1. Leptobarbus hoevenii diternak skala besar di Jelawat December 12, 2024
KOTA BHARU: Kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan lagi penternakan ikan jelawat dalam skala yang besar sekali gus menambah pengeluaran sumber protein negara.
Bahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dipilih sebagai lokasi utama mengeluarkan haiwan tersebut atau nama saintifiknya leptobarbus hoevenii di negeri itu pada masa depan.“Nak ikan jelawat cari di […](rujuk HarakahDaily)
1 ADUN, 1 Kilang: Inisiatif pacu sektor pelaburan Perlis December 12, 2024
KANGAR: Cadangan pelaksanaan inisiatif ‘Satu ADUN, Satu Kilang’ dilihat sebagai langkah proaktif wakil rakyat Perlis untuk memacu sektor pelaburan negeri pada tahun hadapan.
Penetapan indikator prestasi utama (KPI) kepada setiap ADUN untuk membawa masuk pelaburan sektor pembuatan ke Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) adalah sebahagian usaha kolektif membangunkan ekonomi negeri […] (rujuk HarakahDaily)
2. Pasir Puteh antara pengeluar ikan air tawar terbesar di Kelantan 07 September 2021 01:30pm
Pasir Puteh antara pengeluar ikan air tawar terbesar di Kelantan. - Foto fail Bernama
PASIR PUTEH - Kelantan sudah melepaskan 50,000 hingga 70,000 benih ikan setahun sejak 10 tahun lepas di dua sungai di sini sebagai usaha menjadikan daerah ini antara pengeluar ikan air tawar darat terbesar di negeri ini menjelang tempoh lima tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pelbagai spesies ikan termasuk keli, tilapia, jelawat dan tumang galang dilepaskan ke dalam sungai di Kampung Tasek Pauh dan Kampung Tok Ajam yang diselia agensi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).
“Ratusan petani termasuk 30 nelayan darat (sungai) yang tinggal di kawasan terbabit termasuk di Kampung Jelor kini dapat faedah apabila berjaya menghasilkan (ternakan) ikan antara 30 hingga 100 kilogram (kg) sehari.
“Selain melepaskan benih ikan bagi pembiakan, kerajaan negeri turut menyumbang peralatan seperti pukat, bubu, unjang, jala dan pukat kepada nelayan darat terbabit serta bantuan wang secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM200 bagi meringankan beban mereka sepanjang pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.Beliau berkata, kerajaan negeri turut bercadang menubuhkan Mykomuniti Perikanan Darat di Kampung Tasek Pauh selain di Kampung Tok Ajam bagi menambah bilangan peserta daripada 35 kepada 70 orang di daerah itu.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi memajukan ternakan ikan air tawar di seluruh Kelantan bermula tahun hadapan berbanding RM150,000 setahun ketika ini. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ini menarik..
China-Rusia ubah peta dunia melalui gandum.
Akhirnya, sekian dulu, bertemu lagi, insya Allah. Fikir-fikirlah.
.....
No comments:
Post a Comment