1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman dan guaman termasuk seorang menteri menari bersama dalam satu majlis makan malam merupakan tidak wajar.
Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata perkara ini sangat janggal apabila dipertontonkan kepada khalayak ramai.
Katanya, kejanggalan teramat sangat apabila orang yang dianggap sebagai payung keadilan meletakkan diri mereka ditempat yang sangat sensitif buat majoriti rakyat.
"Wajah Malaysia Baharu dilihat begitu celaru dari segi sosial dan budaya apatah lagi agama," katanya.
Seterusnya lihat ini..
Kerajaan celaru, umum dahulu kaji kemudian. -December 20, 2024.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan dua tahun pemerintahan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai kerajaan yang tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengumumkan sesuatu perkara.“Saya tengok banyak yang dibuat kerajaan ni, dia umum dulu baru kaji. Nampak macam belum ada sesuatu yang betul-betul masak […] (Sila rujuk HarakahDaily).
2. Menyelamatkan negara dari politik celaru dibawa PH March 20, 2020
Presiden dan 4MB PAS bertemu Tun M.KUALA LUMPUR: Gabungan baharu Muafakat Nasional-BERSATU sama sekali tidak menjatuhkan Kerajaan PH, sebaliknya bertindak menyelamatkan negara dari kancah politik celaru yang disebabkan pakatan itu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, PAS mengambil pendekatan mendukung Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik oleh PH, bagi menyelamatkan negara.
“Sebagai pembangkang yang menasihat, bukan pembangkang yang buat provokasi untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang berlaku ialah pergolakan dalam PH sendiri yang menimbulkan masalah sehingga menjatuhkan kerajaan itu sendiri,” ujarnya.
Beliau mengupas dakwaan tersebut ketika temubual dalam Bicara Harakah 2 yang disiarkan dari Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini semalam.
Bahkan beliau menafikan juga tuduhan ‘pintu belakang’ digunakan, sebaliknya ia berlaku secara konsep demokrasi yang betul melibatkan hak rakyat dan juga wakil-wakil rakyat telah dipilih.
“Di mana kita mengambil pendekatan mengumpulkan wakil-wakil rakyat yang ada bersama kita, dan wakil rakyat yang ada dalam kerajaan yang dulu, untuk membuat satu perubahan dan berjaya mendapat majoriti melalui Perlembagaan dan melalui konsep Raja mengikut Perlembagaan,” jelasnya.
Sedangkan PH menurutnya, menjadikan Tun M sebagai ‘anak tangga’ untuk meraih pemerintahan yang berbeza dari dukungan PAS di mana melihat tokoh itu penting secara praktikal untuk kekal hingga habis penggal.
“Dengan sebab itu, kita memberi Undi Kepercayaan kepada Tun, yang tidak pelik dalam demokrasi Barat. Boleh beri Undi Kepercayaan dari pembangkang, tidak salah. Tapi malangnya, mereka membuat pusingan-U, tak setuju dengan undi ini.
“Kemudian bila saat-saat akhir, mereka sokong balik (Tun M) setelah kita batalkan Undi Kepercayaan itu, mereka sokong Tun sebagai calon. Kemudian mereka pusing balik, pusingan U balik. Oleh kerana kerap kali pusingan U ini menyebabkan mereka rebah terlentang ke belakang.
“Kita sekali pusing saja bila Tun dijadikan anak tangga, dan kita rasa tak boleh selamat dengan Tun, maka kita buat pendekatan sendiri memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya mengimbas ‘sejarah’ tersebut.
Tambah beliau, Tun M semasa memimpin negara berdepan anggota-anggota Kabinet yang bermasalah di mana tidak sehaluan dengan beliau bahkan tidak juga bertindak untuk menyelamatkan negara.
Malah, dipertengah pemerintahan ujarnya, mereka memberikan tarikh-tarikh untuk Tun M meletakkan jawatan di mana hal tersebut telah mengganggu perjalanan urus tadbir negara hingga muncul pelbagai ‘langkah’ baru-baru ini. –HARAKAHDAILY 20/3/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menurut maklumat kata kamus bahasa Melayu, 'celaru' [ce.la.ru] 'چلارو'. Definisi: bercelaru tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll)...
Maka tidak boleh dibiarkan kerajaan Malaysia kita yang berdaulat ini, berada dalam keadaan bercelaru. Politik PH-BN juga jadikan negara kita bercelaru tidak tentu arah dan hala tuju, yang lari dari perjuangan negara umat Islam.
Sekian mengenai celaru!
....
No comments:
Post a Comment