Tuesday, December 10, 2024

Perlis, potensi sumbang lebih 20 % padi negara.. Syria, barat terkejut?

 

1. Perlis potensi sumbang lebih 20 peratus padi negara..

KANGAR: Perlis dijangka mampu menyumbang lebih 20 peratus kepada pengeluaran beras negara sekiranya pesawah di negeri ini mengadaptasi penggunaan teknologi mesin menanam padi atau transplanter.

Teknologi ini berpotensi meningkatkan hasil padi negeri sehingga 240,000 tan metrik semusim, berbanding hanya 135,000 tan metrik yang dihasilkan melalui kaedah tradisional kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian […] (Sila rojok HarakahDaily)


2. Sawah padi jadi kolam, petani di Perlis kerugian jutaan ringgit Disember 2, 2024 @ 3:38pm 

Pemandangan kawasan sawah padi di Tambun Tulang, Arau yang masih digenangi air akibat limpahan air Sungai Tambun Tulang sehingga menjadikannya bagaikan sebuah kolam atau lautan yang besar. - Foto NSTP/Aizat Sharif

ARAU: Hujan berterusan yang melanda Perlis pada minggu lalu tidak hanya membawa kepada keadaan banjir di beberapa daerah di negeri itu, malah ia juga menyebabkan kemusnahan pada tanaman padi yang diusahakan hampir 1,000 petani di sekitar kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Tambun Tulang, di sini.

Malah, kapasiti air Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau yang melimpah sehingga memenuhi segenap pelusuk petak sawah padi turut menyebabkan kebanyakan sawah padi di Perlis kini tidak ubah seperti sebuah kolam renang yang besar sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM5 juta.

Situasi yang sama turut berlaku di kawasan penanaman padi di Kampung Bakong, Tambun Tulang apabila aliran air dari Sungai Perlis pula melimpah memasuki bendang sawah padi yang diusahakan oleh petani di kawasan itu.

Seorang petani yang juga ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Banat, Tambun Tulang Shahidan Ismail, 61 berkata, masalah yang berlaku adalah akibat limpahan air Sungai Tambun Tulang yang sering terjadi apabila hujan lebat berterusan berlaku di negeri itu.

"Dalam tahun ini, limpahan ini sudah tiga kali berlaku di mana ia berlaku setiap kali hujan lebat berterusan di kawasan ini dan bagi kami petani, kami tidak salahkan musibah seperti banjir dan hujan lebat yang terjadi.

"Sebaliknya kegagalan pihak berwajib (MADA) yang melakukan langkah awal menyediakan beg pasir atau meninggikan ban di Sungai Tambun Tulang ini sebagai punca utama sawah padi yang diusahakan kami tenggelam akibat limpahan air sungai itu. 

"Kejadian ini bukanlah pertama kali sebaliknya sudah bertahun-tahun sudah terjadi tetapi tidak ada penyelesaian yang jitu daripada kerajaan dan petani di sini menderita apabila padi yang sudah pun seminggu baharu tumbuh tenggelam akibat kejadian ini," katanya ketika ditemui di Tambun Tulang, hari ini.

Katanya, limpahan air sungai yang terjadi minggu lalu itu adalah yang terbesar di mana panjang ban itu adalah 500 meter.

"Bagi kami sebagai petani yang mengerjakan sawah padi di Kampung Banat ini, hujan yang melanda pada minggu lalu itu adalah yang paling teruk sehingga air yang melimpah dari Sungai Tambun Tulang itu memasuki rumah penduduk berhampiran sungai berkenaan.

"Tidak terhenti di situ juga, ia terus mengalir memasuki kawasan bendang sawah padi yang sudah pun kami usahakan sehingga mewujudkan satu pemandangan seolah-olah kolam besar atau lautan seluas mata memandang," katanya.

Rakannya pula, Hasmizan Abu Seman, 57, berkata kawasan sawah padi yang tenggelam ini dianggarkan sekitar 300 hektar membabitkan kawasan kampung di Kampung Banat, Kampung Teluk, Kampung Alor Banat dan sebahagian di Kampung Bakong dan Behor Mempelam.

"Situasi yang berlaku ini (sawah padi tenggelam) akan mengambil masa yang lama antara 20 hari hingga sebulan untuk banjir dalam bendang itu benar-benar kering disebabkan laluan air ini agak jarang berlaku kerana ia (limpahan air) masuk ikut Sungai Tambun Tulang namun ia tidak boleh dialirkan keluar ke sungai yang sama. 

"Sebaliknya ia akan mengalir keluar laluan sungai ke bandar Kangar iaitu di Pengkalan Asam barulah ia dapat dialirkan sehingga ke laut dan untuk hal ini juga, kita meminta kerajaan untuk menyediakan satu pam yang besar untuk menyedut keluar air dari bendang ini ke dalam Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau.

"Perkara ini pun sudah diajukan kepada pengurusan MADA serta Exco Pertanian tetapi masih tidak ada penyelesaian dalam mengatasi masalah ini dan diharapkan ada penyelesaian daripada kerajaan terhadap masalah ini," katanya. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, mengapa kementerian pertanian dan keterjaminan makanan masih bersikap mandom, x aktif dan lembab terhadap kebangkitan pertanian negara? Mana hasil 'keterjaminan makanan'? 


Pesan Akhir

(i). Syria, mengapa barat terkejut?  

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat dalam mengulas perkembangan terkini di Syria memaklumkan sebagaimana yang dijangka, Damsyik akhirnya jatuh ke tangan pembangkang.

Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi juga berkata bahawa Bashar al-Assad dilaporkan melarikan diri ke arah tuju tidak diketahui dan perkembangan luar jangka itu telah mengejutkan […] (Sila rujuk HarakahDaily 'Pembangkang ambil alih Syria, Barat terkejut')

(ii) Kejayaan tentera pembebasan Syria. 

KUALA LUMPUR: Pakar Asia Barat, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dalam mengulas perkembangan terkini di Syria menyifatkan kejayaan tentera pembebasan menguasai Damsyik sebagai suatu kejutan yang besar.

Menurutnya, kejayaan itu bukan sahaja berkait rapat dengan pergerakan tahun 2011, tetapi juga satu perkembangan sangat pelik, khususnya bagi mereka yang tidak mengikuti dengan […] (Sila rujuk HarakahDaily 'Kejayaan tentera pembebasan Syria adalah satu kejutan')

Sekian dulu, begitulah perkembangan Islam di Malaysia dan se dunia buat masa ini. Akan bersmbung lagi, insya Allah.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails