Sunday, December 08, 2024

Wajib jihad pertahan Bait Al-Maqdis. HAMAS mendunia!

 

1. Wajib jihad pertahan Bait Al-Maqdis -Presien PAS.

HUKUM Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah Allah (Baitullah) di Makkah mewajibkan seluruh umat berjihad mempertahankan Bait al-Maqdis, kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Isra’ Rasulullah SAW, dan bermulanya Mi‘raj, kecuali kalangan penganut Islam yang memisahkan agama dan politik dengan memandang jihad itu suatu perkara yang remeh-temeh. 

Hal ini demikian kerana, kiblat politiknya menghadap Rumah Putih (White House) di Washington, walaupun masing-masing melaksanakan solat, haji, dan umrahnya menghadap Rumah Allah di Makkah. Inilah bencana aqidah yang sedang menimpa umat Islam.

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Republik Islam Iran yang secara rasmi mengisytiharkan Jumaat akhir Ramadan sebagai Minggu Bait al-Maqdis sejak menangnya revolusi Islam di sana, yang perubahannya ditolak oleh beberapa pihak yang dikatakan paling kuat berpegang kepada Sunnah hanya disebabkan Iran bermazhab Syiah Imamiyyah, walaupun Muktamar Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah dan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di al-Azhar, Mesir mengisytiharkan Syiah Imamiyyah termasuk dalam Ahli Kiblat dan umat Islam yang satu.

Namun, mereka boleh pula mengiktiraf Iran pada masa pemerintahan Shah Iran yang ketika itu mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah mengikut fatwa Rumah Putih di Washington, lalu disokong oleh beberapa orang ulama’ upahan rasmi, khususnya yang berbangsa Arab kerana semangat kebangsaannya pernah menjemput penjajah bagi menjatuhkan kuasa besar Islam lebih 100 tahun yang lalu.

Langkah Iran hari ini yang mendahului OIC adalah sangat dialu-alukan, kerana keadaan kini lebih terpanggil untuk wajibnya menyahut seruan jihad bagi menentang Zionis yang sedang menggila menceroboh Masjid al-Aqsa dan paling mengganas di Gaza. Khususnya, apabila mendengar seruan Allah SWT yang berfirman dalam al-Quran: 

(Ikuti selanjutnya 'Wajib jihad pertahan Bait Al-Maqdis'ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 25 Ramadan 1445 / 5 April 2024 – HARAKAHDAILY 5/4/2024)


2. Sejarah HAMAS: Pengasas dalam ingatan -May 16, 2021 

"Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah," kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dalam satu wawancara dengan wartawan Al-Jazeera, Ahmed Mansur beberapa tahun lalu.

22 MAC 2004 ialah tarikh yang diingati oleh semua penyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Jasad insan yang telah renta dibunuh dengan dahsyat oleh regim Zionis. Sosok pemberani yang inspiratif ini berkerusi roda, seolah mencium bau kesyahidannya, keluar daripada masjid yang berhampiran rumahnya pagi itu, bergegar dengan tembakan roket daripada helikopter musuh sehingga tercabik jasadnya.

Wajahnya tersenyum dalam kubangan darah yang mewangi. Beliau ialah pendiri HAMAS dan seorang tokoh pejuang yang lama terpenjara dalam jeriji besi Israel.

Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.

Dalam tahun-tahun 60an dan 70an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit.

Ternyata ideologi barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang.

Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin.

Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1)Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2)HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3)Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4)Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5)HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6)Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7)HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994.

Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi.

(Selanjutnya, sila ikuti DR RIDUAN MOHAMAD NOR Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI  -HARAKAHDAILY 16/5/2021. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS mendunia, insya Allah, al-hamdulillah! 

Hamas dakwa ada keupayaan untuk terus berperang AFP

Penduduk Palestin menaikkan sekatan dan membersihkan khemah mereka yang berhampiran gigi air, selepas air  Khan Yunis di selatan Gaza pada 15 September 2024. FOTO AFP

Istanbul: Hamas mendakwa mempunyi keupayaan untuk terus memerangi Israel.

Seorang pegawai kanannya, Osama Hamdan berkata, biarpun mengalami kerugian serta kehilangan anggota sepanjang 11 bulan tempoh perang, mereka masih ada sumber untuk memerangi Israel.

"Kita mempunyai keupayaan tinggi untuk terus memerangi musuh.

"Memang ada pengorbanan dan yang syahid.... tetapi (Hamas dapat) timba pengalaman dan pengambilan generasi baharu untuk sama-sama berjuang," katanya kepada AFP dalam satu wawancara di Istanbul, Turkiye, semalam.

Sekian, harap maklum. Bersambung lagi, insyaa Allah SWT.

....

No comments:

Post a Comment