Thursday, March 14, 2024

Lagi, Istimewa 'Palestin Al-Aqsa', & PAS tempelak AS..

 

Madinah Ramadan sedia pusat jagaan kanak-kanak


KUALA TERENGGANU: Ibu bapa yang mahu untuk menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan tidak perlu bimbang untuk membawa anak-anak ruangan khas penjagaan kanak-kanak disediakan kerajaan negeri.

Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Mohd Zulkhairi Ngah berkata, inisiatif itu bagi memastikan ibu bapa dapat menunaikan solat sunat tersebut dengan tenang dan selesa tanpa merasa bimbang mengenai keselamatan anak-anak.

“Kita juga menyediakan petugas (sukarelawan) untuk menyelia dan mengawal kanak-kanak bagi membolehkan ibu bapa yang memiliki anak-anak yang masih kecil berpeluang untuk beribadat.

“Ini antara pendekatan yang kita ambil bagi meningkatkan fungsi masjid dan memastikan masyarakat mesra dan mengimarahkannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di konti Manis FM, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Mohd Zulkhairi berkata apa yang akan menjadikan Madinah Ramadan pada kali ini lebih menarik adalah pihak penganjur dan pihak Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus ialah turut menyediakan supa dupa yang akan menambah keseronokan anak-anak yang hadir.

“Jadi ibu bapa yang selama ini terfikir jika hendak solat tarawih risau anak-anak akan mengganggu para jemaah lain jika dibawa tidak perlu lagi bimbang dengan adanya ruang khas untuk anak-anak bermain ini,” ujarnya. – TRDI.my 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, Istimewa 'Palestin Al-Aqsa', & PAS tempelak AS..

1. Komen lagi. Awas implikasi kurma ‘butter’  

RAMADAN dan kurma sememangnya tidak boleh dipisahkan, sementelah ia merupakan makanan yang berkhasiat dan disarankan untuk dimakan semasa sahur dan berbuka.

Pada bulan, ketika umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan ini, permintaan kepada buah kurma akan meningkat dengan mendadak.   

Namun, baru-baru ini trend makan kurma dengan butter […]

(Lanjut sila lihat Harakahdaily hari ini 'Awas implikasi kurma ‘butter')

2. Komen lagi. Presiden PAS tempelak AS.. 


KINI, tersebar berita yang dicanangkan oleh media ke seluruh pelosok dunia bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya akan beroperasi menghantar bantuan kemanusiaan, kemungkinannya akan diikut serta oleh beberapa negara Islam dan Arab. Kononnya, negara-negara ini mahu membantu Gaza yang dibelasah penduduknya dengan cara yang paling melampau oleh negara haram Israel yang melakukan keganasan dengan pembunuhan secara beramai-ramai.

Sehinggakan, sekiranya bilangan mereka yang hilang di bawah runtuhan bangunan sangat besar jumlahnya, ditambah lagi dengan mereka yang mendapat kecederaan dan berada dalam kelaparan. Tanpa mengira sama ada daripada kalangan warga tua, kanak-kanak, wanita, atau pesakit di hospital termasuk mereka yang telah mati di dalam kubur.

Adapun bantuan senjata dan kewangan kepada Israel berlipat kali ganda besarnya dan disalurkan secara bertali arus melalui laut, udara dan darat. Berbanding dengan bantuan kemanusiaan dan jambatan terapung sementara yang terumbang-ambing dilambung ombak dan di bawah peluru serta roket serangan Israel yang berterusan boleh membunuh penduduk Gaza ketika datang mengambil bantuan yang tidak berperikemanusiaan itu. Inilah yang dinamakan politik kotor dan paling kotor sepanjang sejarah manusia iaitu tindakan menutup kezaliman yang paling melampau dengan sedikit kebajikan.

Dalam sejarah binatang, ada juga cerita kadang-kadang Allah mengilhamkan binatang walaupun tidak berakal untuk menyelamatkan sesama mereka dan manusia di daratan dan lautan. Hal ini demikian kerana, adanya rahmat Allah dalam kalangan makhluk-Nya. 

(Ikuti selanjutnya 'Menyumbang senjata kepada Israel bersama sumbangan kemanusiaan kepada Gaza'ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 1 Ramadan 1445 / 12 Mac 2024 – HARAKAHDAILY 12/3/2024)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Sunday, March 10, 2024

Istimewa 'Palestin Al-Aqsa' tema Madinah Ramadan di K'tan

 


KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) membina sebuah khemah gergasi bagi menjadikan Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad IV sebagai lokasi utama penganjuran Madinah Ramadan 2024.

Exco Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, pada tahun ini aktiviti tahunan itu dibina dengan bertemakan perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa yang dikongkong oleh Israel.

Beliau berkata, usaha tersebut memupuk kembali kesedaran sokongan masyarakat terhadap perjuangan panjang rakyat Palestin yang saban hari ditindas dan dibunuh ketika semua umat Islam seluruh dunia bakal menempuh bulan penuh keberkatan.

“Pada tahun ini kita membuat reka bentuk dan juga suasana di Madinah Ramadan berkonsepkan cinta Palestin sebagai tanda solidariti dan keprihatinan kita untuk sama-sama membantu dan menyumbang kerana mereka juga puasa dalam kesusahan.

“Berpuasa tetapi tidak dapat bersahur, walaupun berpuasa tetapi tidak dapat berbuka, kemungkinan tidak dapat berhari raya dan tidak dapat menunaikan solat berjemaah sebagaimana kita solat di sini kerana masjid semua sudah musnah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Tabung Madinah Ramadan 1145H/2024 oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud yang diadakan di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati Kota Bharu di sini pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu berkata, Madinah Ramadan menjadi tradisi kerajaan negeri mengimarahkan bulan tersebut bagi menganjurkan majlis itu yang pernah ditangguhkan pada tahun 2021 akibat penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun katanya, program tersebut diadakan semula setahun kemudian di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV dengan melaksanakan dan mematuhi peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyekat pandemik tersebut.

Beliau berkata sebelum ini Madinah Ramadan dikenali dengan Qaryah Ramadan, namun sejak tahun 2014 nama tersebut dimasyhurkan sebagai Madinah Ramadan sehingga hari ini dilaksanakan dengan pelbagai pengisian sepanjang Ramadan.

Malah pada tahun 2007 katanya, kerajaan negeri menjemput qari dari negara Mesir untuk mengetuai solat tarawih dan mendapat sambutan yang baik bukan sahaja rakyat Kelantan, bahkan menarik perhatian masyarakat luar Kelantan termasuk Selatan Thailand.

“Pelaksanaan Madinah Ramadan ini telah menjadi program rasmi Kerajaan Kelantan adalah berdasarkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ yang mana ianya memberi impak yang besar dalam pentadbiran khususnya pelaksanaan aktiviti dakwah ibadah dan kebajikan. 

“Madinah Ramadan akan menghimpunkan ribuan jemaah untuk menunaikan solat tarawih dan menyertai pelbagai aktiviti kerohanian dan keilmuan di sini Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sepanjang 30 hari umat Islam berpuasa sejak 1994 lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/3/2024 

Komen Weblog Ibnu HasyimIstimewa 'Palestin Al-Aqsa' & Rumah Urut M'sia.

Lagi komen, 'Rumah urut gempur M'sia' 

Antara warga asing yang ditahan dan diperiksa dalam serbuan rumah urut tanpa lesen di sekitar ibu kota - Foto ihsan PDRM

Bukit Aman gempur rumah urut tanpa lesen, gajikan PATI

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur 10 premis yang menawarkan perkhidmatan urut di sekitar Bukit Bintang, semalam.

Serbuan bersama JSJ Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu dibuat pada jam 3 petang hingga tengah malam semalam membabitkan 11 pegawai dan 44 anggota polis terhadap kedai urutan refleksologi dikendalikan warga asing serta turut disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman berkata seramai 10 penjaga premis dan 71 tukang urut ditahan dalam serbuan mengejut di sekitar Jalan Changkat dan Jalan Bukit Bintang itu.

"Dalam operasi ini pihak JSJ menahan 48 wanita warga asing dan 21 lelaki warga asing yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut.

"Turut ditahan 10 pengurus atau penjaga premis berkenaan yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan tiga wanita warga asing.

"Kesemua premis ini didapati melakukan kesalahan menggajikan wanita dan lelaki warga asing tanpa permit yang dikesan berdiri di hadapan pintu premis sambil menawarkan khidmat urut kepada orang ramai dan pelancong asing yang lalu di hadapan premis," katanya kepada BH hari ini.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati lapan premis urutan ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

JSJ berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan pekerja urutan wanita warga asing yang berpakaian seksi turut menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan lelaki.

"Siasatan mendapati aktiviti urutan yang bermula pada jam 11 pagi hingga 4 pagi setiap hari ini menawarkan pakej urutan kaki dan badan dengan kadar bayaran RM60 hingga RM105 bagi setiap jam dan tambahan 'caj tertentu' bergantung atas permintaan pelanggan.

"Selain itu kebanyakan tukang urut didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri semasa diperiksa malah ada juga wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut," katanya.

Dalam operasi berkenaan polis turut memeriksa 10 pelanggan terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan serta lelaki warga asing.

Selain itu wang tunai sebanyak RM3,979, perakam CCTV, modem wifi, kertas jadual kerja tukang urut, risalah iklan, buku catatan hasil, minyak urut, tuala, tisu dan salinan lesen perniagaan.

Semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen dam Seksyen 3 (1) Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rumah urut gempur M'sia.

Al Kisah Lesen Rumah urut.
Semua Lesen Rumah Urut Dan Pusat Hiburan Di Selangor Dikeluarkan Pada Zaman UMNO/BN
Shah Alam : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
...
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.
Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.
“Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Kelulusan juga diberi kepada sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah,” katanya.
Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.
Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).
Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 😎, pusat hiburan (13).
Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).
“Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik,” katanya.
Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.
“Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.
“Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah,” jelasnya.
Sekian.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails