Saturday, March 09, 2024

Kemanusiaan: PAS bantu Yaman. & ... HAMAS

 

Misi kemanusiaan PASRelief bantu Yaman

KUALA LUMPUR: Kekurangan sumber bekalan makanan, air bersih, bantuan perubatan dan seumpamanya menyaksikan rakyat di Yaman diancam tahap kesihatan dan kebuluran yang teruk.

Timbalan Pengarah PASRelief, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, 10 juta rakyat Yaman terpaksa menjalani kehidupan sebagai pelarian di negara sendiri dalam keadaan kelaparan disebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan.

Katanya, tujuh delegasi PASRelief telah berlepas ke Yaman pada hari ini.

“Misi Aid4Yemen kali ini disertai bersama dengan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dewan Muslimat PAS Malaysia, Sejagat Relief, Iman Care dan Madinah Prihatin.

“Misi kemanusiaan Yaman pada kali ini, fokus kepada tajaan kelengkapan bilik rawatan kanak-kanak dan sumbangan 4 inkubator di Hospital Maarib.

“Sumbangan 120 tangki air, bantuan asas makanan dan sumbangan susu nutrisi kepada kanak-kanak yang kekurangan gizi pemakanan,” ujarnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu memberitahu, pada 6 Februari lalu, seramai tiga orang delegasi PASRelief diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah telah berlepas ke Mesir terlebih dahulu untuk misi Aid4Palestine dan akan turut serta dalam misi Aid4Yemen.

Turut bersama dalam misi bantuan kemanusiaan Yaman kali ini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Timbalan Pengarah ll PASRelief, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan ADUN Sungai Dua merangkap Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Sementara itu, katanya lagi, PASRelief menyeru agar orang ramai terus menyumbang dan menghulurkan bantuan prihatin melalui akaun PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) untuk sama-sama membantu mangsa yang terkesan di sana. – HARAKAHDAILY 8/3/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemanusiaan: PAS bantu Yaman. & ... HAMAS

Penduduk Palestin berjalan kaki di sepanjang jalan Salaheddine di daerah Zeitoun di pinggir selatan Gaza City pada Ahad. - Foto AFP

Lagi, HAMAS bukan teroris, berusaha lanjut jeda kemanusiaan di Gaza. Al-hamdulillah!

BANDARAYA GAZA - Hamas pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya berusaha melanjutkan jeda kemanusiaan dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, menurut sumber Palestin, Hamas sudah pun memaklumkan kepada Qatar dan Mesir mengenai kesediaannya untuk melanjutkannya selama dua hingga empat hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

Jeda kemanusiaan di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14,854 rakyat Palestin termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita maut sejak serangan bermula pada 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. - Bernama 27 November 2023

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Friday, March 08, 2024

Ini, negara perompak, & Catatan khas Presiden PAS..

 

Mohd Amar dalam sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu, pada hari ini, 4 Mac 2024.

Kelantan temui Sultan setiap negeri perkasa syariah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Sultan sebagai ketua agama di setiap negeri bagi membincang mengenai langkah memperkasakan Enakmen Kanun Undang-Undang syariah Negeri Kelantan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Khas Kajian Enakmen Jenayah Syariah sebagai langkah persediaan.

Katanya, jawatankuasa itu untuk menyusun beberapa tindakan bagi memastikan usaha memperkara undang-undang tersebut diteruskan.

“Jawatankuasa itu ditubuh sebagai langkah untuk memastikan usaha memperkasa Mahkamah Syariah tidak terhenti.

“Kita perlu lihat dalam banyak sudut dan perlu perbincangan lebih teliti bersama pihak dan ahli-ahli berkenaan. 

“Isu ini bukan sahaja memberi kesan di Kelantan kerana ia turut melibatkan seluruh negara,” katanya ketika ditemui media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd Amar juga berkata, jawatankuasa terbabit turut melibatkan ahli undang-undang, ahli syariah, pensyarah universiti dan mereka yang pakar dalam bidang berkaitan. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, negara perompak, & catatan khas Presiden PAS..

& Catatan Khas Presiden PAS 

Tuan Guru Haji  Hadi Awang membahaskan Titah Diraja pada 6 Mac 2024. (FOTO: Jabatan Penerangan Malaysia) Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja pada 6 Mac 2024. (FOTO: Jabatan Penerangan Malaysia)

(Lajut sila rujuk 'Catatan Khas: Apabila Tuan Guru Presiden PAS Berbahas  HARAKAHDAILY 7/2/2024' )

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails