Saturday, December 14, 2024

Zalim sendiri juga punca jatuh pemerintaah. Jahannam AS-Israel!

 

1. Kezaliman sendiri juga jadi punca jatuh pemerintahan December 13, 2024

MARANG: Kekalahan musuh Islam seperti Rom dan Parsi bukan hanya disebabkan oleh kekuatan tentera Islam, tetapi juga berpunca daripada kezaliman dan maksiat yang berlaku dalam kerajaan mereka sendiri. 

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemerintahan zalim dan ditolak oleh rakyat menyebabkan kedua-dua kuasa besar dunia itu […](Sila rujuk HarakahDaily)


2. Sejarah: Tumbang kerajaan zalim, bina tamadun Malaysia Sejahtera April 19, 2018 

SUDAH lebih 60 tahun negara ini diperintah oleh BN (dahulunya Perikatan). Kezaliman, penindasan dan penyelewengan adalah perkataan yang sentiasa meniti di bibir rakyat dalam menggambarkan warna Kerajaan BN. Walaupun mereka cuba memberikan wajah merakyat, Islamik dan berkebajikan sebagai kosmetik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14, ternyata ia tidak mampu menutupi bangkai kezaliman, penindasan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan.

Dalam sejarah orang Melayu, telah masyhur satu perjanjian (waad) antara pemimpin dengan rakyat seperti yang tercatat dalam Silalatus Salatin (Sejarah Melayu), iaitu antara Sang Sapurba (raja atau pemerintah) dengan Demang Lebar Daun (mewakili rakyat).

Dalam perjanjian ini, Demang Lebar Daun telah meminta kerajaan (Sang Sapurba) supaya memelihara kebajikan dan keadilan kepada rakyat jelata, dan jika rakyat menderhaka mereka boleh dihukum mengikut hukum Allah.

Sang Sapurba pula meminta supaya rakyat memberikan ketaatan kepada kerajaan. Demang Lebar Daun kemudiannya telah bersetuju dengan syarat kerajaan mesti melaksanakan tanggungjawab mereka. Akhirnya, mereka berdua berikrar bahawa sesiapa yang mencerobohi perjanjian ini, maka biarlah Allah menentukan balasannya.

Konsep perjanjian kerajaan-rakyat yang dibawa dalam Silalatus Salatin yang berkait kebertanggungjawaban kerajaan dan ketaatan rakyat ini adalah bertepatan dengan kehendak Islam. Di mana, dalam Surah an-Nisa’ ayat 59, Allah memerintahkan rakyat mentaati kerajaan (Ulil Amri) selagi mana mereka mentaati Allah dan Rasul.

Dalam ayat 26, Surah Shaad pula, Allah memerintahkan supaya kerajaan memerintah dengan adil berdasarkan wahyu (al-haq) dan jangan mengikuti hawa nafsu dengan melakukan kezaliman, penindasan dan penyelewengan.

Kemunculan Kerajaan-kerajaan Melayu Islam sejak berdirinya Kerajaan Perlak dalam tahun 840 Masihi sehingga zaman penjajahan pada abad ke-16, telah memperlihatkan kegemilangan Tamadun Melayu Islam ketika Raja memerintah dengan adil dan mengamalkan Syura.

Raja-raja terkenal seperti Maulana Sayyid Abdul Aziz di Perlak, Sultan Malikul Zahir di Pasai, Sultan Alauddin Riayat Shah di Melaka, Sultan Agung di Mataram, Sultan Ageng Tirtayasa di Banten, Sultan Iskandar Muda di Aceh, Sultan Badaruddin di Sulu, Sultan Mahmud Badruddin II di Palembang dan Sultan Mansur di Kelantan, adalah Raja yang tersohor adil dan mengamalkan pemerintahan secara Islam, yang menjadi kemuncak kegemilangan Kerajaan masing-masing.

Teori-teori pentadbiran adil yang terungkap dalam pemikiran politik Melayu Islam seperti mana terkandung dalam Tajus Salatin, Bustanus Salatin, Safinat al-Hukkam, Thammarat al-Muhimmah, Muqaddimah fi Intizam Wazaif al-Muluk, Budi Istirahat Bustan Arifin dan lain-lain, telah menjadi panduan Kerajaan Melayu dalam memberikan keadilan kepada rakyat.

Namun begitu, di celah-celah sejarah ini, terungkap pepatah “Raja adil raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.” Terdapat Raja-raja yang zalim dan menindas rakyat, sekali gus melanggar waad Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun, yang kemudiannya mengakibatkan keruntuhan Kerajaan mereka.

Nah! Lihat bagaimana kezaliman Sultan Mahmud Shah di Melaka merampas isteri Tun Ali, Tun Fatimah yang dijadikan permaisurinya, kemudian membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Tahir, bapa Tun Fatimah, sebelum menzalimi rakyat dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang.

Akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Hikayat Raja Pasai pula merekodkan, Raja Ahmad Permudal telah membunuh dua puteranya, Tun Berahim dan Tun Zainal, serta berahikan puterinya, Tuan Takiah Dara, menyebabkan Kerajaannya dijajah oleh Majapahit.

Demikian juga kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, yang kezalimannya telah menamatkan Kerajaan Johor-Riau keturunan Sultan Melaka. Sultan Amangkurat I dari Mataram yang sebutkan membunuh lebih 5,000 orang Ulama pula akhirnya dijatuhkan oleh Trunajaya, sebelum Mataram ditakluk oleh Belanda. Demikian itulah, bagaimana hukum karma menimpakan Kerajaan-kerajaan yang zalim di Alam Melayu.

Berdasarkan secebis kisah sebagai ibrah, orang Melayu yang mewarisi bumi bertuah ini mesti berfikiran tajam dalam menentukan kepemimpinan untuk masa depan negara. Mengekalkan kepemimpinan yang zalim dan penuh dengan penyelewengan akan mengundang kehancuran bangsa ini.

Menaikkan sebuah rejim yang tidak taat kepada Allah dan anti-Islam juga akan mengundang kecelakaan. Yang terbukti dalam sejarah kita, Raja dan pemerintah yang adil dan berpegang dengan wahyu tuhan telah berjaya mencipta kegemilangan. Memilih Islam sebagai penyelesaian adalah langkah terbaik dalam membina semula Tamadun Malaysia yang sejahtera. Aslim taslam, pilih Islam sejahtera kehidupan!

MOHD FADLI GHANI
Head House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Syaaban 1439 / 19 April 2018 – HARAKAHDAILY 19/4/2018






Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walau apa pun yang terjadi masakini, namun kebiadaban dan kurang ajarnya Israel-AS terus terserlah. Panaklukan penjajahan melalui peta baru Timur Tengah terus berlangsung, walaupun Netanyahu atau Setanyahud sendiri dilaporkan kononnya sedang tercungap-cungap diseret ke hospital, seolah-akan mampus.

Netanyahu menunjukkan peta pelan baharu Timur Tengah dalam Persidangan Agung PBB pada 22 September 2023.

PENJAJAHAN yang sedang berlaku di Timur Tengah yang menjadi pusat kepada Dunia Islam pada hari ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas. Ia adalah manifestasi pakatan Imprealisma Barat dan gerakan Zionis yang bermula sejak abad ke 17 lagi bagi mencapai matlamat penguasaan ke atas Dunia Islam. 

Matlamat imprealisme barat adalah dendam kesumat Perang Salib serta penguasaan sumber ekonomi dunia, manakala matlamat gerakan Zionis pula adalah penubuhan “The Greater Israel” bagi mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS yang diidami mereka sejak zaman berzaman.

Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah pada Perang Dunia Pertama, perjanjian Syke-Picot antara Britain dan Perancis yang dimeterai pada tahun 1916 dikuatkuasakan. Britain menguasai Palestin, Jordan dan selatan Iraq, manakala Perancis pula menguasai Syria, Lubnan, wilayah Kurdis dan tenggara Turkiye.

Gerakan untuk menubuhkan “The Greater Israel” yang disarankan oleh Bapa Zionis, Theodor Herzl sejak penubuhannya pada tahun 1896 membuahkan hasil satu demi satu akibat kelicikan gerakan Zionis menguasai kuasa-kuasa besar barat serta kelemahan umat Islam sendiri yang berpecah belah sesama sendiri.

Dengan berpandukan kepada transkrip lama Theodor Herzl “from The Brooks of Egypt to the Eupharates” dan The Oded Yinon Plan, pimpinan Zionis Israel yang diketuai Benjamin Netanyahu pada hari ini sedang melaksanakan pelan pemetaan baharu Timur Tengah iaitu “The Greater Israel” sebagaimana yang tertera pada baju anggota tentera regim Zionis Israel yang dipakai dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan pada hari ini. 

Justeru, peperangan yang sedang berlaku ketika ini sebenarnya adalah pelaksanaan “The Greater Israel” dengan meluaskan lagi penjajahan ke atas negara Timur Tengah.

Pada 22 September 2023 ketika Persidangan Agung PBB, Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu telah menunjukkan kepada pemimpin-pemimpin dunia yang hadir pada persidangan tersebut peta pelan baharu Timur Tengah yang merangkumi sebahagain besar Timur Tengah. 

Walaupun begitu, dia tidak menamakan peta tersebut sebagai “The Greater Israel” untuk mengelak daripada menerima kecaman pemimpin negara Dunia Islam. Kali ini tanpa rasa takut Benjamin Netanyahu dengan terang memperlihatkan kepada dunia cita-citanya untuk mengimplimentasikan “The Greater Israel” dengan bantuan dan sokongan barat.

Syria antara negara utama yang termasuk dalam pelan pemetaan baharu Timur Tengah tersebut. Syria juga adalah negara utama yang menjadi penentang kepada negara haram Israel. Oleh itu pelbagai cubaan telah dilakukan oleh Zionis Israel untuk menunduk serta menghapuskan terus penentangan Syria ke atas negara haram Israel sama ada melalui “regime change” dan pemberontakan namun sehingga kini tidak berhasil.

Di Syria ketika ini, kumpulan militan Hayat Tahrir al-Syam dan ISIS yang disokong sepenuhnya oleh barat sedang melakukan serangan besar-besaran ke atas Aleppo dan bandar-bandar di utara Syria. Ia mula berlaku sehari selepas termenterainya gencatan senjata antara Lubnan dan negara haram Israel.

Mengapa dengan tiba-tiba berlakunya serangan kumpulan militan tersebut ke atas Syria? Ia bertujuan untuk mencetuskan ketidakstabilan dari dalam Syria seterusnya menumbangkan kerajaan Basyar Al-Asad. Tidak dinafikan kezaliman rejim Basyar Al-Asad ke atas rakyatnya namun isu ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas. Negara haram Israel yang paling besar mendapat faedah daripada ketidakstabilan ini.

Untuk jangka masa pendek ia dapat menjaga keselamatan negara haram Israel dari ancaman seteru utamanya iaitu Iran yang menjadikan Syria sebagai pengkalan utama bagi mendokong kumpulan pejuang pembebasan Palestin. Jika perancangan mereka berjaya maka langkah seterusnya ialah meletakkan kerajaan boneka yang pro barat. Jika perancangan ini tidak berjaya maka tidak mustahil Syria akan dibahagikan kepada dua bahagian. 

Satu bahagian diperintah oleh Basyar Al-Asad manakala satu bahagian lagi akan didokong oleh barat sebagaimana apa yang berlaku di Yaman. Kedua-dua perancangan ini sikit sebanyak akan berjaya melemahkan pengaruh “Jabhatul muqawamah” iaitu gabungan kumpulan pejuang pembebasan Palestin yang terdiri daripada Iran, Syria, Lubnan, Yaman serta kumpulan-kumpulan proksi HAMAS, Hizbullah, al-Hasyd al-Sya’bi Iraq dan Ansarulullah Yaman.

Turkiye juga antara negara yang termasuk dalam pelan “The Greater Israel” di mana sebahagian wilayah Turkiye yang bersempadan dengan Syria berada dalam peta baharu Timur Tengah yang ditayangkan Benjamin Netanyahu pada Persidangan Agung PBB tahun lalu. Menyedari ancaman negara haram Israel, Presiden Turkiye Recep Tayyip Edrogan pada Oktober baru-baru ini mendakwa negara haram Israel bercita-cita untuk menjajah Turkiye khususnya Anatolia.

Edrogan memberi amaran kepada negara haram Israel bahawa keadaan tegang tersebut mampu membawa peperangan antara kedua-dua negara. Beberapa hari selepas itu, Presiden negara haram Israel, Isaac Herzog menafikan kenyataan Edrogan dengan menyatakan bahawa negara haram Israel tidak mempunyai niat untuk mengambil tindakan ketenteraan mahupun menjajah wilayah Turkiye.

Walaupun ketika ini kurang jelas bagaimana negara haram Israel akan mengimplemantasikan “The Greater Israel” ke atas Turkiye, hakikatnya “gerakan bawah tanah” yang mendokongnya telah lama dijalankan. Acapkali kedengaran puluhan anggota perisikan negara haram Israel ditahan pihak berkuasa Turkiye. Regim Zionis Israel juga dikatakan antara dalang utama dalam cubaan rampasan kuasa pada tahun 2016 untuk menjatuhkan Edrogan.

Jika negara haram Israel berjaya implimentasikan “The Greater Israel” ke atas Turkiye, maka mereka akan mendapat akses terus kepada Laut Hitam yang tentunya memberi banyak manfaat dan juga secara tidak langsung akan memberikan akses kepada Laut Kaspia. Dengan Turkiye yang menpunyai kedudukan yang amat strategik antara Asia dan Eropah, ia akan memberi kelebihan khususnya dari sudut ekonomi mahupun geopolitik kepada negara haram Israel.

Pemetaan baharu Timur Tengah yang sedang dilakukan regim Zionis Israel ketika ini dijangka akan bertambah rancak lagi apabila Donald Trump mula memasuki Rumah Putih pada Januari tahun hadapan. Dengan majoriti barisan kabinetnya yang diumumkan baru-baru ini adalah pro Zionis dan menyokong segala tindakan regim Zionis Israel, besar kemungkinan peperangan Timur Tengah akan terus merebak dengan lebih luas. 

Sekian, harap maklum. Akan bersambung, insya Allah. Jahannam AS-Israel kerana ALLAH Maha Kuasa.

....

1 comment:

Anonymous said...

Sedap ka asam pedas type C tu..!?

Setahu hakak mana ada Type C suka masak asam pedas...

https://vt.tiktok.com/ZSjoCRVhU/

Asam pedas Melayu Melaka tak sedap ka...!? Asam pedas orang Melayu tak layan laaa...!! Asamledas Cina Singapork sedap kot..!!

https://vt.tiktok.com/ZSjoh56kD/

Esok lusa helok makan asam pedas kat Cina Singapork baru jadi Singaporean kann ..!!

Memburu bersama Singapork....


Kikikiki... Asam pedas mak aku lagi sedap laa..!

#memburukermemyakaugampang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails