Sunday, December 22, 2024

Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..

 


1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. 

Soalan:


Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat atau menunggu waktu sembahyang. Bolehkah terangkan hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat.

Jawapan:

Adapun hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

يجوز النوم في المسجد، ولا كراهة فيه عند الشافعية لفعل ابن عمر في الصحيحين، وكان أصحاب الصُفَّة ينامون في المسجد، ونام العرنيون في المسجد، ونام علي وصفوان بن أمية فيه، ونام غيرهم . وقال مالك : لابأس بذلك للغرباء، ولا أرى ذلك للحاضر. وقال الحنفية : يكره النوم في المسجد إلا للغريب والمعتكف وقال أحمد وإسحاق : إن كان مسافراً أو شبهه، فلا بأس، وإن اتخذه مبيتاً أو مقيلاً، فلا

Ertinya: “Harus tidur di dalam masjid dan tidak makruh padanya di sisi ulamak mazhab Syafie kerana perbuatan Ibnu Umar r.a. pada kitab Bukhari & Muslim. Dan adalah Ashab Suffah (orang-orang yang tiada berumah) mereka tidur di dalam masjid Nabi. Dan orang-orang Uraniyun juga tidur di dalam masjid dan telah tidur oleh Ali dan Safwan bin Umayyah di dalamnya dan tidur juga oleh selain mereka itu.

Dan telah berkata Imam Malik tidak mengapa dengan yang demikian itu oleh orang-orang yang merantau dan tiada aku lihat yang demikian itu bagi orang tempatan.

Dan berkata ulamak mazhab Hanafi dimakruhkan tidur di dalam masjid melainkan bagi perantau dan orang yang iktikaf.

Dan berkata Imam Ahmad dan Ishaq jika adalah dia sedang musafir atau seumpamanya maka tidak mengapa. Dan jika dia jadikan masjid sebagai tempat tinggal atau tempat duduk maka tidak boleh.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Wallahua’lam– HARAKAHDAILY 20/12/202 (sumber Ustaz Azhar Idrus)


2. Kewajipan bersama Parti Islam 

Muqaddimah

Islam adalah al-Din, bukan sekadar agama atau ideologi atau teori sahaja mengikut takrif bahasa. Maka Islam itu maknanya ajaran dan petunjuk Allah merangkumi seluruh kejadian manusia dan kehidupannya, serta matlamat kejadiannya diciptakan. Semua perkara agama, ideologi dan teori termasuk dalam ajaran Islam, menjadikannya berbeza dengan yang lain.

Para Rasul A.S yang diutuskan membawa Islam itu menghadapi manusia di zaman masing-masing secara menyeluruh. Bukan sahaja berdakwah menghadapi rakyat, bahkan mereka juga menghadapi Raja, pemimpin dan kerajaan di zamannya untuk membetulkan kesesatan akidah, urusan kehidupan dan akhlak.

Di zaman tidak ada Rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Allah telah mewajibkan adanya kumpulan, jamaah atau Parti Islam yang menyambung risalahnya yang tidak mati dengan kewafatan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang berdakwah kepada kebajikan (mengajak kepada Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (ali-‘Imran: 104)

Tiga sifat penting kepada kumpulan ini ialah: 

-Berdakwah kepada Islam yang sempurna. -Menyuruh dengan perintah dan nasihat kepada kebajikan. -Mencegah dengan kuasa pemerintahan, teguran dan penentangan terhadap kemungkaran, sehinggalah menguatkuasakan undang-undang.

Rasulullah S.A.W telah menafsirkannya secara amalan dan perjuangan sehingga menegakkan negara yang dinyatakan Allah:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (٤١)

“Mereka (kumpulan Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (al-Hajj: 41)

Ayat ini menjelaskan tentang model negara yang bercirikan: -Menegakkan negara ibadah -Konsep ekonomi yang adil -Berkebajikan -Kehaibatan Undang-undang Berwawasan balasan Allah di Hari Akhirat. 

(Ikuti selanjutnya 'Kewajipan bersama Parti IslamABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 8/5/2018) 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mari kita renung balik, meneliti hujjah-hujjah kewajipan bersama parti Islam yang dikemukakan oleh Presiden PAS dan mencari kesimpulan. 

Membezakan Islam dengan agama Yahudi yang bersifat fanatik kaum dan menyeleweng daripada Kitab Taurat. Atau Agama Kristian pula memisahkan urusan dunia daripada agama kerana meninggalkan Kitab Taurat yang disambung perjuangannya oleh Nabi Isa A.S. Atau juga agama-agama lain pula lebih jauh daripada semua kitab terdahulu.

Dalam ayat-ayat tersebut di atas Allah telah membahagikan manusia terhadap Islam kepada beberapa golongan. 

1- Beriman yang beristiqamah bersama Islam dengan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.

2- Golongan yang nyata menentang Islam secara berterus-terang khususnya kalangan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin. 

3- Di tengah-tengahnya pula ada kalangan munafiq yang mencari kesempatan tanpa imannya kepada Islam, serta menyembunyikan kekufurannya.

4- Ada pula kalangan yang lemah imannya dan kecil sahsiahnya, merasakan dalam keadaan bahaya atau tidak boleh mencapai kemenangan sekiranya tidak berwalikan orang-orang bukan Islam yang nyata itu. Kononnya inilah kebijaksanaannya, tetapi ditolak oleh Allah dengan huraian dalam surah yang lain. 

Firman Allah:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (١٣٩)

“Beritakan kepada orang-orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang pedih menyeksakan (138) Mereka itu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir yang menentang Islam sebagai para wali (pemimpin dan rakan yang diberi kesetiaan yang dipercayai), tidak mahukan kemenangan (keperkasaan dan kehaibataan) daripada orang-orang yang kafir itu? Padahalnya, bahawa kehaibatan dan kemenangan itu semuanya kepunyaaan Allah (139)” (an-Nisa’: 138-139)

5- Kalangan orang-orang bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan penganutnya.

● Kumpulan (Parti) Islam

Di kalangan umat Islam pula, Allah menegaskan kemunculan kumpulan atau parti yang meneruskan dakwah dan perjuangan menegakkan Islam selepas tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Dinyatakan pula sifat-sifat parti atau kumpulan yang sebenarnya menegakkan agama Allah (Islam lebih terperinci) ialah: 

1- Mengasihi Allah dan Rasul (menegakkan Islam mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W), bukannya orang yang menolak atau mempertikaikan Hadis Rasulullah S.A.W.

2- Merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kehaibatan terhadap kafir yang menentang Islam. Bukannya berani sesama Islam tetapi pengecut terhadap musuh.

3- Berjihad dengan makna kesungguhan mengembelingkan tenaga, diri dan harta bagi meninggikan Islam. Tanpa peduli terhadap orang yang menghina Islam. Bukannya bersekongkol bersama musuh Islam.

4- Berwala’ dengan tegas bahawa Islam itu wajib memimpin bukannya dipimpin dan dipergunakan.

● Kedudukan bukan Islam yang tidak bermusuh.  Dalam surah yang lain Allah mengizinkan bertahaluf (bekerjasama dengan konsep persefahaman) dan berta’awun (bertolong-menolong) dengan kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh, bahkan diwajibkan menolong dan berlaku adil. 

Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)  

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah: 8) 

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢)

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haram itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (al-Maidah: 2)

Tolonglah Melayu/Islam di negara ini untuk kali ini saja..

PAS pernah menafikan persempadanan semula seperti yang disebutkan pemimpin DAP masa itu merugikan bukan Islam. Tetapi sebenarnya jelas merugikan orang Melayu beragama Islam. Tak betul sama sekali mengatakan bahawa 'pakatan  UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, akan terhapus. Amat bahaya sekali meniupkan api perkauman begitu.

Yang penting, kalau orang Melayu tidak mahu terancam, berilah sokongan supaya hasrat parti Islam PAS/PN membuat persempadanan semula dengan memenangkan PAS/PN dalam Pilihan Raya Umum ke16 akan datang. 

Cuma untuk kali ini saja, kalau PAS/PN menang walau sepenggal pun, PAS/PN sudah mampu membuka kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara yang biasanya ramai kaum bumibutera dan penduuk luar banar. Baru adil, orang kampung pun ada wakil rakyatnya di parlimen.  Itulah jalan mudah sebenarnya memperjuangkan Melayu Islam di negara ini. 

Cuba teliti bagaimana Singapura di bawah Lee Kuan Yu menghapuskan hak Melayu melalui kawasan pengundian di Singapura, yang dulunya asal Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimana persempadanan dibuat membenarkan hanya 28% saja orang Melayu boleh mengundi? 

Samakah dengan Malaysia yang cuba memperbanyakkan kawasan parlimen perbandaran yang ramai kaum Cina tetapi tidak di luar bandar, di kawasan yang ramai orang Melayu Islam? Apa kurang cerdik sangatkah pemimpin Melayu/Islam di negara ini?

.....

Friday, December 20, 2024

Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.

 

1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019

GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman dan guaman termasuk seorang menteri menari bersama dalam satu majlis makan malam merupakan tidak wajar.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata perkara ini sangat janggal apabila dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Katanya, kejanggalan teramat sangat apabila orang yang dianggap sebagai payung keadilan meletakkan diri mereka ditempat yang sangat sensitif buat majoriti rakyat.

"Wajah Malaysia Baharu dilihat begitu celaru dari segi sosial dan budaya apatah lagi agama," katanya.

Seterusnya lihat ini.. 

Kerajaan celaru, umum dahulu kaji kemudian.  -December 20, 2024. 

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan dua tahun pemerintahan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai kerajaan yang tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengumumkan sesuatu perkara.

“Saya tengok banyak yang dibuat kerajaan ni, dia umum dulu baru kaji. Nampak macam belum ada sesuatu yang betul-betul masak […] (Sila rujuk HarakahDaily).


2. Menyelamatkan negara dari politik celaru dibawa PH March 20, 2020

Presiden dan 4MB PAS bertemu Tun M.

KUALA LUMPUR: Gabungan baharu Muafakat Nasional-BERSATU sama sekali tidak menjatuhkan Kerajaan PH, sebaliknya bertindak menyelamatkan negara dari kancah politik celaru yang disebabkan pakatan itu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, PAS mengambil pendekatan mendukung Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik oleh PH, bagi menyelamatkan negara.

“Sebagai pembangkang yang menasihat, bukan pembangkang yang buat provokasi untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang berlaku ialah pergolakan dalam PH sendiri yang menimbulkan masalah sehingga menjatuhkan kerajaan itu sendiri,” ujarnya.

Beliau mengupas dakwaan tersebut ketika temubual dalam Bicara Harakah 2 yang disiarkan dari Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Bahkan beliau menafikan juga tuduhan ‘pintu belakang’ digunakan, sebaliknya ia berlaku secara konsep demokrasi yang betul melibatkan hak rakyat dan juga wakil-wakil rakyat telah dipilih.

“Di mana kita mengambil pendekatan mengumpulkan wakil-wakil rakyat yang ada bersama kita, dan wakil rakyat yang ada dalam kerajaan yang dulu, untuk membuat satu perubahan dan berjaya mendapat majoriti melalui Perlembagaan dan melalui konsep Raja mengikut Perlembagaan,” jelasnya. 

Sedangkan PH menurutnya, menjadikan Tun M sebagai ‘anak tangga’ untuk meraih pemerintahan yang berbeza dari dukungan PAS di mana melihat tokoh itu penting secara praktikal untuk kekal hingga habis penggal.

“Dengan sebab itu, kita memberi Undi Kepercayaan kepada Tun, yang tidak pelik dalam demokrasi Barat. Boleh beri Undi Kepercayaan dari pembangkang, tidak salah. Tapi malangnya, mereka membuat pusingan-U, tak setuju dengan undi ini.

“Kemudian bila saat-saat akhir, mereka sokong balik (Tun M) setelah kita batalkan Undi Kepercayaan itu, mereka sokong Tun sebagai calon. Kemudian mereka pusing balik, pusingan U balik. Oleh kerana kerap kali pusingan U ini menyebabkan mereka rebah terlentang ke belakang.

“Kita sekali pusing saja bila Tun dijadikan anak tangga, dan kita rasa tak boleh selamat dengan Tun, maka kita buat pendekatan sendiri memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya mengimbas ‘sejarah’ tersebut.

Tambah beliau, Tun M semasa memimpin negara berdepan anggota-anggota Kabinet yang bermasalah di mana tidak sehaluan dengan beliau bahkan tidak juga bertindak untuk menyelamatkan negara.

Malah, dipertengah pemerintahan ujarnya, mereka memberikan tarikh-tarikh untuk Tun M meletakkan jawatan di mana hal tersebut telah mengganggu perjalanan urus tadbir negara hingga muncul pelbagai ‘langkah’ baru-baru ini. 
HARAKAHDAILY 20/3/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menurut maklumat kata kamus bahasa Melayu, 'celaru' [ce.la.ru] 'چلارو'. Definisi: bercelaru tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll)...

Maka tidak boleh dibiarkan kerajaan Malaysia kita yang berdaulat ini, berada dalam keadaan bercelaru.  Politik PH-BN juga jadikan negara kita bercelaru tidak tentu arah dan hala tuju, yang lari dari perjuangan negara umat Islam.

Sekian mengenai celaru! 

....

Wednesday, December 18, 2024

Syria, Gaza, S'pura Batu Putih -putih mata. & Tun M?

 

Syria, Gaza, S'pura Batu Putih  -putih mata?

1. Sejarah Singapura yang dibutakan, Batu Puteh yang berputih mata. December 16, 2024

SEJARAH Singapura dijajah British penuh dengan kisah penipuan, hasil kebodohan sendiri dan gelojoh harta dan takhta sehingga boleh ditipu oleh penjajah. Cerita benar yang dilupakan dalam lipatan sejarah tanah air sehingga generasi baru jahil cerita tanah airnya.  

Senario Singapura terputus daripada Semenanjung Tanah Melayu kerana kejahilan politik bangsa Melayu yang jahil agama, sehingga ditipu penjajah apabila menganggap politik itu kerja menipu dan kotor. Hakikatnya terbalik bahawa sebenarnya yang tidak berpolitiklah  menjadi mangsa penipuan diperkudakan dan ditipu. Akhirnya, dicuri kuasa politik tanah airnya.

Menjadikan bangsa Melayu di Singapura tenggelam laksana tenggelamnya kaum Nabi Nuh oleh peristiwa taufan paling besar dalam sejarah manusia yang meranapkan generasi awal zuriat Nabi Adam dan Nabi Nuh menyambung zuriatnya. 

Mereka ditipu oleh para pemimpin supaya menentang Rasul Allah Nabi Nuh AS, menuduh Nabi Nuh bodoh, berpolitik gila kuasa dan sesat padahal mereka menyaksikan benar dan bijaknya Rasul pilihan Allah, namun mereka tidak percaya kepadanya dan amaran Allah yang diberitahu oleh nabinya yang wajib bersifat benar.  

Firman Allah SWT:

فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةً مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤ إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ٢٥

“Maka, pemuka-pemuka (para pembesar) antara kaumnya menjawab, ‘Orang ini (Nuh) tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa  malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu. (24) Dia tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu’ (25)” [Surah al-Mu’minun: 25-26]

Adapun Melayu mungkin menerima nasib tidak bersambung zuriatnya, laksana kaum Red Indian di benua Amerika dan orang asal di New Zealand dan Australia yang terpinggir di tanah air sendiri. 

(Ikuti selanjutnya, 2024,'Sejarah Singapura yang dibutakan, Batu Puteh yang berputih mataDecember 16, ABDUL HADI AWANG Presiden PAS, Bertarikh: 21 Jumada al-Akhirah 1446 / 16 Disember 2024' HARAKAHDAILY 16/12/2024)


2. Fasa baharu Syria pasca Basyar al-Asad 

Rakyat Syria meraikan berita pemerintahan Bashar Al-Asad telah berakhir.

Ahad, 8 Disember 2024 telah tercatat dalam sejarah “tumbang”nya Damsyik, ibu kota Syria ke tangan kumpulan penentang Basyar al-Asad. Ia juga menandakan berakhirnya pemerintahan keluarga al-Asad ke atas Syria yang bermula dengan Hafiz al-Asad melalui rampasan kuasa pada 13 November 1970.

Berita tumbangnya kerajaan pimpinan Basyar al-Asad telah mengejutkan komuniti dunia dengan kumpulan penentang memulakan serangan ke atas Syria yang berpusat di Aleppo sekitar penghujung November lalu dan hanya mengambil masa tidak sampai 2 minggu untuk sampai serta menawan Damsyik sekaligus menumbangkan rejim Basyar al-Asad.

Kumpulan penentang ini terbahagi kepada dua kumpulan:

1- Syrian Democratic Force (SDF) dan Kurdistan Workers Party (PKK) yang disokong dan mendapat bantuan daripada Barat.

2- Haiah Tahrir al-Syam (HTS) dan Syrian National Army (SNA) di mana kebanyakan daripada ahli kedua-dua kumpulan ini mempunyai latar belakang pemikiran Islam serta didokongi oleh Turkiye.

Serangan mengejut kumpulan penentang Basyar al-Asad ini menimbulkan kegusaran di kalangan banyak pihak apatah lagi ketika ini sedang berlaku perang, baik di Lubnan dan Semenanjung Gaza kerana dikhuatiri ia akan melemahkan rangkaian “Mihwar al-Muqawamah” atau “Axis Of Resistant” yang sedang berhadapan dengan regim Zionis Israel dengan bantuan penuh daripada Barat.

Namun begitu, kelicikan regim Zionis Israel dan Barat untuk menyelinap masuk sekaligus memulakan operasi ketenteraan ke atas Syria melalui SDF dan PKK dalam usaha untuk memecahkan Syria serta menguasai sempadan Syria-Iraq adalah rahsia umum yang sudah terdedah. Bahkan juga ia akan mengancam keselamatan Turkiye yang menjadi sebahagian daripada kerangka besar strategi peluasan negara haram Israel.

Jika kedua-dua kumpulan ini dapat menguasai sempadan Syria-Iraq, ia akan mampu menghalang “jalan utama” bantuan Iran kepada Hizbullah yang melalui Syria seterusnya akan melemah serta melenyapkan rangkaian “Axis of Resistant” di Syria sekaligus mampu menjadikan Syria sebagai “zon pemampan” bagi menjamin keselamatan negara haram Israel.

Dengan HTS dan SNA hanya menguasai Aleppo dan Idlib sahaja di Syria, adalah mustahil untuk menggagalkan rancangan licik regim Zionis Israel dan Barat. Maka untuk menggagalkan rancangan jahat regim Zionis Israel dan Barat, Turkiye melalui proksiya telah melancarkan operasi “Rad’a al-u‘dwaan”.

(Ikuti selanjutnya 'Fasa baharu Syria pasca Basyar al-Asa'  HARAKAHDAILY 16/12/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presien PAS buat penjelasan mengenai Tun M bukan penyebab negara hilang Batu Puteh.  

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa negara sudah kehilangan Batu Puteh sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah Malaysia pada tahun 1981.

Dakwa beliau, wujud surat kenyataan rasmi bertarikh 21 September 1953 kepada Setiausaha Kolonial di Singapura berhubung penyerahan terumbu Batu Puteh kepada Singapura oleh kalangan tertentu yang pendek akal.

Menurutnya, tindakan yang kurang cerdik itu ditutup oleh pembohong dan penipu dengan cara terbuka.

“Ia laksana menudung bangkai dengan tapak tangan kecil bagi menyalahkan Tun Mahathir yang tidak ada kaitan menyerahnya kepada penjajah. “Parlimen ‘diperkudakan’ menjadi penipu secara lakonan dengan memaksa Dr Mahathir menjadi hero dituduh, sedangkan hero sebenar yang menipu berlindung di belakang pentas Parlimen,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 5 Disember lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam laporan diedarkan kepada ahli Parlimen, mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.

Prosiding diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Bagaimanapun, Dr Mahathir mempertahankan tindakan tersebut sebagai keputusan bersama atau secara kolektif kesemua anggota Kabinet ketika itu, bukannya keputusan beliau bersendirian. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perkara paling menarik dalam hal berkenaan adalah pelakon tambahan terdiri daripada orang Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Adapun DAP yang terkenal lantang bersuara tidak perlu bersuara kerana ada khadamnya.  Nampak tidak setianya kepada negara dan lebih rela kepada negara asing. Tidak mengenang budi diberi kerakyatan walau sifat pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah,” ujarnya. (SH)

Al-hamdulillah. Sekian, jumpa lagi di tulisan mendatang.

....

Monday, December 16, 2024

Muka X malu! Tarik 40 kes rasuah.. & episod hitam.

 

1. Tak wajar tarik rayuan 40 kes rasuah Zahid

Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menarik rayuan terhadap pembebasan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam kes rasuah berkaitan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) adalah sesuatu yang amat mengecewakan dan mencalarkan prinsip keadilan di negara ini. 

Langkah ini bukan sahaja menimbulkan persoalan serius tentang komitmen kerajaan terhadap usaha memerangi rasuah, tetapi juga mencetuskan kegusaran terhadap ketelusan di pihak Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara.

Dalam kes ini, tertuduh, Zahid menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta (RM47.08 juta) daripada UKSB ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Wang tersebut didakwa diterima bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta bagi mengekalkan perjanjian kontrak membekalkan sistem bersepadu VLN kepada Kementerian Dalam Negeri.

Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan membawa hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. Selain itu, beliau juga menghadapi tujuh pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana memperoleh SG$1.15 juta (RM4 juta), RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc (RM79,000), dan AS$15,000 (RM70,200) daripada UKSB, yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

(Sila lihat selanjutnya 'Tak wajar tarik rayuan 40 kes rasuah Zahid'  -HARAKAHDAILY 14/12/2024)


2. Satu lagi episod hitam sistem keadilan negara 

Penarikan rayuan oleh Peguam Negara terhadap 40 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes VLN mengecewakan rakyat. Tindakan ini mencetuskan persoalan besar mengenai prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia. Tidak syak lagi ia merupakan satu lagi detik episod hitam dalam sistem keadilan negara.

Keputusan ini mencerminkan seolah-olah wujud dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang. Jika seorang pemimpin tinggi negara boleh dilepaskan tanpa perbicaraan penuh, mengapa rakyat biasa perlu menjalani proses perundangan yang ketat? Perkara ini mencalarkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara dan menggugat prinsip Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.

(Sila lihat selanjutnya 'Satu lagi episod hitam sistem keadilan negara–HARAKAHDAILY 14/12/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamulillah, Pas bersih rekod rasuah, pecah amanah selama 33 tahun. Tiada parti-parti lain di Malayia memperolhi kecerlangan seperti PAS. Lihat ini...

Pas bersih rekod rasuah, pecah amanah selama 33 tahun.  

Kota Bharu: Pas bersih daripada rekod rasuah atau pecah amanah selama 33 tahun pentadbirannya di Kelantan walaupun dilabel sebagai parti yang tidak tahu memerintah berikutan dasar membangun bersama Islam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata, pencapaian itu sepatutnya dibanggakan kerana ia adalah nilai sebenar yang perlu ada dalam sesebuah kerajaan dan bukan hanya pembangunan semata-mata. 

Beliau berkata demikian melalui ucapan di Jelajah Ceramah Pakat Pertahan di Pekarangan Pasar Tok Guru, Cabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, timbul persoalan apa yang boleh dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) jika Kelantan diserahkan di bawah pimpinan parti berkenaan.

"Buktinya, selama enam bulan mereka memerintah kerajaan pusat, namun dilihat masih tidak mempunyai hala tuju. Ada yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara Menteri Kewangan yang terbaik tetapi sehingga hari ini tiada hasil dilihat.

"Dalam tempoh masa pemerintahannya, masalah ekonomi negara masih juga tidak diselesaikan malah harga barangan juga tidak turun begitu juga dengan nilai mata wang negara yang terus merosot.

"Pengundi ada hak daripada segi undang-undang untuk memilih parti atau menukar kerajaan, tetapi sebagai orang Islam yang beriman perlu ada pertimbangan agar kepimpinan yang dipilih boleh memberi manfaat kepada bangsa agama dan negara," katanya. (MyMetro -Disiarkan pada: Jun 18, 2023 @ 10:14am)

Sekian, inilah hadiah dari PAS dan Islam untuk rakyat Malaysia khasnya, dan kemanusiaan sejagat umumnya. Wallahu 'aklam.

....

Sunday, December 15, 2024

Orang Melayu terancam, 'Hate Speech' G/Eng & ..



1. Dasar berbaur liberal: Hak Melayu terancam March 9, 2023 

Mohd Zai Mustafa

KUALA LUMPUR: Nasib ekonomi dan hak orang Melayu semakin terabai dan terjejas, malah mungkin akan terlupus dalam tempoh 10 tahun jika sekiranya tiada usaha tegas mempertahankannya.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata, perkara itu adalah akibat dasar liberal dan agenda DAP yang mula diserap dan menyerap masuk dalam dasar dan polisi negara.

“Dalam bidang ekonomi sehingga kini, tiada usaha yang jelas dan tegas dalam pembentangan bajet 2023 khususnya bagi mempertahankan dan memperkukuhkan usahawan dan peniaga Melayu yang masih terjejas teruk pasca pandemik.

“Dasar meritokrasi dalam peluang ekonomi jika dilaksanakan akan membunuh perniagaan orang melayu yang masih memerlukan kuota dan sokongan peruntukan dalam bidang tertentu.

“Usahawan Melayu masih memerlukan kuota khas bumiputera bagi mendapat peluang ekonomi contohnya kuota khas kepada tender bumiputera dan lain-lain bidang kerana mereka tidak boleh dan mampu bersaing di bidang swasta,” kata kepada HarakahDaily.

Menurut beliau, kemampuan orang Melayu memiliki hartanah juga semakin mengecil dan tertekan akibat harga rumah yang semakin tinggi dan meningkat.

“Keputusan kerajaan membawa masuk pakar perumahan daripada Singapura HDB (Housing Development Board) sudah pasti akan memberi kesan lebih buruk kepada pemilikan hartanah. 

“Kesan ini telah pun berlaku di Singapura dan Pulau Pinang bila pembangunan dilaksanakan secara skala besar orang Melayu di kawasan tersebut akan terkeluar ke pinggir dan luar bandar,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya dasar liberal dan sama rata kerajaan PH-BN telah menyerap masuk dalam polisi kerajaan, Ummah berpendapat soal kepentingan orang Melayu dan hak bumiputera akan semakin terancam dan akan terlupus dalam tempoh 10 tahun sahaja.

“Kesedaran wajar digerakkan secara berterusan agar usaha mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dalam perlembagaan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan dan pemilikan ekuiti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan akan tetap terpelihara dan dipertahankan,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/3/2023


2. Guan Eng Dan "Hate Speech"Nya 
oleh: Dr Kamarul
Keras sekali kenyataan terbaru Lim Guan Eng terhadap UMNO dan PAS.
Kata beliau: Pakatan UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, terhapus.
Keras sekali kenyataan terbaru Lim Guan Eng terhadap UMNO dan PAS. Kata beliau: Pakatan UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub didalam PerlembagaanPersekutuan, terhapus. Kata beliau lagi: Kerajaan baru yang diketuai oleh UMNO dan PAS akan menjadikan:
(1) Bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh memegang jawatan Menteri dalam Kabinet;
(2) Sekolah jenis kebangsaan yang mengajar bahasa ibunda ditutup;
(3) Bukan Islam khususnya Kristian tidak boleh berkumpul untuk sembahyang;
(4) Barangan dan perniagaan bukan Islam diboikot;
(5) Bukan Islam dan bukan Melayu yang menentang mereka digelar babi, pengganas dan komunis. 

Kelihatan agak jelas bahawa ini adalah ucapan kebencian (“hate speech”). 
Mengapa perlu Lim Guan Eng memainkan sentimen kaum dan agama?
Apakah pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hanya berdiam diri sahaja?
Berapa banyak laporan polis jika yang berkata adalah
dari UMNO dan PAS? (Oleh DrKamarul)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melayu tidak akan terancam jika terjadi begini. Ertinya PAS tidak 
bersetuju atau PAS nafi persempadanan semula 
seperti yang disebutkan pemimpin DAP itu merugikan bukan Islam. Bahkan jelas merugikan orang Melayu beragama Islam. 

Tak betul sama sekali mengatakan bahawa 'pakatan  UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan  Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, akan terhapus. Bahaya  
sekali meniupkan apa perkauman begitu.  

Mohd Khairuddin (tengah) dan Menteri Besar Johor, Datuk 
Ir Hasni Mohammad (kanan) melihat produk kenaf bagi 
kegunaan dalam pembinaan selepas Majlis MoU antara LKTN 
dan KBSB di Iskandar Puteri, pada Isnin.

PAS nafi persempadanan semula rugikan bukan Islam. SH:19 April 2021 12:40pm. 

ISKANDAR PUTERI - Pas menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa hasrat parti Islam itu membuat persempadanan semula sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya akan merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, langkah tersebut adalah untuk mengembalikan semula hak kepada rakyat yang ditindas selama ini.

"Hasrat Pas melakukan persempadanan semula sekiranya menang PRU15 adalah impian setiap parti, mana ada parti yang tidak mahu perluaskan penguasaan mereka. Ini realiti.

"Selain itu, ia juga menjadi hak rakyat di kawasan terlibat untuk persempadanan semula khususnya melibatkan negeri di pantai timur yang dizalimi begitu lama dari sudut keluasan dan jumlah Parlimen.

"Sebagai contoh Terengganu, sejak 1963 hanya ada lapan Parlimen sehingga kini. Kelantan ada 14 kerusi Parlimen, Kedah 15 dan Pahang 14.

"Ini merupakan satu perkara yang kita hendak betulkan dan kembalikan hak kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan KPRJ Builders Sdn Bhd di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di sini pada Isnin. 

Pada Ahad, Guan Eng ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka di Melaka berkata, hasrat Pas melaksanakan persempadanan semula seandainya menang dua per tiga dalam PRU15 adalah dasar aparteid yang menafikan hak bukan Islam.

Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mengadakan persempadanan kawasan berdasarkan kaum dan agama.

"Pas ini yang paling bahaya, sebab apa kena menang majoriti dua per tiga supaya boleh buat persempadanan semula yang hanya menguntungkan orang Melayu dan orang Islam sahaja. Ini menafikan hak orang bukan Islam," ujar Guan Eng.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Khairuddin berkata, hasrat Pas itu tidak sekali-kali akan merugikan masyarakat bukan Islam sebaliknya kenyataan Guan Eng hanyalah dakwaan pembangkang yang merasakan mereka akan mengalami kerugian.  

Mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Pas sebagai parti paling berbahaya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, Pas sememangnya merupakan parti paling berbahaya kepada DAP kerana perbezaan ideologi kedua-duanya.

"Betul, bahaya kepada DAP. Pas parti paling bahaya kepada DAP kerana ideologi DAP bertentangan dengan ideologi dibawa Pas, iaitu Parti Islam Semalaysia.

"Itulah yang menakutkan DAP dan bukan sekali mereka takut pada kita, tetapi dari dulu lagi," katanya yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. (SH)

Sekian dulu unuk kali ini, akan bersambung, insya Allah.


Pesan Akhir

Yang penting, kalau orang Melayu tidak mahu terancam, berilah sokongan supaya hasrat parti Islam PAS/PN membuat persempadanan semula dengan memenangkan PAS/PN dalam Pilihan Raya Umum ke16 akan datang. 


Kalau PAS/PN menang walau sepenggal pun, PAS/PN sudah mampu membuka kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara yang biasanya ramai kaum bumibutera dan penduuk luar banar. Baru adil, orang kampung pun ada wakil 
rakyatnya di parlimen.

Itu saja jalan mudahnya memperjuangkan Melayu Islam 
di negara ini. 

.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails