1. Ucapan MB Sanusi di Sungai Tua Selangor.
2. Fakta sokong hujah Kedah miliki Pulau Pinang June 1,2023.
Isu Pulau Pinang milik Kedah bukan perkara baharu, malah disebut dan ditulis sebelum ini oleh sejarawan dan pengkaji sejarah.
Mungkin sebelum ini, perkara ini tidak dibangkitkan secara lebih holistik oleh pemimpin Kedah, maka isu berkenaan sepi dan hanya menjadi lipatan sejarah bahan rujukan generasi baharu.
Insiden pemilikan Pulau Pinang meletup apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyebutnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal pentadbirannya dahulu.
Sebenarnya, kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Besar bukanlah ‘omongan politik’ atau sengaja dilakukan berikutan keengganan negeri pentadbiran DAP itu membayar caj air mentah seperti yang dituntut Kedah, tetapi lebih kepada sejarah yang mesti diketahui umum.
Perkara ini pernah dilaporkan oleh sebuah media tempatan sebelum ini dengan merujuk kepada sejarawan yang secara tidak langsung mengukuhkan kenyataan pemimpin kerajaan negeri Jelapang Padi itu.
Menurut Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.
Menurutnya, dokumen itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.
Beliau menjelaskan Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.
Malah hal berkenaan sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan, R Bonney dalam bukunya, ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ yang antara intipatinya memaklumkan tidak ada perjanjian pajakan melibatkan kedua-dua negeri itu.
Namun,masyarakat secara umum masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.
Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja dan tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya.
Dr Ahmad Murad menjelaskan dokumen yang dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain disimpan Arkib Negara sebagai warisan negara.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, dalam kenyataannya sebelum ini pernah mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama kerajaan Persekutuan bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.
Naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetulkan supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.
Beliau juga menegaskan berpandukan hujah pada buku ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’, tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.
Justeru, kenyataan Menteri Besar Kedah bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini disokong berdasar fakta-fakta yang terkandung dalam buku-buku dan penulisan berkenaan.
Ketika sidang Dewan Rakyat pada awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), perkara ini menjadi tajuk ‘panas’ antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang khususnya dari Kedah.
Walaupun secara umumnya pemimpin PH terutama di Pulau Pinang sedaya upaya menangkis berkenaan kedaulatan Pulau Pinang milik Kedah namun hakikat, kebenaran serta fakta sejarah tidak boleh diubah.
Sama ada pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang wajar merujuk kepada fakta sebenar agar kekeliruan yang dibina sebelum ini dapat diperbetulkan.
Maka kenyataan bertalu-talu oleh Muhammad Sanusi berkenaan hal itu tidak boleh dianggap provokasi atau mengganggu kedaulatan Pulau Pinang sebaliknya semua pemimpin negara perlu duduk semeja membincangkan untuk mencari jalan tuntas menyelesaikannya.
Semoga hasrat dan cita-cita Kedah untuk bertaut semula dengan negeri miliknya (Pulau Pinang) menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 1/6/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Elok juga kita tahu, berita terkini, siapa pemberontak Syria? Mari kita renung sejenak.
Abu Mohammed al-Julani, ketuai misi tumbangkan kerajaan Bashar di Syria
Damsyik: Hanya dalam tempoh tiga hari, kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) berjaya menawan bandar kedua terbesar Syria, Aleppo selepas kejatuhan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Sejak sekian lama, HTS yang diketuai Abu Mohammed al-Julani dikenali sebagai kumpulan pemberontak bersenjata paling kuat di Syria. Lapor Al Jazeera, Abu Mohammed berusaha hampir sedekad memisahkan dirinya daripada angkatan bersenjata lain dan memberi tumpuan mewujudkan republik Islam di Syria.
Sejak 2016, beliau meletakkan dirinya dan kumpulannya sebagai penjaga yang boleh dipercayai di Syria untuk membebaskan mereka daripada Bashar yang secara kejam menindas pemberontakan popular semasa Arab Spring pada 2011 sehingga mencetuskan perang.
Beliau dilahirkan pada 1982 di Riyadh, Arab Saudi, tempat bapanya bekerja sebagai jurutera petroleum. Dia berpindah ke Iraq pada 2003 dan menyertai al-Qaeda sebagai sebahagian daripada penentangan terhadap pencerobohan Amerika Syarikat (AS) pada tahun sama.
Beliau ditangkap tentera AS di Iraq pada 2006 sebelum ditahan selama lima tahun serta kemudiannya ditugaskan menubuhkan cawangan al-Qaeda di Syria, Barisan al-Nusra, yang mengembangkan pengaruhnya di kawasan yang dikuasai pembangkang, terutama Idlib.
Abu Mohammed berkoordinasi pada tahun-tahun awal itu dengan Abu Bakr al-Baghdadi, ketua Negara Islam di Iraq al-Qaeda, yang kemudiannya menjadi ISIL (ISIS).
Pada April 2013, al-Baghdadi tiba-tiba mengumumkan kumpulannya memutuskan hubungan dengan al-Qaeda dan akan berkembang ke Syria dengan berkesan menyerap Barisan al-Nusra menjadi kumpulan baharu yang dipanggil ISIL.
Namun, Abu Mohammed menolak perubahan ini apabila mengekalkan kesetiaannya kepada al-Qaeda. Semasa wawancara televisyen pertamanya pada 2014, beliau memberitahu Al Jazeera, Syria harus diperintah di bawah tafsiran kumpulannya tentang undang-undang Islam dan minoriti negara itu seperti Kristian dan Alawi tidak akan ditampung.
Pada tahun berikutnya, Abu Mohammed kelihatan menjauhkan diri daripada projek al-Qaeda untuk menubuhkan khilafah global di semua negara majoriti Muslim, seolah-olah menumpukan untuk membina kumpulannya di sempadan Syria.
Perpecahan itu nampaknya sebagai satu usaha, menurut penganalisis, untuk menekankan cita-cita kebangsaan kumpulannya, berbanding transnasional, kepada kumpulan di Idlib.
HTS mengendalikan wilayah Idlib melalui Kerajaan Penyelamat Syria, yang ditubuhkan pada 2017 untuk menyediakan perkhidmatan awam, pendidikan, penjagaan kesihatan, badan kehakiman dan infrastruktur serta mengurus kewangan dan pengagihan bantuan.
Bagaimanapun, HTS juga memerintah dengan berat dan tidak bertolak ansur dengan perbezaan pendapat, menurut aktivis, laporan berita dan pemantau tempatan.
Pertubuhan kewartawanan bebas Syria Direct melaporkan HTS berada di sebalik kehilangan aktivis dan menembak peluru hidup ke arah penunjuk perasaan yang menuduh kumpulan itu menafikan perkhidmatan kepada masyarakat yang menentangnya.
Kemudian pada Julai 2016, Aleppo jatuh ke tangan rejim dan kumpulan bersenjata di sana mula menuju ke Idlib, yang masih dikuasai pembangkang. Pada masa sama, Abu Mohammed mengumumkan kumpulannya bertukar kepada Jabhat Fateh al-Sham.
Menurut Hassan Hassan, pakar Syria mengenai kumpulan bersenjata di Levant, Abu Mohammed mahu menjenamakan HTS sebagai entiti pentadbiran yang boleh dipercayai di Syria dan kemungkinan rakan kongsi dalam usaha memerangi keganasan global.
HTS kini dilabelkan sebagai organisasi pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turkiye, AS dan Kesatuan Eropah. Abu Mohammed berkata, pelabelan ini tidak adil kerana kumpulannya meninggalkan kesetiaan masa lalunya dan memihak kepada satu negara.
Tanpa mengira cita-cita domestik yang dinyatakan Abu Mohammed, sebagai ketua kumpulan bersenjata pembangkang terbesar di Syria, kesannya terhadap negara itu akan bergema di peringkat nasional dan antarabangsa.(Disiarkan pada: Disember 10, 2024 @ 1:04pm)
Sekian, dah agak panjang, akan bersambung. Insya Allah!
....
No comments:
Post a Comment