Monday, January 29, 2024

Tanpa pencen, pesara tentera jadi pemandu lori..

 

Ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, serta kerja-kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka. (FOTO HIASAN)

Tanpa pencen, bagaimana mereka mahu tampung kehidupan?

Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, baru-baru ini merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan.

Walaupun ia bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia.

Terlebih dahulu, pada tahun 2020, kerajaan telah pun menjalankan dasar memberhentikan elaun kritikal yang sebelumnya diberikan kepada kakitangan kerajaan sektor penting seperti perubatan dan perundangan.  

Bagaimanapun, keputusan itu membebankan lantikan baru sektor-sektor tersebut kerana tanpa kelebihan dari segi manfaat seperti elaun kritikal dan sebagainya, sektor swasta dilihat lebih menarik kerana bayaran dan elaun mereka adalah lebih tinggi. 

Ini menyebabkan ramai pegawai perubatan serta peguam sektor awam ini memilih untuk bertukar kepada sektor swasta dan ada juga yang membuka syarikat firma dan klinik mereka sendiri.

Terkini, keputusan kerajaan untuk tidak menawarkan lagi skim berpencen kepada seluruh kakitangan awam lantikan baru merupakan satu keputusan yang amat membimbangkan. 

Beberapa faktor yang perlu dilihat adalah dari segi gaji yang lebih rendah dari sektor swasta, manfaat yang berkurang, serta keterjaminan kehidupan untuk masa akan datang. 

Ada pendapat yang mengatakan bahawa wang yang terkumpul di dalam Akaun Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menampung kehidupan pekerja setelah sampai umur persaraan mereka iaitu sekitar 56 tahun hingga 60 tahun. 

Namun demikian, dalam keadaan ekonomi sekarang yang sedang kita hadapi dengan pekerja sektor swasta, masih terdapat masalah kekurangan wang saraan melalui akaun KWSP mereka yang tidak mencapai jumlah sasaran minimum iaitu RM240,000. 

Ada juga masalah pesara yang tidak mempunyai kemahiran dalam menguruskan wang KWSP mereka di mana kesemua wang tersebut habis dalam jangka masa hanya 2 hingga 3 tahun.

Seterusnya, jawatan-jawatan di sektor kerajaan dilihat sebagai pekerjaan yang memberikan jaminan serta keistimewaan dengan skim berpencen. 

Disebabkan itu, kakitangan awam memilih untuk bekerja di sektor kerajaan walaupun mereka tahu gaji yang diberikan adalah kurang dari sektor swasta. 

Ini kerana, mereka tahu bahawa pekerjaan di sektor kerajaan ini boleh memberikan manfaat kepada mereka di masa hadapan iaitu setelah mereka mencapai usia persaraan. 

Manfaat pencen ini juga memberikan motivasi dan semangat kakitangan awam untuk bekerja dengan baik dan ada juga yang sanggup bekerja lebih masa walaupun tidak diberikan bayaran untuk kerja lebih masa. 

Kita juga harus lihat industri atau sektor pekerjaan awam yang kritikal seperti tentera, polis, bomba, dan yang lain sepertinya di mana gaji pegawai rendah tidak membolehkan caruman KWSP mereka cukup untuk menampung mereka di usia persaraan. 

Tentera juga ada yang perlu bersara secara wajib pada usia muda sekitar umur 40-an yang mana mereka masih mempunya anak-anak yang perlu ditanggung untuk pembelajaran mereka. 

Tanpa skim pencen, bagaimana golongan ini boleh menampung kehidupan mereka? Sedangkan pada ketika ini, ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, serta kerja-kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka.

Perubahan dasar skim pencen ini harus dikaji semula dan dibincangkan dengan badan-badan tertentu seperti Cuepacs dan sebagainya dan perlu di adakan wacana pemikiran bersama kakitangan awam secara terbuka supaya dapatan dari perbincangan tersebut boleh memberikan solusi yang lebih baik. 

Skim pencen boleh diberhentikan, namun waktunya belum sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang serta kekurangan kemahiran pekerja dalam menguruskan wang KWSP secara baik.  HARAKAHDAILY  26/1/2024

Dr Safiah Omar ialah pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
Tanpa pencen, pesara tentera jadi pemandu lori.. 

(i) M40 gaji RM5,000 pun tak cukup, bagaimana B40 mengais?

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 dijangka lebih mencabar dan suram berdasarkan rekod dan prestasi sepanjang tahun 2023, sekali gus bakal memberi impak teruk ke atas daya tahan kehidupan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Awang Hashim mengimbas petunjuk tersebut daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia iaitu 4.73 berbanding Dolar Amerika Syarikat yakni paras terendah sejak 26 tahun.

“Sebenarnya pada tahun lepas iaitu Oktober 2023, Malaysia juga mencatat Ringgit terendah dalam sejarah pada harga 4.79 berbanding Dolar AS. Sejak Jun 2023, Ringgit tidak pernah naik melebihi paras 4.50 berbanding Dolar AS.

“Ringgit juga jatuh kepada 3.53 berbanding Dolar Singapura. Sejak tahun 2020, pada tahun 2023 inilah tahun pertama Ringgit Malaysia jatuh melebihi paras 3.50 berbanding Dolar Singapura,” ujarnya.
(Sila rujuk 'M40 gaji RM5,000 pun tak cukup, bagaimana B40 mengais?'   -HARAKAHDAILY 26/1/2024)


(ii) DAP tidak setia negara, pinggir Melayu di Pulau Pinang 
KUALA LUMPUR: DAP adalah parti politik yang tidak setia kepada negara kerana berjuang berdasarkan rangka perlembagaan dan agenda Negara Sekular dengan menolak kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. 

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, ketidaksetiaan DAP itu juga kerana mengusahakan hak kesamarataan rakyat Malaysia melalui agenda ‘Malaysian Malaysia’.

“Perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketegangan dalam masyarakat terutamanya di kalangan Bumiputera. Ini disebabkan DAP berjanji untuk menghapuskan kuota serta hak keistimewaan kaum majoriti.

“Sentimen perkauman yang dikaitkan dengan DAP telah lama wujud hingga menyebabkan perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. (Sila rujul 'DAP tidak setia negara, pinggir Melayu di Pulau Pinang' – HARAKAHDAILY 26/1/2024)

(iii) Terkini, Israel masih hidup hasil ‘pernafasan buatan’. -Iran.
Hojjatoleslam Mohammad Javad Haj Ali Akbar. (FOTO: MNA)

TEHRAN: Merujuk kepada kegagalan rejim Israel dalam mencapai matlamatnya mengalahkan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, pemimpin sementara Solat Jumaat Tehran berkata, Zionis masih hidup dengan bantuan ‘pernafasan buatan’ Centcom.“Selepas 110 hari sejak operasi Taufan Al-Aqsa, semua berita menunjukkan kekalahan rejim Zionis dan penyokong mereka,” kata Hojjatoleslam Mohammad Javad Haj Ali […]

Sila log in atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

(Sila rujuk 'Rejim Israel masih hidup hasil ‘pernafasan buatan’ Centcom')

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam.