Saturday, February 24, 2024

Sukan: Raih gangsa ACC India. Ini dia cara Islam.

 

Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri - Foto BERNAMA

I. Shah Firdaus, Izzah Izzati raih gangsa ACC India

KUALA LUMPUR: Dua pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-masing meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki dan wanita, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India hari ini.

Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan dengan keputusan 2-0 ke atas wakil Taiwan Shih Feng Kang pada perlumbaan penentuan pingat gangsa menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Terdahulu, beliau yang juga pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac lepas gagal melangkah ke final selepas tewas kepada wakil China, Li Zhiwei, 0-2, dalam saingan separuh akhir.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati mengiringi kejayaan sama selepas menewaskan wakil Jepun Aki Sakai, 2-0.

Beliau terlepas peluang untuk merebut pingat emas dan perak selepas tewas kepada wakil China Tong Mengqi 0-2 di peringkat separuh akhir. – BERNAMA 


II. Semangat sukan bukan begini.

Detik insiden pergaduhan membabitkan pemain dan kakitangan skuad bola sepak Turkiye, Galatasaray selepas dikalahkan pasukan Republik Czech, Sparta Prague di padang perlawanan Liga Eropah pada malam tadi, 22 Feb 2024, (FOTO: Daily Mail) 

(Sila rujuk 'Pemain Turkiye bergaduh di padang selepas kalah' . – HARAKAHDAILY 23/2/2024) 


III. Cadangan kembang & bangunkan dunia sukan.. 
Bersukan bukan untuk berseronok sahaja sebaliknya sebagai satu daripada cara untuk bermasyarakat. - Foto hiasan

AKTIVITI sukan dan riadah dicadangkan supaya dapat dibangunkan sesuai dengan perkembangan  dunia sukan hari ini.

Boleh juga disebut dengan membuka medan baru dakwah yang dapat menyatukan masyarakat, malah ia juga berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihat keindahan agama ini.

Apatah lagi sukan dan riadah sebenarnya bukan asing dalam Islam, malah Rasulullah SAW sendiri bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki kecergasan dan kekuatan hebat.

Pemimpin Arab di zaman Nabi SAW juga berdakwah melalui sukan gusti. Se hingga ahli gusti terkenal, Rukanah ibnu Abdu Yazid RA memeluk Islam selepas dikalahkan dalam pertandingan gusti dengan Rasulullah SAW.

Tokoh Quraisy itu memiliki badan tegap dan sasa yang hebat bergusti hingga mengalahkan mana-mana juara gusti di Tanah Arab pada zamannya.

Bagaimanapun, berhadapan dengan Rasulullah SAW, ternyata menjadi pengalaman mengejutkan kerana Baginda berjaya memegang badan Rukanah, lalu membantingkannya ke tanah.

Malah perlawanan itu diulang sebanyak tiga kali atas permintaan Rukanah tetapi ketiga-tiga perlawanan itu menyaksikan Rasulullah SAW berjaya mengalahkannya hingga akhirnya akur dan mengalah.

Penyelesaian.

Rukanah berkata: “Wahai Muhammad, tiada siapa pernah dapat membaringkan aku hingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain daripadamu! Sebelum ini, engkaulah paling aku benci tetapi sekarang, aku menyaksikan tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah SAW dan Nabi Muhammad SAW itu Rasul-Nya.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Tindakan Rasulullah SAW itu semata-mata mengharapkan Rukanah dikurniakan hidayah dan menerima Islam. Apabila berlawan dengan Rasulullah SAW, Rukanah akhirnya kalah dan memeluk Islam.

Inilah dakwah Baginda yang sangat menarik kerana membabitkan pelbagai pendekatan hingga gusti juga boleh menundukkan hati bukan Islam.

Dalam konteks semasa disebutkan  tindakan Juara Lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov mengucapkan takbir apabila menang, membuka hati peminat untuk melihat Islam daripada perwatakannya sebagai Muslim.

Metodologi dakwah Rasulullah SAW dengan pelbagai pendekatan perlu dijadikan contoh kerana ada kala Islam dapat diterima melalui kaedah tidak disangka. Menjelaskan lanjut kepentingan beriadah,  menjadi tanggungjawab ibu bapa menekankan aspek sukan sebagai cara hidup seperti ditegaskan Rasulullah SAW.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Orang beriman yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman lemah. Dan masing-masing ada kebaikannya. (HR Ibnu Majah)

Selain faktor kesihatan, beriadah memberi peluang ahli keluarga meluangkan masa yang berkualiti dengan melakukan aktiviti bersama.  Sirah juga mencatatkan Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri Baginda, Saidatina Aishah RA, sekali gus membuktikan sukan merapatkan hubungan kekeluargaan.

Kali pertama Nabi SAW kalah, manakala perlumbaan kali kedua pula menyaksikan Baginda menang. Boleh sahaja jika Baginda sentiasa menang tetapi sengaja kalah untuk melihat Aishah seronok. Banyak unsur kekeluargaan boleh diterapkan dalam sukan seperti kasih-sayang, tolak-ansur dan kegembiraan ahli keluarga. 

Jadi, tidak hairanlah, Saidina Umar al-Khattab RA juga menyarankan anak-anak diajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Selain itu, masjid boleh menjadi medan menyuburkan sukan sebagai landasan berdakwah dengan menyediakan gelanggang atau aktiviti riadah bersesuaian.

Masjid Nabawi pernah dijadikan gelanggang sukan melontar lembing oleh orang Habsyah dan Rasulullah SAW tidak menghalang aktiviti berkenaan.

Kini sudah banyak masjid membina gelanggang futsal dan kemudahan riadah yang lain di kawasan rumah Allah itu. Sememangnya masjid bukan tempat solat sahaja kerana ia juga berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan.

Bagaimanapun, beberapa syarat dalam bersukan perlu dipatuhi seperti penepatan Rasulullah SAW bahawa haiwan dilarang daripada dijadikan sebagai sasaran.

Begitu juga jangan lalai bersukan hingga meninggalkan kewajipan seperti solat, menghormati peraturan permainan dan berlaku adil membuat pengadilan atau keputusan.

Hadiah atau ganjaran kepada pemenang juga diharuskan sebagai penguat semangat atau galakan, apatah lagi saling memberi hadiah juga sebagai tanda kasih-sayang.

Falsafah sukan ada banyak, bukan untuk berseronok sahaja sebaliknya sebagai jalan untuk bermasyarakat. Dalam kajian berkaitan perkembangan anak-anak, mereka yang suka bersukan dan sosial didapati akan lebih cepat matang.

Imam al-Ghazali berkata, sesiapa yang menghalang anak bermain dan bersukan, dia menghalang daripada kecerdikan.

Bersukan berdasar syarak

• Memelihara bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

• Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan wanita, begitu juga sebaliknya.

• Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan diceburi, manakala pakaian wanita perlu longgar dan tidak menampakkan susuk badan.

• Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual masa penggunaan berlainan.

• Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat.

• Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali kemalangan atau tidak sengaja.

• Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.

• Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan eksotik seperti kala jengking dan labah-labah, haram, najis, kotor serta menjijikkan.

• Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan bertentangan adab, adat serta tatasusila.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Friday, February 23, 2024

BiaDAP PM Israel. Jom sokong HAMAS!


Semenanjung Gaza kini hanya dipenuhi bangunan musnah susulan perang Israel-Palestin sejak 7 Oktober lalu. - Foto REUTERS

I. Perdana Menteri Israel tolak pengiktirafan antarabangsa negara Palestin.

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau akan terus menolak menolak rancangan pengiktirafan antarabangsa terhadap negara Palestin. 

Pemimpin Yahudi itu mendakwa inisiatif sedemikian akan membuka pintu yang lebih besar kepada 'keganasan'.

Komen itu dibuat ketika menteri sayap kanan yang berpengaruh, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich menyatakan pendirian sama, mereka menjawab laporan mengenai perancangan itu dalam The Washington Post.

Laporan akhbar itu, yang memetik beberapa diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Arab, berkata AS, sekutu utama Israel, sedang bekerjasama dengan beberapa negara Arab dalam rancangan komprehensif untuk keamanan jangka panjang Israel-Palestin. 

"Pengiktirafan sedemikian, dengan berlakunya pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober, akan menggalakkan keganasan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan akan menghalang sebarang perjanjian damai pada masa depan.

"Israel secara mutlak menolak pendirian antarabangsa mengenai penyelesaian tetap dengan penubuhan negara Palestin," katanya menerusi ciapan di platform X.

Tambahnya, perjanjian damai hanya boleh terhasil daripada rundingan langsung tanpa prasyarat.

The Washington Post melaporkan bahawa rancangan itu akan bermula dengan gencatan senjata dijangka berlangsung sekurang-kurangnya enam minggu.

Semua pihak yang berkenaan berharap persetujuan dapat dicapai sebelum permulaan bulan suci umat Islam, Ramadan, pada 10 Mac depan.

Perjanjian itu termasuk jeda dalam pertempuran, pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza sejak serangan 7 Oktober, dan jadual untuk penubuhan negara Palestin.

"Kami tidak akan sekali-kali bersetuju dengan rancangan sedemikian yang pada hakikatnya menyatakan bahawa rakyat Palestin berhak mendapat ganjaran atas pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat, yang mereka lakukan," kata Smotrich di X.

Beliau juga menggambarkan negara Palestin sebagai ancaman yang wujud secara berterusan kepada Israel. - AFP 


II.'Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel -Reuters 22 2024

DEIR AL-BALAH: Lelaki Palestin yang dirawat di hospital Gaza kerana lebam teruk di muka, luka di jari selain pelbagai kecederaan berkata tentera Israel memukulnya dengan batu dan kerusi selepas menceroboh masuk ke rumahnya pada Selasa lalu.

Kenyataan Ramadan Shamlakh, 22, yang tidak dapat disahkan oleh Reuters daripada sumber lain, adalah yang terbaru dalam siri dakwaan penganiayaan terhadap rakyat Palestin oleh tentera Israel sejak permulaan perang mereka terhadap Hamas.

Sebaliknya, tentera Israel berkata pihaknya melayan tahanan mengikut undang-undang antarabangsa.

Ia dirakamkan oleh seorang wartawan video bebas untuk Reuters yang bertempat di hospital Shuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Gaza, selama dua hari sejak sejak Selasa lalu dengan Shamlakh dilihat mempunyai pembalut berlumuran darah di kepala dan satu lagi di lengan kirinya.

Mukanya bengkak dan berdarah dan juga dilihat dia tidak dapat membuka mata kanannya. Dia berjalan dengan bantuan tongkat dan mempunyai beberapa siri luka di belakang jari tangan kanannya, yang dikata dicederakan dengan pisau.

"Dia membaringkan saya di atas tanah dan mengarahkan saya tidak bergerak. Dia mengambil batu, kerusi patah daripada balkoni rumah dan membalingnya ke kaki saya.

"Setiap kali saya bergerak, saya akan dihentak dengan but dengan dia menendang seluruh tubuh. Saya tidak boleh bernafas, saya tidak boleh bercakap," katanya yang menceritakan perlakuan salah seorang askar.

Sambil itu katanya, askar itu juga bertindak menghempaskan dua kerusi ke atas badannya.

Reuters memberikan nama Shamlakh, nama kawasan tempat tinggalnya dan tarikh yang didakwa dipukul kepada jurucakap tentera Israel, namun tentera itu mengatakan pihaknya tidak menyedari kejadian itu.

Sebaliknya jurucakap terbabit meminta koordinat lengkap, data yang tidak dimiliki Reuters.

Tentera berkata, pihaknya menahan dan menyoal orang yang disyaki terbabit dengan Hamas tanpa mendedahkan perincian, sebagai sebahagian daripada operasinya di Gaza.

Katanya, mereka yang didapati tidak terbabit dengan Hamas atau pertempuran dibebaskan.

Dalam pada itu, Shamlakh berkata tentera beroperasi dengan kereta kebal di kawasan tempat tinggalnya, Zeitoun di Gaza City, semalaman sejak Isnin lagi.

Sekitar jam 6.30 pagi Selasa mereka memusnahkan tembok serta beberapa jam berikutnya mereka mula memasuki rumah dan menyoal siasatnya.

"Mereka bertanya kepada saya 'di mana Hamas?' Saya menjawab 'Saya tidak tahu'. 'Di mana terowong? Di mana simpanan senjata?' Saya memberitahu, 'Saya orang awam, saya orang awam'," katanya.

Sementara itu, Dr Anas Al-Kurd memaklumkan Shamlakh mengalami kecederaan di seluruh badan dan Hospital Al-Aqsa Martyrs tidak mempunyai semua kelengkapan rawatan yang diperlukan untuk merawatnya dengan sebaiknya.

"Dia sepatutnya dipindahkan ke Hospital Eropah supaya kecederaannya dapat dilihat oleh pakar mata, tetapi pasukan tentera menguasai laluan Al Rashid dan menyekatnya.

"Jadi pesakit muda ini kekal bersama kami, menderita kesakitan dan apa yang diberikan ubat penahan sakit," katanya.

Reuters dan media lain sebelum ini melaporkan insiden lain di mana orang yang ditahan oleh tentera Israel di Gaza mendakwa mereka dipukul dan diberikan layanan buruk.

Laporan Reuters termasuk seorang wanita yang mengatakan dia dipenjarakan selama berminggu-minggu, dihina dan dianiaya; seorang doktor yang mengatakan dia dikurung, ditutup mata dan tidak dapat tidur semasa penahanan selama 45 dan tiga beradik lelaki lain mengatakan berkata mereka dan tahanan lain dipukul, dilucutkan seluar dalam dan dicucuh dengan rokok.

Tentera Israel tidak mengulas mengenai perincian mana-mana dakwaan itu, tetapi berkata mereka mematuhi protokol untuk melayani tahanan dengan bermaruah dan insiden di mana garis panduan tidak dipatuhi akan diteliti.

Ia sebelum ini menafikan pihaknya menyasarkan atau mendera orang awam.

Serangan Israel yang sudah membunuh 29,400 orang sejak 7 Oktober menyebabkan kebanyakan 2.3 juta penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal, mencetuskan kebuluran dan penyakit yang meluas dan memusnahkan sebahagian besar wilayah itu.


III. Malaysia ke ICJ perjuang hak Palestin ditindas Israel

KUALA LUMPUR: Malaysia tampil di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam tadi, memperjuangkan hak Palestin yang ditindas Israel melalui hujah bersandarkan norma perundangan antarabangsa dan hak asasi manusia.

Mewakili negara pada di hadapan panel 15 hakim pada prosiding di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Lebih 50 negara sudah dan dijadual mengemukakan hujah sehingga Isnin depan di ICJ, yang diminta oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk mengeluarkan pendapat yang tidak mengikat mengenai kesan undang-undang pendudukan. (Lanjut sila lihat berita tempatan hari ini..)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel adalah sebuah negara haram pengganas yang tidak ada negara sebelumnya. Hidup menumpang, merempat yang akhirnya menjadi penjajah  direstui kuncu-kuncunya. Kini kuncu-kuncunya terus berterabur termasuk di negara ini. 

Siapa? Lihat mereka yang cara hidup politiknya seperti Israel. Mulanya merempat akhirnya 'menghambat' bumiputera naungannya?


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam.