Saturday, February 17, 2024

Penunggang GrabFood merayu.. Rakyat semakin terrtekan.

 

Kamarul Baharin dalam sidang media sebelum serahan memorandum oleh penunggang GrabFood kepada Kementerian Pengangkutan di Bangunan Pentadbiran Persekutuan, di Putrajaya pada hari ini, 16 Feb 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee

Kami rakyat Malaysia: Penunggang GrabFood rayu kerajaan

PUTRAJAYA: Pekerja yang mencari rezeki sebagai penunggang GrabFood di negara ini merayu agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan, tampil untuk menyelesaikan masalah dihadapi mereka kerana semua yang terlibat adalah rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor menyifatkan tuntutan penunggang GrabFood bukannya meminta lebih daripada apa yang sepatutnya.

“Mereka itu hanya meminta yang wajar dan sepatutnya diberikan kepada mereka, malah ia (tuntutan) tidak menjadikan golongan pekerja tersebut kaya, dan Grab Malaysia sebagai majikan harus memikirkan perkara tersebut.

Apatah lagi menurut beliau, tuntutan tersebut adalah untuk kesinambungan hidup menyara keluarga mereka, selain golongan penunggang GrabFood  juga adalah penyumbang kepada ekonomi Malaysia.

“Inilah orang-orangnya. Inilah juga semua rakyat Malaysia ni. Tak ada pun orang luar yang bekerja nak cari makan. Kita faham yang majikan pun memang cari makan juga kan? Dah tentulah mahu keuntungan.

“Hak kita sebagai pekerja yang sepatutnya dibayar bersesuaian dengan usaha kita, dengan kehendak kita, dan dengan titik peluh kita… perlu diberikan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas serahan memorandum oleh penunggang GrabFood kepada Kementerian Pengangkutan di Bangunan Pentadbiran Persekutuan, di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap kementerian mengambil tahu isu tersebut dan membuat sedikit tindakan atau perubahan, untuk menambahbaik nasib golongan penunggang GrabFood selari evolusi pekerjaan dan perkhidmatan terkini globali.

“Diharap adanya penyelesaian win-win situation kerana isu ini melibatkan pendapatan untuk sara hidup selain menggerakkan ekonomi Malaysia pada masa kini,” katanya.  HARAKAHDAILY  16/2/2024  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penunggang GrabFood merayu.. Rakyat semakin terrtekan.

Apa kata AP Rantau Panjang?  


Nilai ringgit terus jatuh, rakyat semakin tertekan

KUALA LUMPUR: Ringgit yang merekodkan penurunan berterusan boleh memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan keadaan semakin teruk sudah tentu akan memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat. 

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyuarakan kebimbangan situasi lebih buruk dari dasar baru kerajaan dengan kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan banyak perkara yang menjejaskan pendapatan rakyat. 

Ditambah lagi kata beliau, dengan keadaan pengangguran yang masih tinggi khususnya dalam kalangan siswazah di mana juga masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan memerintah pada hari ini. 

“Nilai mata wang Malaysia yang semakin turun itu menjadi tekanan rakyat pada tahun 2024. Kita akan menyambut Ramadan, Hari Raya dan Raya Haji. Kita mendengar keluhan rakyat di seluruh pelusuk negara betapa kos barangan keperluan harian semakin mahal,” katanya. 

Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan, Kerukunan Rumahtangga PAS Pusat itu berkata, kos perubatan juga akan naik dan ini satu beban yang sangat menekan kehidupan rakyat kebanyakan termasuk akses kesihatan.

“Kita mengharapkan kerajaan hari ini dapat melihat isu ini dengan lebih serius. Ini satu perkara yang sangat membimbangkan. Sebab itu kita mengharapkan setiap keluarga perlu mengatur kehidupan keluarga supaya lebih berjimat cermat. 

“Yang utama diutamakan, antaranya pendidikan anak-anak, keselamatan dan kesihatan mereka,” katanya.

Nilai Ringgit Malaysia (RM) jatuh kepada 4.728 berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) yang merupakan paras terendah dalam 26 tahun menjadi bukti terbaru kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 15/2/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Wednesday, February 14, 2024

Sejarah Tahun Baru China dalam Islam? Komen atas T/Presiden PAS. Maaf!

 


Corettan Kisah: Timbalan Presiden PAS.

Salman Al Farisi merupakan Gabenor Kufah di zaman Saidina Umar al-Khattab. Di hari-hari akhir hidupnya beliau menangis. Tangisannya yang sangat kuat menyebabkan para Sahabatnya bertanya kepada beliau kenapa beliau menangis.

Beliau berkata, “Aku teringat kepada sabda kekasihku, Rasulullah S.A.W yang; “Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini, seumpama bekalan seorang musafir. Sedangkan kita mengambil seluruh dunia ini berserta isinya”.

Mereka kehairanan kerana Salman hanyalah memiliki tiga harta;

  1. Sebatang tongkat untuk berjalan.
  2. ⁠Sehelai kain serban besar untuk hamparan kepada tetamu dan diguna sewaktu menghakimi.
  3. ⁠Sebiji cawan besar untuk minuman, berwuduk dan keperluan harian.

Para Sahabat bertanya kepada Salman Al Farisi, “Sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa harta dunia pada kamu melainkan tiga ini sahaja. Lalu Salman menjawab, Itulah yang aku fikirkan, bagaimana akan aku jawab depan Allah terhadap tiga benda yang aku miliki ini” (Dipetik dari Buku Mutiara Tasawwuf Ibn Ataillah)

Subhanallah! Semoga apa yang kita miliki kini tidak menyusahkan kita di akhirat nanti.

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
6 Februari 2024 – HARAKAHDAILY 6/2/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sejarah Tahun Baru China dalam Islam? Komen atas T/Presiden PAS. Maaf!

Gambar hiasan..

Sambutan Tahun Baru Cina eratkan perpaduan kaum 

Asrul Aimran (duduk, kanan) meluangkan masa menyantuni masyarakat Tionghua di DUN Kayang, Kangar Perlisempena sambutan Tahun Baru Cina 2024.

KANGAR: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dirasai dalam kalangan masyarakat Tionghua sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, walaupun ada yang kehilangan ahli keluarga, namun sambutan tetap berlangsung dengan penuh keceriaan.

“Kemeriahan tetap dirasai sungguhpun ada dalam kalangan penduduk yang kehilangan orang tersayang.

“Kepulangan anak-anak membuatkan sambutan ini bertambah meriah,”  katanya.

Sehubungan pihaknya mengambil peluang mengeratkan hubungan antara kaum menerusi penyerahan cenderahati sempena perayaan itu. 

Edaran diadakan di beberapa kawasan termasuk Kampung Guar Ujong Batu, Taman Bumita, Gunung Medan, Utan Aji, Kampung Titi Serong, dan Kampung Bangsal Lebah.

“Semoga hubungan ini akan terus memperkukuhkan toleransi dan perpaduan antara pelbagai kaum dalam masyarakat,” katanya.  HARAKAHDAILY  10/2/2024

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024 yang disambut pada hari ini, 10 Feb, Asrul Aiman tidak lupa menghulurkan cenderahati kepada masyarakat Tionghua di ADUN Kayang.


Kelantan santuni 23 armalah, 3 anak yatim Tionghua 
(Lanjut sila rujuk '
Kelantan santuni 23 armalah, 3 anak yatim Tionghua' Harakah  HARAKAHDAILY  10/2/2024.)

Iktibar dari kisah di atas..

Para Sahabat bertanya kepada Salman Al Farisi, “Sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa harta dunia pada kamu melainkan tiga ini sahaja. Lalu Salman menjawab, Itulah yang aku fikirkan, bagaimana akan aku jawab depan Allah terhadap tiga benda yang aku miliki ini” (Dipetik dari Buku Mutiara Tasawwuf Ibn Ataillah)

Subhanallah! Semoga apa yang kita miliki kini tidak menyusahkan kita di akhirat nanti. 

Begitulah sikap pemimpin dalam Islam. Jom sokong kepimpinan Islam!

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Selesai masalah ini, begini! Kembalilah kepada Islam..

 

NUR Dhabitah gagal melangkah ke final acara 3m papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini. FOTO 

Kem terjun negara terus dirundung malang.. 

Kuala Lumpur: Kem terjun negara terus dirundung malang selepas seorang lagi penerjun harapan, Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Nur Dhabitah gagal melangkah ke pentas final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata secara keseluruhan.

Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol, Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.

Hanya 18 penerjun terbaik akan beraksi pada saingan separuh akhir diikuti 12 terbaik di final pada hari sama, esok.

Mengiringi kegagalan itu, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-36 dengan mengumpul 216.00 mata secara keseluruhan.

Selasa lalu, Nur Dhabitah dan gandingannya, Datuk Pandelela Rinong terlepas tiket untuk ke Paris 2024 apabila hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama di kedudukan ke-12.

Beliau yang kemudian bergandingan dengan Wendy turut terlepas slot ke temasya paling berprestij di dunia itu apabila hanya menduduki tempat kesembilan dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita.

Komen Weblogg Ibnu Hasyim:


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selesai masalah ini, begini! 

Sebenarnya, dalam Islam, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Islam diturunksn di muka bumi untuk dihayati dan praktikkan. Cuma insan-insan derhaka dan lemah jiwa saja yang rasa kecewa walaupun mereka buah kerajaan.


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 


Ringkasnya sila rujuk akhbar Harakah hari ini:

Tuesday, February 13, 2024

Pecat menteri bangkrap idea - A.Fadhli Shaari

 


Kg Baru Cina tapak UNESCO, cadangan menteri bankrap idea

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan cadangan menjadikan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO sebagai satu cadangan menteri yang bankrap idea.

Beliau menyatakan cadangan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak perlu kerana hanya hanya akan mencetuskan polemik perpecahan antara kaum.

Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, seharusnya Menteri KPKT yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar bahawa terdapat lagi beberapa kawasan yang boleh dijadikan sebagai tapak UNESCO.

Kata beliau, kampung baru cina hanya wujud kurang dari 100 tahun jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain yang ada dalam negara ini.

“Adakah ini satu usaha untuk mengiktiraf bukan bumiputera sebagai bumiputera secara beransur-ansur?” katanya.

Beliau menyatakan sekiranya Menteri KPKT melakukan sedemikian maka tindakan tersebut bukan sekadar diibaratkan bermain dengan api tetapi juga meningkatkan lagi sifat perkauman yang ada dalam negara ini.

Tambah beliau, menteri sebegini tidak seharusnya dikekalkan dalam negara ini yang sememangnya mempunyai berbilang bangsa dan agama.

“Kerajaan wajib memecat menteri seperti ini kerana keharmonian negara ini akan terus terganggu selagi menteri sebegini dikekalkan kecuali memang inilah cadangan yang mewakili kerajaan keseluruhannya,” ujarnya.

Beliau menggesa rakyat supaya tidak memandang remah mengenai isu ini kerana pembelaan rakyat bumiputera juga merupakan tanggungjawab kerajaan pada masa ini.

“Jika kerajaan sekarang ini masih tidak melakukan sedemikian maka rakyat patut berusaha menggantikan kerajaan yang tidak boleh lagi diletakkan harapan untuk membela Bumiputera ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/2/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pecat menteri bangkrap idea  - A.Fadhli Shaari

Lagi kes ini juga bakal ganggu-gugat masa depan Islam -Siti Zailah. 


Keputusan kes Nik Elin bakal ganggu-gugat masa depan Islam

KOTA BHARU: Susulan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah, telah meletakkan mahkamah berkenaan jauh lebih tinggi berbanding Mahkamah Syariah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keputusan berkenaan telah meletakkan Mahkamah Syariah lebih rendah berbanding Mahkamah Persekutuan, tanpa mengambil kira perkara berkaitan agama.

Menurutnya, kesan daripada keputusan itu akan mengganggu-gugat kedudukan Islam di negara ini pada masa depan.

“Apa yang kita bimbangkan, hasil keputusan ini bukan sahaja membolehkan undang-undang di Kelantan dicabar, tetapi seluruh undang-undang Islam di negeri lain  juga akan dicabar setelah kejayaan bermula di Kelantan.

“Jadi, mereka akan lebih berani setelah kejayaan tersebut dan golongan liberal ini akan lebih bermaharajalela seolah -olah mereka ada kuasa,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Tambah beliau, apa yang perlu dilihat apabila sesuatu undang-undang atau syariah itu dibuat bukan hanya dari sudut undang-undang fizikal, sebaliknya bagaimana hikmahnya dan kesan jangka panjang terhadap umat Islam

“Kita bimbang suasana yang ada ini akan memberi impak kepada masyarakat Islam yang tidak segan silu lagi untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan agama,” ujarnya.

Mahkamah Persekutuan, semalam  dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan 16 daripada 18 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.  HARAKAHDAILY  10/2/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails