Wednesday, February 28, 2024

K'jaan langgar semua -Fadhli Shaari. & Konsert Melly pula

 


‘Kerajaan hari ini langgar semua perkara’ – Fadhli'

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) akan berbahas menyokong usul menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja dengan merangkumkan hal-hal kehidupan rakyat yang perlu untuk diletakkan di hadapan. 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, apatah lagi kini kerajaan berada dalam situasi melanggar sendiri segala diucapkan sebelum daripada ini, kononnya merekalah juara yang terpaling demokrasi, terbersih dan tersuci.

Ketua Penerangan PAS itu juga membidas kerajaan kini yang hanya mengemukakan usul-usul bersifat politik, berbanding PN membawa banyak usul penting biarpun ada ditolak untuk dibahaskan di Dewan mulia tersebut.

Beliau membangkitkan mengenai pelanggaran janji-janji manifesto, serta pelbagai formula dan reformasi, tetapi kini terjadi adalah asyik menyalahkan pelbagai faktor yang sebenarnya menunjukkan kerajaan ini tidak tahu mentadbir.

“Mereka inilah raja segala formula, tapi apabila menjadi kerajaan, formula mereka tak dapat pun nak dilaksanakan. Tetapi mereka menjual janji-janji, balik jual kata-kata seolah-olah nak salahkan orang lain. 

“Jadi apa yang saya nak fokuskan ialah terus kepada isu-isu rakyat yang ada pada hari ini. Iaitu kerajaan hari ni kerajaan yang tak kompeten. Apa yang mereka laksanakan sangat-sangat sekadar untuk membina persepsi,” ujarnya dalam podcast ‘YB Apa Cerrr…’, hari ini.

Ahmad Fadhli juga mempertikaikan pengumuman-pengumuman mengenai pelaburan melibatkan pelbagai angka yang dikatakan tinggi, tetapi data sebenar menunjukkan sebaliknya iaitu mengalami kejatuhan atau menjunam.

Beliau turut mempersoalkan ketelusan kerajaan apabila di sebalik tuduhan atau dakwaan ‘sakau’ dan kes-kes yang mahu disiasat hingga ke alar umbi, tetapi menjadi sebaliknya apabila tertuduh dibebaskan. – HARAKAHDAILY 26/2/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan langgar semua -Fadhli Shaari. & Konsert Melly pula.

I. & Konsert Melly pula.

Melly sentiasa terbuka dengan kritikan dan komen. Foto NSTP Genes Gulitah

KUALA LUMPUR: Melly Goeslaw, 50, enggan ambil pusing dengan kritikan segelintir netizen yang mempertikai Anugerah Hall Of Fame yang diterima, semalam. Penyanyi yang diberi jolokan Ratu Runut Bunyi itu mengaku tidak berkecil hati, malah, terbuka dengan setiap komen dan kritikan. Malah, bagi, perbezaan pendapat haruslah dihargai.

Menurutnya, beliau harus menghargai perbezaan pendapat. Di Indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberi kepada artis luar negara termasuk dari Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.

Dalam perkembangan lain, Melly bakal menjayakan konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 1 Jun depan.

Pada konsert itu, Melly bakal mendendangkan kira-kira 30 lagu dengan menampilkan penyanyi undangan dari Malaysia dan Indonesia.


II. Warga Singapura ditahan di JB selepas tinggal lebih masa 13 tahun. 

Pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Johor menjalankan siasatan terhadap individu di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang menerusi Ops Bersama semalam. - Foto ihsan Jabatan Imigresen Johor

La, mengapa lepas 13 tahun baru terbongkar? Apa kena kerajaan kita ni, di mana sekeru yang longgar?

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Monday, February 26, 2024

Nisfu Sya’ban: Orang Melayu & Politik Yahudi.

 


Nisfu Sya’ban: Perubahan kiblat dedahkan selera Yahudi

NISFU Sya’ban

Malam Nisfu Sya’ban merupakan salah satu daripada hari yang masyhur di kalangan masyarakat Melayu. Di sana, para Ulamak berselisih pendapat tentang kelebihan malam ini. 

Namun, untuk beramal, dan menghidupkan malam ini, boleh dilakukan dengan memohon pengampunan daripadaNya, membaca serta mentadabbur al Quran, dan sebagainya.

Namun, antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Nisfu Sya’ban adalah perubahan arah Kiblat. Ia berdasarkan beberapa riwayat yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wan Nihayah daripada Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, al Waqidi dan lain-lain. 

Perubahan kiblat

Imam Ibnu Kathir menafsirkan ayat 144 Surah al Baqarah,

كان أول ما نسخ من القرآن القبلة ، وذلك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما هاجر إلى المدينة ، وكان أكثر أهلها اليهود ، فأمره الله أن يستقبل بيت المقدس ، ففرحت اليهود ، فاستقبلها رسول الله صلى الله عليه وسلم بضعة عشر شهرا ، وكان يحب قبلة إبراهيم فكان يدعو إلى الله وينظر إلى السماء ، فأنزل الله

Perkara pertama yang dimansuhkan daripada al Quran ialah arah Kiblat. Ketika mana Nabi SAW berhijrah ke Madinah, yang mana kebanyakan penduduknya ialah Yahudi, maka Allah SWT menyuruh Baginda SAW untuk menghadap Kiblat ke arah Baitul Maqdis. Lalu, bergembiralah orang orang Yahudi. Maka Nabi SAW pun menghadap Kiblat itu selama beberapa belas bulan, sedangkan Baginda SAW lebih suka Kiblat Nabi Ibrahim AS (Masjidil Haram). Lalu Nabi SAW pun berdoa, melihat ke langit. Maka, Allah SWT pun turunkan ayat;

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (al Baqarah: 144)

Jalur kisah

Kisah perubahan arah Kiblat ini, boleh ditelusuri melalui ayat-ayat sebelumnya, iaitu ayat 142 dan 143 Surah al Baqarah. Di sini kita dapat perhatikan hikmah kenapakah Allah SWT menyuruh Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis.

Allah SWT menyuruh Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis bagi melihat reaksi orang orang Yahudi yang sepatutnya beriman dengan Nabi SAW. Apakah respon orang Yahudi terhadap penukaran Kiblat?

Allah SWT berfirman menggambarkan pertikaian orang orang Yahudi,

مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا ۚ

“Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?”

Di sini dapatlah kita lihat, orang Yahudi walaupun pada mulanya seronok melihat Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis, namun akhirnya menzahirkan isi hati mereka. FirmanNya;

وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّ

“….. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah….” (al Baqarah 143)

Kesimpulan

Dalam peristiwa ini, Allah SWT mendedahkan perangai Yahudi. Mana mana wahyu yang selari dengan seleranya, mereka akan suka. Manakala wahyu yang tidak kena dengan seleranya, akan ditolak dan ditentang

Wahyu Allah SWT di dalam al Quran bukan hanya suruh berbuat baik, menjalin sillaturrahim dan berkasih sayang. Akan tetapi Allah SWT turut memerintahkan supaya undang undang dan pemerintahan Islam itu ditegakkan.

Para sekularis sering menggambarkan Islam itu secara separuh. Mana-mana ayat al Quran yang berkaitan kasih sayang, dan kesamarataan akan dislogankan sehebat hebatnya. Namun, ayat ayat al Quran tentang undang undang Islam, dan pemerintahan, dipusing sepusing pusingnya.

MUHAMMAD MUJAHID Ir MOHAMMAD FADZIL
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak    – HARAKAHDAILY 24/2/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nisfu Sya’ban: Orang Melayu & Politik Yahudi.

I. Konon tiada permit untuk konsert malam Nisfu Syaaban di M'sia, kerajaan negeri akan panggil penganjur, apa muslihatnya? 

Tangkap layar video tular mengenai konsert yang mencetus kontroversi di Kedah berikutan berlangsung pada malam ‘nisfu Syaaban’.

Tangkap layar video tular mengenai konsert yang mencetus kontroversi di Kedah berikutan berlangsung pada malam ‘nisfu Syaaban’.

ALOR SETAR: Agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah memberikan permit atau kelulusan untuk penganjuran konsert di Taman Jubli Emas pada malam 'nisfu Syaaban' malam tadi.

-ADVERTISEMENT-

Mengulas lanjut, katanya, memang terdapat permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri, namun ia tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti yang tular di media sosial.

"Kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu melibatkan konsert di Taman Jubli Emas di Alor Setar pada malam 24 Februari (malam tadi) ...

II. Gaza: Sehalakah pendirian M'sia, AS, Israel, PH Madani, PAS?

(Lanjut sila rujuk 'Serangan Israel ke atas Gaza: Hari ke-140' – HARAKAHDAILY 23/2/2024)

Presiden PAS.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Sunday, February 25, 2024

Hak Melayu & Bukan Islam.. Rizab Melayu mengecil.

 

Zaharah (tengah) dalam sidang media di Tapak Sejarah Wali 7 Kampung Sungai ChinChin, Batu 7, Gombak, Selangor pada 23 Feb 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

Tanah rizab Melayu di Semenanung Malaysia makin mengecil 

GOMBAK: “Semenanjung Tanah Melayu adalah tanah orang Melayu,kenapa pula orang Melayu hendak diusir?”

Itu penegasan yang diutarakan Penyelidik Sejarah dan Penulis Ahli Arkeologi, Zaharah Sulaiman susulan isu polemik projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membabitkan kampung warisan sejarah Islam Melayu di Kampung Sungai ChinChin, di sini.

“Orang Melayu adalah asal penduduk di sini sejak ribuan tahun dan bukannya baharu 134 tahun serta mempunyai darah daging di sini sebagai perkampungan kecintaan mereka.

“Kenapa orang lain yang baru datang dalam 100 tahun atau 70 tahun atau 50 tahun pula yang dianggap sebagai penduduk asli di sini?

“Di Kampung Mukmin Warisan Mukmin,(juga di Gombak)…mereka (penduduk) telah diberi ataupun akan diberi pampasan cuma sebanyak RM30,000. Celah-celah gigi sahajalah RM30,000 itu. Nak buat apa, sebabnya dengan RM30,000 itu?

“Nak buat rumah tak boleh nak berhutang dengan bank? Nak sewa rumah pun tak cukup nak bayar deposit lagi, RM3000 itu macam perbodohkan penduduk,” katanya.

Zaharah berkata demikian dalam  sidang media Selamatkan Tanah Warisan Melayu Islam Gombak Utara Daripada Jajaran ECRL di Tapak Sejarah Wali 7, Kampung Sungai ChinChin, Batu 7, di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Gombak, Mohamed Yusof Sulaiman; Biro Guaman Jawatankuasa Bertindak Gombak, Zolazrai Zolkapli; serta wakil kepada ADUN Gombak Muhammad Hilman Idham.

Menurut Zaharah lagi, Tanah Rizab Melayu kini semakin mengecil di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Tanah Rizab Melayu makin mengecil. Kalau kita lihat dekat Wilayah Persektuan sahaja dah tinggal satu persen. Itu pun nak lagi ditindas lagii. Di sebelah Gombak ini lagilah,” luahnya.

Beliau turut menyuarakan perasaan hairan mengapa tanah orang Melayu dikacau, tetapi tanah dan ladang orang kaya dan pedagang  bangsa lain  serta bangsa asing di negara ini tidak diusik pun untuk dimajukan pembangunan?

“Jika mereka mahukan mengambil tanah penduduk di situ mesti bayar sekurang-kurangnya RM5 juta dan tempat dialihkan mestilah mempunyai nilai yang sama seperti ada sungai dan ekosistem lainnya,” tegas beliau.

Zaharah turut mengulas sejarah perjuangan orang Melayu selaku penduduk asal di Kampung Sungai ChinChin.

“Kita (orang Melayu) dah duduk sini ribuan tahun. Tanah tak dapat, lombong tak dapat, nak tanah-tanah apa ini yang dia nak sedekahkan tak ada tanah yang kita duduki berpuluh-puluh tahun itu yang itu nak diambil juga? 

“Apa bangsa pemimpin yang kita ada hari ini? Pemimpin yang kita letak dekat atas itu yang dipilih oleh rakyat tapi tak nak dengar cakap rakyat,” hujah beliau.

Tambah Zaharah lagi: “Jadi apa yang kita nak ialah  jangan kita dikacau. Sudahlah tanah itu sekangkang kera, tak sampai setengah ekar, tak sampai suku ekar. Nak suruh pindah sewa tempat lain dengan RM30,000. Bukan RM300 ribu, tapi RM30,000.

“Dia (ada) offer (buat tawaran) memang ada perbincangan tahun 2022 ke 2021, tetapi perbincangan itu tidak muktamad dan tidak ada perincian yang selesai menyelesaikan masalah ini. Tak ada. ia terhenti kat situ saja,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/2/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hak Melayu & Bukan Islam.. Rizab Melayu mengecil.

I. Islam bukan perkauman, bahkan bantu bukan Islam dalam pemerintaahan Islam. Al-hamdulillah!

Zamakshari menyampaikan angpau kepada salah seorang tetamu dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu, Kelantan pada 23 Feb 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/ Rizal Tahir)

(Sila rujuk 'Kelantan peruntukkan RM1 juta buat bukan Islam – HARAKAHDAILY 24/2/2024)


II. Penduduk Gombak rayu Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar 

Mohd Zai (tengah) dalam sidang media di Tapak Sejarah Wali 7 Kampung Sungai ChinChin, Batu 7, Gombak, Selangor pada hari ini, 23 Feb 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

(Sila rujuk 'Penduduk Gombak rayu Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar'  – HARAKAHDAILY 24/2/2024)

Penyelesaian

Kepada umat dan rakyat Malaysia, kembalilah kepada Islam, realiti kehidupan rakyat, yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. Sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan, Islam & kepelbagaian agama, Kuasa Sultan dan Raja Melayu.

Tapi demi Islam, demi tolak rasuah, jangan lupa 'UNDI PAS & gang.. 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails