Abdul Latiff Abdul Rahman1.‘Saya nak bawa soalan ini khususnya ke Kelantan’ December 4, 2024
KUALA LUMPUR: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) menuntut kerajaan menjelaskan kaedah pemantauan terhadap projek pemasangan lampu LED dan solar di bawah program Lampu Kampung Jalan Kampung, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Beliau menyatakan keperluan mendesak untuk memastikan projek itu dilaksanakan dengan berkesan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kelantan.
“Soalan asal dari Sarawak dan yang jawab Timbalan Menteri dari Sarawak juga. Saya nak bawa soalan ini ke Semenanjung Malaysia, khususnya ke Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Abdul Latiff turut meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai perancangan menyeluruh projek tersebut, termasuk lokasi yang telah dikenal pasti, garis masa pelaksanaan, serta jumlah jalan yang terlibat, khususnya di kawasan Kuala Krai.
“Kalau boleh sebut kalau ada timeline dan berapa jalan yang terlibat, khususnya di Kuala Krai,” tambah beliau.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dalam jawapannya berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang pemasangan lampu solar di seluruh negara pada 2025, dengan empat negeri—Sarawak, Pahang, Perak, dan Johor—telah dikenal pasti untuk fasa pertama.
Menurutnya, pemantauan projek itu dilakukan melalui Pejabat KKDW negeri berdasarkan permohonan penduduk kampung, dengan pelantikan kontraktor di Sarawak, manakala bagi Semenanjung, proses pemilihan kontraktor sedang berlangsung.
Tambahnya, pemasangan akan dilakukan di lokasi yang memenuhi kelayakan, dengan pemantauan rapi sebelum dan semasa pelaksanaan projek.
Sebelum itu, beliau menjawab soalan Yusuf Abd. Wahab (GPS-Tanjong Manis) minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah status permohonan lampu jalan di kawasan luar bandar dalam Parlimen Tanjong Manis yang telah dikemukakan kepada Kementerian sejak tahun 2023. – HARAKAHDAILY 4/12/2024
2. KKDW pasang lampu LED solar jalan kampung tahun ini. Diterbitkan: Mar 19, 2024 6:49 PM
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata kementerian itu sedang mendapatkan maklumat keperluan serta cadangan lokasi bagi pemasangan lampu berkenaan melalui pejabat KKDW negeri dan projek berkenaan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.
“Kawasan yang layak dipasang lampu LED solar termasuk kawasan luar bandar dan pinggir bandar, kampung Orang Asli, kecuali kampung di bawah rancangan Felda, di luar kawasan pengoperasian PBT (pihak berkuasa tempatan), taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta atau perseorangan.
“Pemasangan juga layak untuk kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau sistem talian grid serta kawasan terpencil yang mempunyai kesukaran akses kepada jentera bagi tujuan pemasangan dan penyelenggaraan ataupun di jalan yang tiada sumber utiliti sekurang-kurangnya 100 meter,” katanya pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang bertanyakan mengenai cadangan pemasangan lampu LED solar di jalan bawah kelolaan kementerian itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana pula dengan berita ini? Fikir-fikirlah..
Ya, fikir-fikirlah, bagaimana nasib bumiputra di negara ini, berbanding dengan layanan kepada anak emas puak keturunan pendatang?
Akhirnya, sila lihat lagi..
Titah Adendum beri penjelasan, jangan berbohong Peringatan kepada Kerajaan Pusat December 6, 2024
KUALA LUMPUR: PAS dengan tegas mengecam sebarang usaha oleh kerajaan memerintah untuk memanipulasi fakta atau menyembunyikan hakikat kebenaran dalam isu yang melibatkan rakyat dan institusi negara.Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu Titah Adendum yang didakwa membolehkan seorang bekas Perdana Menteri menjalani hukuman di rumah adalah perkara […] (Sila rujuk HarakahDaily)
Pemimpin negara juga perlu diberi peruntukan sara hidup December 6, 2024
MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pentingnya pemimpin negara diberikan peruntukan sara hidup yang mencukupi bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan berkesan.Menurut beliau, Islam sejak awal lagi telah meletakkan asas kewangan untuk pemimpin, termasuk Rasulullah SAW, demi memenuhi keperluan kehidupan peribadi […] (Sila rujuk HarakahDaily)
Sekian, bersambung, insya Allah.
....
No comments:
Post a Comment