD Sri Pinang
  • 1998 – 2022 : Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • 2002 -2 2004 : Setiausaha Eksekutif Institut Pengembelengan & Pembangunan Komuniti (IMPAK)
  • 2004 – 2008 : Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd
  • 2008 – 2013 : Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah ke-10 (Tan Sri Azizan Abdul Razak)
  • 2010 – 2013 : Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Darul Aman
  • 17 Mei 2020 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14
  • 8 Jun 20202 : Dikurniakan Laksamana Pertama (Kehormat) PSS TLDM
  • 14 Ogos 2023 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 (penggal kedua)

POLITIK

  • 1998 – 1999 : Exco Pemuda PAS Pulau Pinang
  • 1999 – 2001 : Bendahari PAS Kawasan Sik
  • 2001 – 2005 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
  • 2007 – 2009 : Bendahari Pemuda PAS Kedah
  • 2009 – 2011 : Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia
  • 2009 – 2013 : Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah
  • 2009 – 2015 : Ketua Penerangan PAS Kedah
  • 2015 hingga kini : Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
  • 2015 hingga kini : AJK Kerja PAS Pusat
  • 2017 -2019 AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
  • 2019 – 2021 : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat
  • 5 Jan 2021 : Pengerusi Parti Perikatan Nasional Kedah

Sumber: BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i). Ini Kediaman rasmi MB Kedah turut terjejas banjir   

Kediaman MB Kedah terletak kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Anak Bukit telah mula dimasuki air pada awal pagi Jumaat. Foto Zukifli Yahaya

ALOR SETAR - Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon, di sini turut terjejas akibat banjir yang melanda beberapa daerah termasuk Alor Setar.

Kediaman rasmi tersebut yang terletak kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Anak Bukit telah mula dimasuki air pada awal pagi Jumaat.

Menurut Pegawai Khas Media Menteri Besar, Helmi Khalid, air dari sungai tersebut terlebih dahulu memasuki kuarters kediaman kakitangan yang terletak berdekatan.

"Paras air terus meningkat hingga memasuki ruang tamu, dapur, dan ruang makan kediaman rasmi. Paras air di dapur telah mencecah 0.5 meter. 

"Setakat ini, banjir tidak menjejaskan surau, Dewan Melur, dan Dewan Seri Mentaloon yang terletak di pekarangan kediaman rasmi," katanya pada Jumaat.

Helmi berkata, Muhammad Sanusi Md. Nor bersama keluarganya masih kekal menginap di kediaman rasmi dua tingkat tersebut. 

Tambahnya, kejadian kediaman rasmi MB Kedah ini dinaiki air bukan kali pertama berlaku.

"Kejadian ini pernah berlaku pada banjir besar tahun 2010. Banjir pada September lalu juga menyebabkan air masuk ke kediaman rasmi tapi keadaan banjir kali ini lebih teruk," ujarnya. 

Sementara itu, di kawasan sekitar Seri Mentaloon, terdapat penduduk meletakkan kenderaan di tepi jalan utama berikutan banjir yang melanda kawasan itu.

Di beberapa kawasan lain termasuk Anak Bukit, air sungai turut melimpah ke jalan utama menyebabkan hanya dua daripada empat lorong boleh digunakan oleh kenderaan ringan. (Suntingan IH)


(ii). Mangsa banjir tak sangka rumahnya dicuci MB Kedah December 3, 2024 

SIK: Keprihatinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada masalah rakyat dan menyantuni setiap hal ehwal mereka memang tidak dapat dinafikan sesiapa pun.

Pemimpin berjiwa rakyat seperti ini sememangnya sukar ditemui, apatah lagi sanggup turun ke lapangan, berselut bersama para sukarelawan membantu mangsa banjir.Semalam, ADUN Jeneri itu hadir […] (Sila rujuk Harakah Daily).


(iii). ‘Maafkan kami atas apa yang terkurang’ 

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim memohon maaf kepada mangsa banjir kiranya ada yang terkurang dalam memberikan khidmat kepada mereka.

“Maafkan kami atas apa yang terkurang dalam memberikan khidmat kepada rakyat di musim bencana ini. Musibah dari Allah,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebooknya, hari […] (Sila rujuk Harakah Daily).

Sekian, bersambung insya Allah.

.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails